BURNOUT! “I’m So Happy Tapi My Brain Won’t Allow Me To Rest” – Hanya Yang Pernah Alami, Akan Faham...
Afiza Kamarulzaman
10/04/2021 14:05 MYT
10/04/2021 14:05 MYT
Simpati melihat keadaan Janna yang meluah perasaannya di akaun Instagramnya siang tadi. Dalam video berdurasi lebih tiga minit itu, Janna yang dilihat sedang memandu sendirian menangis merintih berkongsi perasaannya yang terganggu dek kepenatan bekerja dalam keadaan otaknya yang ligat berfikir tanpa rehat.
Antara ‘point’ yang dikongsi Janna adalah keadaan yang tidak cukup rehat keraa terpaksa memenuhi tugasan yang sudah dipersetujui. Ada kala dia tidak mahu lagi bekerja dan mahu melalui kehidupan normal tanpa perlu dikenali tetapi dia juga memerlukan duit untuk menanggung keluarga.
Janna dilihat begitu beremosi apabila bercakap perihal otanya yang tidak membenarkannya untuk berehat. Sentiasa berfikir dan terus berfikir membuatkan Janna membenci otaknya sendiri!
Ini bukan bermakna dia tidak bersyukur. Malah katanya, dia bersyukur dengan kehidupannya, dia gembira, hanya otaknya seolah-oleh tidak membenarkannya untuk menikmati kebahagiaan itu.
Ini coretan beliau di ruangan kapsyen:
“It’s not that I hate my career, or my work life.
I LIKE WORKING!
I tak boleh tak bekerja.
My schedule is packed until end of this year.
My body is so tired, but my brain is not.
Therefore my brain keeps pushing my body to keep working.
Even on days yang I nak rest, my brain will force me to think, think & think some more!
Imagine sitting alone, doing nothing but there’s 5/6 voices in your head that are giving you different ideas to work on!
“ JANNA NICK “
Is a false reality that I’ve created to make me look happier & have a perfect life.
It’s a mask, trying to cover up an unhappy past that I had.
But,she’s not the real me. I’m tired of always having to pretend to be someone else.
I’m just a normal human who want to live a normal life. I don’t like talking, I don’t like meeting people.
Dulu bila I tak happy, I could find reasons for me not to be happy.
Sekarang, I’m so happy tapi my brain won’t allow me to rest.
From this I know, that I am my own problem.
But no worries, I’ll fix myself.
•( I don’t need anyone’s opinion, I don’t need anyone to understand me. Even I myself fail to understand my mind. I JUST NEED A BREAK )” – Janna Nick.
Rakan Selebriti Tumpang Simpati
Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai rakan selebriti melahirkan perasaan simpati mereka dan mencadangkan agar Janna pergi berehat dan tinggalkan semuanya seketika.
Seperti kata Yasmin Hani, “Find pocket time to rest k.. Do deep breathing 5 minutes pun memadai. Syang dia...”
Nasihat Adflin Shauki pula, “Burnout alert! We all go through it dear. Pick and choose. Love yourself.”
Tulis Sarimah Ibrahim, “My dear... I know the feeling. It is burnout. Emotional and mental. Please don’t be afraid to reach out, I know that feeling of the mind racing and anxiety even through theres much to be happy about. I am here if you need me to share how I pulled through...maybe it will help you ok.”
Dan ramai lagi selebriti yang turut memberi sokongan moral kepada Janna. Didoakan Janna mampu melalui ujian ini dengan tabah dan tenang. Semoga Tuhan berikan Janna jalan keluar daripada semua kekusutan itu dan menggantikannya dengan keamanan dan keimanan. Insya Allah.
Apa Itu Burnout? Bagaimana Ia Terjadi?
Ramai wanita hari ini mengalami simptom burnout ini sebelum mereka berusia 30 tahun. David Ballard, PsyD dari Persatuan Psikologi Amerika menggambarkan burnout sebagai “seseorang yang mengalami keletihan dan kekurangan minat terhadap sesuatu dalam jangka masa panjang, boleh mengakibatkan kemerosotan dalam prestasi pekerjaan mereka.”
Tambah beliau, "banyak keletihan benar-benar berkait dengan tekanan kronik yang dialami. Dalam situasi seperti itu, tugasan yang diberikan kepada mereka ini melebihi kemampuan yang dimiliki untuk menangani tekanan."
Jika tidak dirawat, keletihan itu boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan, kebahagiaan, hubungan dan prestasi kerja. Untuk mengatasi situasi tersebut, adalah sangat penting untuk mengetahui apa yang harus diteliti.
Antara solusi untuk burnout tidak lain tidak bukan terletak kepada kemahuan diri untuk melawannya. Antara saranan yang diberikan adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Bunyinya mungkin klise tapi cubalah daripada hanya terus berserah untuk kalah.
- Dapatkan kualiti tidur yang baik.
- Lakukan senaman untuk keluarkan peluh dan detoks diri.
- Amalkan pemakanan yang sihat.
- Susun semula jadual kerja, jangan kesal untuk menolak tugasan yang dirasakan ‘berlebihan’.
- Jauhi kawan-kawan atau suasana negatif.
- Duduklah dengan mereka yang positif.
- Paksa diri untuk berehat dan lupakan semua tugasan untuk sementara waktu.
- Minta pertolongan orang yang dipercayai untuk menggalas tangungjawab yang ditinggalkan.
- Jangan bimbang untuk kerugian sedikit demi kesihatan diri sendiri yang kekal lebih lama.
- Dapatkan rawatan pakar jika keadaan berpanjangan.
- Paling pentingnya, tentulah kembali kepada Tuhan yang satu. Dialah sebaik-baik tempat mengadu. Jangan berhenti berdoa dan merintih kepada-Nya.