Bukan Kita Je Tak Ada Maid, AMYRA ROSLI yang Artis Pun Uruskan Anak Sendiri
Nur Amira Izzati Rosli atau AMYRA ROSLI wanita jelita ini tampak bertambah anggun dan jelita walaupun selepas bergelar seorang ibu.
Mendirikan perkahwinan dengan pelakon, Amar Baharin pada 2016, rumahtangga mereka diserikan dengan kehadiran AQEEF ANAQI setahun lalu. Mungkin tidak mudah bergelar ibu pada usia yang masih muda dan ketika kerjaya masih di puncak, tetapi itu bukanlah halangan bagi Amyra terutamanya.
Malah pasangan selebriti muda ini masih terus meraikan detik bermakna bergelar mummy dan papa kepada si comel Anaqi.
Kepada InTrend, Amyra tidak lokek berkongsi pengalaman, perubahan dan perasaan yang dilaluinya selepas beroleh gelaran ibu.
Perkataan pertama yang anak anda ungkapkan?
Papa.
Setakat ini tiada kerana Myra lebih suka abaikan apa-apa yang mereka tulis.
Anugerah apa paling Amyra mahukan?
Memandangkan Myra tak ada maid, saya nak “chingg” saja, rumah terus bersih!
Cerewet mengenai makanan yang diberikan kepada anak?
Ya,Myra memang cerewet. Yalah benda anak masuk mulut anak, kita sebagai ibu mestilah ambil berat. Lagipun Anaqi masih kecil, pengambilan makanannya harus dipantau. Myra bimbang jikalau dia alami keracunan makanan misalannya.
Pernahkah orang luar tanpa pengetahuan anda beri makanan pada anak anda?
Tak pernah sebab setakat ini tiada orang luar yang menjaga anak Myra.
Pernah mengidam yang pelik semasa hamil?
Tiada. Cuma Myra tak boleh kalau tak tengok muka Amar setiap saat.
Berat badan sebelum bersalin, selepas dan perjuangan menurunkan berat badan?
Berat ideal Myra adalah 45 kilogram. Apabila tahu diri hamil, dengan morning sickness berat menurun jadi 42 kilogram. Kemudian berat mula naik sehingga bersalin menjadi 58 kilogram.
Selepas bersalin, tak berani timbang selepas tahu diri masih berat. Tetapi sekarang Myra kekal 43 kilogram dan alhamdulillah... sihat!
Ada orang punya harapan tertentu ketika hamil, contohnya mengharapkan anak yang comel dan sebagainya. Myra bagaimana?
Myra tak harapkan apa-apa sebab tidak mahu terlalu memikirkan bagaimana rupanya. Takut nanti selepas lahir, kita yang jadi tak seronok. Yang Myra buat, amalkan surah Yusuf dan beberapa surah untuk bayi dan Myra sendiri.
Dalam telefon, ada gambar bayi-bayi comel. Ketika hamil, Myra suka tengok mata bayi-bayi yang lain.
Pengalaman hamil hingga bersalin?
Kalau nak kongsi pengalaman semua itu, memang tak cukup masa. Kalau nak tengok boleh cari di YouTube, di situ semua ada. Tapi Myra sendiri tak alami apa-apa yang teruk. Myra alami perjalanan sebagai bakal ibu dengan sangat senang.
‘Nickname’ untuk Myra dan anak?
Nickname Myra selepas ada anak – Mummy. Untuk Anaqi, Myra selalu panggil dia Baby Mummy.
Apabila Anaqi meragam, siapa yang dia cari dahulu?
Sudah tentu lah dia cari emak dia dahulu!
Setelah setahun bergelar ibu, apa yang Myra rasa?
Myra ingin katakan, menjadi seorang ibu adalah suatu kebanggaan bagi Myra. Myra dapat explore diri sendiri, dapat menguruskan masa sendiri, lebih tahu berbanding dahulu, lebih matang dalam buat apa sahaja keputusan, terutamanya dalam menjaga anak.
Komen Myra mengenai anak selebriti yang punya akaun Instagram?
Orang mungkin fikir, Instagram itu untuk tujuan populariti. Tapi bagi Myra sendiri, itu adalah mini album untuk Myra dan Amar melihat perkembangan anak. Samalah macam dahulu, kita ada album foto.
Tapi sekarang kita jarang-jarang nak pergi kedai untuk cetak gambar. Dengan foto di Instagram, anak-anak sekarang boleh tengok saat dia dilahirkan sampailah umur dia besar. Dapat tengok pelbagai gelagat.
Itu yang Myra buat untuk keluarga Myra, bukan untuk mengejar fame atau followers.
Anaqi lebih rapat dengan siapa, Myra atau...?
