Sepatutnya ada rasa malu dalam diri apabila kita mampu duduk dalam rumah besar, selesa sedangkan ada adik-beradik yang masih merempat. Seharusnya ada rasa bersalah jika kita makan sedap-sedapkan, sedangkan ada adik-beradik kita yang sedang kelaparan. Tidak sempurna iman kamu jika mampu berseronok pada ketika ada adik-beradik melarat.


Tidak dinafikan dalam sesebuah keluarga, pasti ada adik-beradik yang tidak ‘menjadi’. Pasti ada yang tidak berjaya seperti adik-beradik lain. Ada yang selalu diuji dengan kesusahan, kesempitan hidup, tekanan perasaan dan pelbagai lagi dugaan yang datang tanpa diminta. Harus diingat, ini semua juga ujian untuk kita sebagai ahli keluarga.


Jangan pula kita fikir, kalau kita sudah berjaya, kita tidak perlu adik-beradik lain untuk dipedulikan. Kerana kita miliki segalanya, kita sudah bina keluarga sendiri yang baik-baik, kita berhak menindas adik-beradik yang kekurangan. Lantas, kita jadi sombong dan angkuh dengan adik-beradik yang dirasakan hanya akan menyusahkan.

Kredit Foto: Google



Jika Berlaku Sesuatu, Pasti Darah Daging Dicari


Ya, inilah yang kita tidak mahu berlaku. Jika berlaku sesuatu terhadap seseorang itu, kebiasaannya orang tidak akan tanya, siapa kawannya? Siapa kekasih dia? Tetapi yang selalu orang akan tanya, mana keluarganya? Tiada adik-beradikkah? Ia selalu berlaku jika ada kemalangan atau musibah melanda.


Apabila melihat ada gelandangan yang hidup merempat, kita pasti terfikir tidak adakah adik-beradiknya yang mampu untuk menumpangkan tempat berteduh?


Jika ada seseorang tidak mampu membeli beras, gula sehingga menagih bantuan orang ramai, pasti kita tertanya, tidak adakah adik-beradiknya yang mampu beri makan?


Andai kita terlihat ada orang bunuh diri kerana tekanan hidup, tertanya-tanya kita, kemana perginya adik-beradiknya tidak datang bertanya khabarkah?


Begitulah betapa eratnya hubungan antara adik-beradik. Atas apa sahaja situasi yang berlaku, pasti saudara sedarah sedaging juga yang akan ditanya di mana mereka? Kenapa tidak dibantu ahli keluarga sendiri? Tidak adakah rasa perikemanusiaan jika orang luar pula lebih mahu ambil berat?





Kredit Foto: Google




Tidak Semua Mampu Bantu, Tapi Ambil Peduli


Ada yang memberi pelbagai alasan apabila ada yang mempersoalkan perihal adik-beradik yang tidak dipedulikan? Ya, tidak selama-lamanya kita mampu untuk membantu atau menanggung mereka yang kesusahan itu kerana kita juga miliki kehidupan dan tanggungjawab sendiri.


Namun, setidak-tidaknya jangan buat tak reti. Ambillah sedikit tanggungjawab dan rasa prihatin dengan kehidupan ahli keluarga. Sekurang-kurangnya, bantulah perkara asas seperti makan, minum, tempat tinggalnya dan perasaan adik-beradik yang dilihat bermasalah. Jika sudah puas dibantu, ikhlaskan. Jangan ungkit dan terus berhenti berbakti hanya kerana kita rasa kita sudah banyak bantu.


Ambil berat tidak hanya dengan menghulurkan bantuan bersifat fizikal, bertanya khabar juga cara menzahirkan kita ambil berat. Kalau kita mampu 24 jam melayan media sosial, atau kawan-kawan, kenapa seminggu sekali pun kita tidak mampu untuk bertanyakan khabar adik-beradik sendiri?


Dalam hadis lain daripada Abu Mas'ud al-Ansari daripada Nabi Muhammad SAW sabda Baginda, "Sesungguhnya orang Islam itu apabila dia memberi nafkah dengan sesuatu kepada keluarganya, sedangkan dia memberikannya dengan tujuan mematuhi perintah Allah dan mengharapkan pahalanya nescaya pemberiannya itu menjadi sedekah (yang berpahala) baginya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim).




Kredit Foto: Google




Peranan Adik-Beradik Terhadap Adik-Beradik Bermasalah: