Highlights

Boleh Percaya ke 6th SENSES Wanita? “Para Suami, Hati-Hati Dengan Isteri Yang Dekat Dengan ALLAH,” – Prof Muhaya.

gempak
Afiza Kamarulzaman
28/08/2020
14:42 MYT
Sponsor Banner
Boleh Percaya ke 6th SENSES Wanita? “Para Suami, Hati-Hati Dengan Isteri Yang Dekat Dengan ALLAH,” – Prof Muhaya.
Menerusi Instagram milik Prof Dr. Muhaya, beliau menjawab secara ringkas apa yang dikatakan sebagai deri rasa ke tiga atau six senses ini? Ia selalu dikaitkan dengan seorang isteri yang selalu dapat menelah apa yang dibuat suami di belakangnya. Lebih-lebih lagi ia sesuatu yang buruk.
Menurut Prof Muhaya, six senses ini atau dipanggil sebagai lintasan, firasat, ilham dan semaksud dengannya semuanya bergantung kepada Allah aazawajalla. Sama ada ia sangkaan buruk atau baik? Untuk mengetahui baik buruk sesuatu sangkaan itu, tengoklah pula pada diri kita sendiri.
“Lihat pada diri kita, sebelum melihat pada rasa kita itu. Kalau diri kita ini seorang ahli ibadah, seorang yang menjaga solat, aurat, akhlaknya baik, sentiasa memperbaiki diri dan jiwa, mahu selalu berusaha untuk kenal Allah, sentiasa bertaubat, selalu memaafkan, jiwa dan akalnya bersih, maka bersihlah semuanya,” Ujar Prof Muhaya.
Kredit Foto: Google
Suami Hati-Hati Dengan Isteri Yang Dekat Dengan Allah
Prof Muhaya turut memberi contoh seperti sesuatu yang kita perolehi daripada dua cara berbeza. Contohnya, jika kita menerima telekung daripada Prof Muhaya secara peribadi dan jika ia dibeli di kedai. Energi dan perasaannya tentulah berbeza. Begitulah firasat hati daripada orang yang dekat dengan Allah dan sebaliknya.
Memang adakalanya, Allah gerakkan hati kita untuk mengetahui sesuatu yang berlaku di belakang kita. Ia dipanggil guard feeling. Tiba-tiba sahaja hati kita terlintas mahu melihat WhatsApp yang masuk di telefon suami, rupa-rupanya benar suami ada berbuat ‘sesuatu’ di belakang isterinya.
“Pesan saya kepada para suami, hati-hati dengan isteri yang sentiasa dekat dengan Allah. Kalau kita aniaya isteri ini, maka lihatlah nanti balasan Allah kepada kita. Untuk isteri pula, ingat, jangan takut kehilangan makhluk atau kena ‘reject’. Percaya dan bergantunglah kepada Allah swt,” Akhiri Prof Muhaya sebagai pedoman kepada semua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024