Anaqi rapat dengan semua orang. Sejak lahir, Myra duduk denga mama satu keluarga. Jadi Anaqi tak pernah rasa tak nak dengan semua ahli keluarga.
Sesiapa saja ahli keluarga yang dukung dia, dia akan okey. Kalau Myra pergi kerja, dia tak ada masalah tinggal dengan mama atau Amar.
Kalau ada ‘superpower’, apa yang Myra nak buat?
Sekarang pun Myra rasa sudah ada superpower. Myra boleh buat banyak benda dengan sebelah tangan.
Myra boleh guna masa sejam untuk siapkan anak, uruskan rumahtangga; masak, cuci baju, kemas rumah – ya Myra tak perlukan superpower lagi sebab Myra dah ada!
Kalau Anaqi terjaga tengah malam, siapa yang akan bangun?
Dahulu masa dia menyusu badan, Myra lah yang akan bangun. Tapi sekarang Amar sangat membantu. Apabila dengar anak menangis, dia terus bangun buat susu dan Myra akan suapkan. Jadi sama-sama adillah!
Myra mummy yang bagaimana? Cerewet dengan pemakanan anak, contohnya tak boleh makanan manis atau sebagainya?
Memandangkan emak Anaqi ini duta ais krim, dia boleh makan benda manis, tapi not too much. Myra mendapat nasihat doktor, katanya, kita boleh bagi anak kita rasa sahaja. Tetapi makanan utamanya, nasi tanpa garam, tanpa MSG.
Ya, Myra sangat utamakan aspek pemakanan, pemakaian, dan kebersihan terutamanya. Anak Myra daripada keturunan pantang pasir, daripada sebelah Amar. Anak Myra tak boleh kena pasir selagi dia belum boleh berjalan tiga langkah.
Sebab itu kebersihan sangat penting. Selagi dia belum boleh berjalan, rumah mesti disapu dan divakum setiap hari. Kalau hendak pegang anak pun kena cuci tangan dahulu.
Imbas kembali saat ketika hendak bersalin. Serik?
Myra dengar ramai yang bercakap, selepas beranak, serik dan tak mahu beranak lagi. Tetapi Myra enjoy saat itu kerana Myra buat persediaan. Dari awal kehamilan, Myra masuk kelas dan dapatkan nasihat.
Apabila tinggal dengan emak, kita berpeluang dapat nasihat dan pelbagai petua untuk mengelak itu ini.
Apabila sampai masa, dengan apa yang kita dapat dalam kelas, apabila sampai masa bersalin, Myra tak menggelabah dan rasa fun. Doktor dan nurse pun banyak membantu. Yang paling banyak membantu, tentulah suami saya.
Dia ikut sahaja kata doktor dan nurse, turut saja apa-apa yang Myra mahu. Myra rasa relax, tak rushing, tak pressure dan tak tense. Jadi rasanya selepas Anaqi, bolehlah tambah beberapa orang anak lagi...!
Pernah menangis kerana terpaksa tinggalkan anak?
Pernah. Myra menangis kerana terpaksa meninggalkan Anaqi selama empat hari buat pertama kali. Ketika itu Myra mengikut Amar ke Bangkok kerana ada urusan. Setiap kali ada WiFi atau internet memang Myra terus buat Facetime untuk melihat anak.
Rindu. Baru tahu sakitnya rindu bila berjauhan dengan anak.
Disebabkan itu, Myra juga kerap membawa anak ke set penggambaran. Ya, kadang-kadang anak, suami dan mama ikut Myra pergi ke set penggambaran.
Apatah lagi jika tiada apa-apa mahu dibuat di rumah. Lagipun senang Myra nak menyusukan anak apabila dia ada dekat dengan kita.
Kenapa myra menetapkan syarat kepada pihak produksi dan jenama dalam perihal sesi penggambaran yang melibatkan aqeef anaqi?
Semua pihak perlu faham yang Anaqi masih kecil dan jika dia terlibat dalam sesi fotografi atau majlis ramah mesra anjuran pihak produksi atau wakil jenama, Myra tidak boleh halang orang yang mahu mendekati dan menyentuhnya.
Maklumlah anak kecil selalunya terlihat comel, jadi semua orang mahu mendekatinya, betul tak? Takkan Myra nak cakap jangan sentuh anak saya, pasti ada yang terasa hati.
Myra juga tidak mahu Anaqi rasa terbeban jika terlibat dalam sesi fotografi misalannya. Dia tidak perlu bekerja keras dalam usia yang masih kecil. Berilah dia peluang membesar seperti anak-anak yang lain.
Tunggulah Anaqi besar dan bersedia, tawaran kalian tidak akan Myra tolak, insya-Allah.