gaya hidup

Buruknya Perangai Orang Yang Suka SEDEKAH Dari Sisanya – Bagi Lauk Dah Basi, Beri Baju Dah Rabak...

gempak
Afiza Kamarulzaman
16/12/2020
13:28 MYT
Sponsor Banner
Buruknya Perangai Orang Yang Suka SEDEKAH Dari Sisanya – Bagi Lauk Dah Basi, Beri Baju Dah Rabak...
Tular baru-baru ini perkongsian daripada seorang ustaz dari Pusat Tahfiz berkenaan sedekah yang diberikan segelintir orang kepada anak-anak tahfiz. Bersedekah adalah amalan yang sangat mulia dan besar ganjarannya daripada Allah SWT. Dan, ramai yang percaya dengan bersedekah, rezeki kita akan dilipat gandakan.
Namun, yang sedihnya, perkongsian ustaz tersebut bukanlah perihal sedekah yang menguntungkan, sebaliknya apabila ada yang ambil kesempatan atas niat sedekah itu dengan pemberian yang membawa mudarat. Mudarat yang bagaimana? Ada tuan rumah mengadakan kenduri nikah. Kemudian, ada saki-baki lauk tidak habis dihantar ke pusat tahfiz.
Alhamdulillah. Rezeki orang hantar makanan. Malangnya, lauk yang banyak itu sudah hampir berbau basi kerana dihantar lewat. Malam itu, anak-anak tahfiz terpaksa tidur dengan bau kurang enak daripada lauk yang basi. Sudahnya, esoknya anak-anak ini terpaksa pula menguruskan pembuangan lauk-pauk tersebut. Aduhai, jadi satu kerja pula!
Kredit Foto: Facebook
Bukan Tak Bersyukur, Namun Fikirlah
Tambah ustaz itu lagi, bukanlah mereka tida berterima kasih dengan pemberian orang kepada anak-anak tahfiz itu, namun, apabila pemberian itu tidak dapat dimanfaatkan, ia sesuatu yang sangat menyedihkan. Tambahan pula, apabila menjadi bebanan kepada anak-anak untuk menguruskan pembuangan sisa lauk-pauk itu esoknya pula.
Alhamdulillah, tambah ustaz, masih ramai yang sudi menaja dan memberi sedekah yang baik-baik kepada mereka. Malah, rezeki buat mereka tidak pernah putus, sentiasa dicukupkan oleh Allah SWT. “Kalau menolak ada yang kata sombong tetapi inilah hakikatnya,” Ujarnya. Kepada yang mahu memberi pun, fikir-fikirlah sedikit.
Janganlah memberi sesuatu hanya kerana mahu melapaskan ‘tengkuk’ sahaja kerana tidak mahu lauk itu basi di tangan kamu. Sudahnya, menjadi beban kepada orang lain. Daripada niat sedekah terus bertukar muslihat. Sebaik-baik sedekah berilah yang terbaik nilainya dan yang kamu sendiri sukai.
Kredit Foto: Facebook
Fahami Teguran Allah Ini:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.” (Surah Ali-Imraan ayat 92)
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji”. (Surah Al-Baqarah ayat 267)
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live