Highlights

Buang Ego Tak Hilang 'Macho Bro'! Lelaki WAJIB Tahu, November Bulan Penting Buat Anda.

gempak
Huda Hussain
03/11/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
Buang Ego Tak Hilang 'Macho Bro'! Lelaki WAJIB Tahu, November Bulan Penting Buat Anda.
Lelaki sinonim dengan sifat kental, kuat dan sukar meluahkan ekspresi lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan isu kesihatan. Malu? Mungkin, kerana kekuatan bagaikan satu frasa yang akrab dengan kaum Adam. Mungkin kerana itulah juga sukar dan payah sekali kita lihat lelaki menangis. Dan kalau mereka menangis sekalipun, pastinya ia benar-benar menyentuh hati, menjentik perasaan sekali gus meruntuhkan tembok kelelakian yang mereka bina sendiri. Kalau sakit sedikit, apalah sangat. Tak perlu dilayan, mungkin itu andaian singkat mereka. Dan mengapa diuar-uarkan bulan ini istimewa lagi penting buat datuk, bapa, abang, adik, suami atau rakan lelaki kita?
Memetik muat naik dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), #Movember adalah singkatan kepada kempen kesedaran kesihatan lelaki pada November setiap tahun. Diperkenalkan pada 2003 untuk meningkatkan kesedaran kanser prostat, tahun ini Movember turut menekankan kesihatan mental dan kecergasan.
Kredit Foto: Google
Pandemik Covid-19 telah menjejaskan ekonomi dan ramai hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Sebagai ketua keluarga, keadaan ini menyebabkan emosi lelaki terganggu dan mempengaruhi kesihatan mental. Lantaran itu, saranan KKM agar golongan ini mendapatkan bantuan atau bercakaplah dengan seseorang. Hal ini kerana kesihatan mental milik semua, tidak kira anda lelaki atau wanita.
Kemurungan merupakan salah satu gangguan kesihatan mental yang dialami oleh lelaki dan wanita. Namun, laporan-laporan kajian mendapati, wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan. Ini kerana lelaki kurang mendedahkan masalah kemurungan yang mereka hadapi apatah lagi tampil untuk mendapatkan bantuan.
Namun, kes bunuh diri akibat kemurungan dalam kalangan lelaki di seluruh dunia dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding wanita. Kebiasaannya lelaki menunjukkan tanda-tanda kemurungan berbeza dengan wanita seperti mudah marah, sikap lebih kasar dan agresif dalam perhubungan berbanding wanita yang kerap menangis dan sedih.
Kredit Foto: Google
Tidak ramai lelaki tampil mendapatkan bantuan atau berkongsi masalah kemurungan yang dialami kerana malu, ego dan tidak mahu dianggap lemah. Lelaki perlu ubah pandangan ini. Dapatkan bantuan kerana kesihatan mental adalah milik semua, tidak kira anda lelaki atau wanita.
T – Tell someone you trust about your problems (kongsi masalah dengan orang yang dipercayai A – Ask for help (minta bantuan) L – Listen without judgement (mendengar tanpa menghukum atau menghakimi) K – Know where to seek help (tahu di mana untuk mendapatkan bantuan)
Kredit Foto: Google
Jangan berseorangan dan bertindaklah sekarang. Nasihati kaum lelaki seperti bapa, abang, adik atau suami jika mereka berhadapan dengan masalah sebegini. Pendekatan yang tepat dan cara yang betul akan membantu untuk sekurang-kurangnya mereka sudi bercerita dengan kita. Ingatlah, isu kesihatan mental tidak mengenal jantina. Cegah sebelum terlambat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live