Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ramai pihak walaupun ada diantaranya yang kurang bersetuju dengan pelan tersebut. Namun ia dilakukan demi membantu pelbagai golongan dalam lapisan masyarakat dan sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin. Semuanya demi memastikan rakyat punya aliran wang tunai mencukupi untuk digunakan sepanjang tempoh ini. Harus diingat, apabila tiada lagi kes positif Covid-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, negara kita memerlukan masa untuk kembali pulih dan kukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi seperti sebelumnya. Dan terbukti ia bukan mudah seperti yang disangka. Bahkan lebih mencabar apabila persekitaran dan situasi ekonomi global turut berhadapan dengan cabaran tersendiri.

Sama ada perniagaan berskala kecil ataupun besar, tidak dinafikan impak besar Covid-19 banyak mempengaruhi dan memberi kesan kepada semua pemain industri, usahawan kecil dan sederhana, malah meliputi semua cabang pekerjaan dan perusahaan. Berdasarkan perkongsian Faizul Ridzuan, seorang Penganalisis Hartanah menerusi muat naik statusnya di Facebook nyata membuka mata masyarakat agar lebih cakna dan peka dengan isu ini.

‘Kita Bakal Berdepan Dengan Krisis Kewangan’

Tapi jangan panik. Ada beberapa perkara penting yang anda boleh lakukan SEKARANG untuk simpan lebihan cash sebagai emergency fund especially jika masih mempunyai pendapatan.


Kredit Foto: Google


1) Gaji Tetap
Simpan dan jimat penggunaan.


2) KWSP Akaun 2
Keluarkan saja RM500 setiap bulan untuk disimpan. Pakai hanya jika perlu/emergency sahaja.


3) Jika ada pelaburan lain seperti rumah, emas, unit amanah dan lain-lain, simpan sebagai backup.
Ini adalah backup terakhir yang boleh digunakan. Kekalkan perlindungan life takaful/medical card pada masa getir ini.


Kredit Foto: Google


4) Jika ada hutang di bank seperti rumah, kereta dan pinjaman peribadi, ambil kesempatan untuk TANGGUH BAYARAN dan simpan lebihan cash sebagai simpanan kecemasan.
Yang kaya dan mampu, kalau mahu bayar, bayar saja tapi ini diguna pakai untuk golongan yang perlu simpanan tambahan dan simpanan ekstra terutama yang rasa kedudukan karier mereka dihujung tanduk.


5) Jika anda dapat gaji penuh bulan ini dan merupakan kakitangan swasta yang bekerja di small company, jangkakan juga pemotongan gaji sekitar 30-70% bagi beberapa bulan akan datang (expecting the worst is better to get yourself prepared).
Syarikat besar, jangan terlalu selesa juga. Expect the worst. Sebab in order untuk sustain their business, they have to do something (if you are the boss you will understand). Sebab if they don’t, potensi mereka gulung tikar sekali dengan pembuangan kerja amatlah tinggi. Keep the unemployment rate low. So win-win situation, you help your bos, your bos will help you too. Better to get salary cut daripada tiada kerja langsung sebab ingat, during recession period, tiada or less employment opportunity. Stay where you are now and hold on. Be kind to your boss and your boss will help you too.

6) Jika anda pemilik rumah atau penyewa, jangkakan juga tiada atau minimal house rental reduction.
Untuk house owner yang kaya dan mampu, yes they can give free rental to their loyal and good tenant. Tapi bagi house owner yang mempunyai tempoh baki pinjaman yang masih panjang, please collect your house rental tapi boleh bagi diskaun (atas budi bicara anda sendiri) dan tengok status kewangan penyewa anda sama ada mereka ada salary cut atau jobless atau receive normal salary. Sebab melihatkan kepada baki tempoh pinjaman anda di bank, jika tempoh pinjaman ada baki 30 tahun, interest vs principal yang anda bayar adalah 70% dari installment rumah (jumlah yang sangat besar). You will pay now or later sama juga maksudnya it is a cost to you. Win-win situation juga. Be kind to your tenant and your tenant will survive and help you too. Macam saya sendiri, saya hanya dapat bagi free rental kepada penyewa untuk bulan April sahaja sebagai tanda sedikit bantuan dan for next few month it will be not less than 70%. At least your loyal tenant know that you are trying to help and they need to help us too untuk bayar sewa macam biasa + sedikit diskaun. Jaga our loyal tenant pada masa ini sebab kelak susah dapat loyal and good payer tenant sepanjang tempoh krisis ini.


Kredit Foto: Google

7) Jika anda berkemampuan, bersedekahlah walaupun sikit.
Insya-Allah dalam rezeki anda yang mengalir, ada rezeki mereka yang kurang berkemampuan juga.


8 ) Jika anda sudah ada tabungan kecemasan yang cukup barulah fikir untuk beralih kepada penyelesaian hutang lama.
Misalnya melalui Moratorium, hutang/komitmen ansuran rumah + kereta + pinjaman peribadi anda adalah RM2,000/sebulan.
Hutang kad kredit RM10,000. Anda hanya perlu 5 bulan untuk tutup hutang tersebut. Tapi ini hanya sesuai bagi yang sudah cukup simpanan kecemasan ya. Prioriti disini adalah untuk kumpul simpanan kecemasan dahulu.

Saya hanya mahu berkongsi kesedaran mengenai pentingnya persediaan untuk berhadapan dengan keadaan kemelesetan sekarang, sekurang-kurangnya anda mempunyai lebih banyak wang tunai sebagai simpanan kecemasan. Terutamanya yang masih ada peluang simpan sebanyak mungkin tabungan kecemasan, mulai bulan ini.