gaya hidup

Bukan Soal MALAS Atau Tak Usaha – Kalau Dah Kerja Pun Dibuang, Bisnes Tak Laku, Ini Ujian Untuk Semua!

gempak
Afiza Kamarulzaman
07/07/2021
08:21 MYT
Sponsor Banner
Bukan Soal MALAS Atau Tak Usaha – Kalau Dah Kerja Pun Dibuang, Bisnes Tak Laku, Ini Ujian Untuk Semua!
Bersyukurlah saat kita diberi limpahan rezeki yang tidak terhitung banyaknya, dianugerahi kuasa mengungguli darjat dan punya kedudukan yang tiada siapa mampu ‘sentuh’. Buat yang tiada apa-apa kelebihan di dunia, janganlah bersedih dan berasa serba kekurangan kerana percayalah ini semua bahagian masing-masing dan ujian Tuhan.
Menjadi kaya, ternama dan berpangkat juga ujian yang rata-rata melihatnya sebagai ‘kasih-sayang Tuhan’. Manakala kemiskinan pula akan kerap dikaitkan sebagai satu penghinaan, kebencian Tuhan dan balasan buruk buat mereka yang mempunyai ‘dosa’ yang dijatuhkan oleh manusia semata.
Di kala pandemik ini, ya benar ramai yang sangat terkesan daripada segi eknomi dan kos sara hidup. Jika sebelum ini mungkin kita boleh cakap, “kau tak makan sebab kau malam, tak kerja!”, “kau tak ada duit sebab kau tak usaha, duduk rumah goyang kaki!”
Hakikatnya dalam keadaan PKP yang asyik sambung-bersambung dan tidak tahu bila akan berakhir? Keadaan hidup tanpa makan dan duit boleh dianggap sebagai satu ujian yang meminta kita untuk saling bantu-membantu. Ia bukan lagi soal tidak pergi kerja atau malas, sedangkan kerajaan sendiri menyarankan rakyat ‘duduk rumah’ sebagai usahana menangani rantaian Covid-19.
Maka, saat ini bukan masa yang sesuai untuk ‘berceramah’ atau ‘berkhutbah’ bahawa ‘kau tak ada rezeki sebab tak cari’. Nyatanya sekarang orang yang paling rajin bekerja satu masa dulu pun sudah dibuang kerja oleh majikannya. Orang yang paling berusaha membangunkan perniagaannya juga sudah terduduk di rumah dek tidak boleh buka kedai dan duit habis menanggung kos tutup kedai!
Seorang kawan penulis baru diberhentikan kerja kerana syarikat gulung tikar. Dia mempunyai seorang isteri, empat orang ana da ibu bapa yang harus ditanggung. Dia kemudiannya mengusahakan jualan makanan di rumah bersama isteri. Namun, sambutan tidak sehebat mana kerana dia sendiri tidak pandai memasarkannya menggunakan media sosial.
Manalah, seorang lelaki yang sudah biasa kerja pejabat tahu nak ‘market’ barang dengan buat ‘live’ atau tergedik-gedik di media sosial untuk jual barangnya. Kemudian, dia cuba menjadi rider menghantar pesanan makanan. Alhamdulillah, adalah juga rezekinya. Namun pastilah tidak mencukupi dibandingkan dengan gaji bulanannya sebelum ini sekitar RM6000.
Istrerinya juga turut bantu dengan membuat kuih-muih dan dihantar ke kedai berdekatan. Katanya, walaupun untung tidak banyak dan ada kala kos pun lebih tinggi berbanding untung, dia jalankan juga atas kata ‘berikhtiar’. Mereka berjimat selagi mampu.
Anak-anak sudah diberhentikan minum susu tepung. Pakai lampin pun waktu malam sahaja. Makan minum pun sudah dicatu, kalau dulu gua berasmathi sekarang beras biasa saja. Kalau dulu nugget ayam beli jenama Ayamas atau Ramlee, sekarang mana yang murah itu jadi pilihan. Ketam, udang galah sudah lama tidak dijamah. Cukuplah ayam atau ikan kecil. Paling sedih, sudah beberapa bulan juga dia tidak dapat hantar wang belanja kepada Mak dan Ayah di kampung.
Adakah itu kamu masih rasa yang dia tidak berusaha? Masih meneruskan kehidupan mewah?
Pada kala kamu pula yang masih hidup dalam keadaan selesa dengan perniagaan atau kerja tiak terjejas jangan pula mendabik dada. Mungkin satu masa dulu, orang yang kamu kata malas itulah yang membantu ekonomi kamu dalam tidak sedar. Mungkin ketika dia ada duit dulu, dialah pembeli tegar produk kamu atau pengguna servis yang kamu berikan.
Cukuplah. Insafi diri. Masih diberi rezeki bukan bererti kamu ‘kesayangan Tuhan’ dan bukan juga penyebab untuk kamu menilai orang lain yang ‘ditutupi’ rezekinya untuk seketika. Jika tidak mampu untuk membantu sekali pun, cukuplah angkat tangan dan doakan untuknya. Jika itu pun kamu tidak mampu lakukan, adalah lebih baik kamu berdiam sahaja – jika diammu itu lebih baik daripada berkata-kata yang menyakitkan hati orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live