gaya hidup

Burnout – Doktor, Jururawat Dan Anggota Kesihatan Dah Terlalu Penat. Kuatkan Mereka Ya Rabb, Merekalah HERO Sebenar Kami.

gempak
Huda Hussain
13/07/2021
14:31 MYT
Sponsor Banner
Burnout – Doktor, Jururawat Dan Anggota Kesihatan Dah Terlalu Penat. Kuatkan Mereka Ya Rabb, Merekalah HERO Sebenar Kami.
Bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa. Tetapi hakikat yang pahit inilah realiti berlaku ketika ini. Apatah lagi peningkatan kes positif yang meledak hingga mencecah lima angka sudah cetuskan kanik dalam kalangan kita. Itu apa yang dirasai masyarakat. Tetapi tahukah anda bebanan yang dirasai barisan hadapan terutama para doktor, jururawat dan anggota kesihatan yang lain? Hampir dua tahun berperang dengan musuh yang tidak kelihatan ini sudah hampir melumpuhkan sistem kesihatan negara.
Kredit Foto: Google
Terkini menerusi perkongsian laman Facebook Public Health Malaysia, apa yang sedang berlaku sekarang berada pada tahap kritikal. Amat menyedihkan bahkan tidak pernah terbayang ia akhirnya berlaku di negara kita. Tulisnya:
Lebih separuh daripada doktor dan jururawat mengalami gejala burnout sewaktu pandemik Covid-19 ini. Anda telah saksikan video klip viral keadaan terkini hospital-hospital, klinik kesihatan, dan Covid Assesment Center (CAC). Ianya adalah benar. Bukan Fake News. Ada yang kritikal. Dapat dilihat penatnya frontliner berdepan suasana yang getir ini.
Kredit Foto: Facebook PHM
Terbaharu, sebuah kajian daripada Universiti Sains Malaysia terhadap anggota kesihatan di Malaysia menunjukkan lebih separuh doktor mengalami gejala burnout. Burnout dikalangan pekerja selalunya terjadi apabila sesebuah tempat kerja mempunyai keadaan stress yang kronik dan tidak berjaya diselesaikan oleh majikan.
Antara gejala kronik tersebut adalah lemah, tidak bermaya, stress, kemurungan, berfikiran negatif kepada kerjaya, dan pelbagai lagi gejala lain. Kajian lain sebelum ini menunjukkan burnout boleh menyebabkan kesan negatif seperti pengurangan kualiti, layanan pesakit, profesionalisma, keselamatan pesakit, dan peningkatan kesilapan semasa merawat.
Kredit Foto: IG Jentikhati
Kesan terbesar adalah lumpuhnya keseluruhan institusi perubatan kita. Kesan burnout bukan sahaja terjadi pada doktor dan jururawat. Menurut kajian tersebut, kebanyakan anggota kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penolong Pengawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Makmal, Dietician, juga mengalami gejala burnout. Kami selalu tertanya-tanya, bila tiada yang sihat, siapakah yang akan memajukan ekonomi? Moga sistem kesihatan kita tidak lumpuh.
Ayuh, panjatkan doa, solat hajat agar negara kita dilindungi dan wabak ini lenyap. Kita rindukan untuk hidup secara normal kembali. Ya, Insya-Allah suatu hari nanti. Jangan pernah henti dan putus menadah tangan, selain berikhtiar dan berusaha sedaya yang mampu. Moga ada jalan keluar buat semua daripada kemelut ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024