,
Kecantikan

Cantik Lain Macam Solekan TOK TI Kali Ni – Jurusoleknya, Kongsi Tips Sentuhan Memukau Buat Ramai Terpukau!

Afiza Kamarulzaman
04/12/2021
04:52 MYT
Sebagai selebriti ternama dan usahawan kosmetik, pasti saja Dato’ Sri Siti Nurhaliza amat prihatin dengan setiap ‘look’ yang beliau gayakan. Solekan antara elemen yang sangat beliau titikberatkan setiap kali menghadiri sebarang majlis.
Beliau mempunyai beberapa nama jurusolek yang menjadi kegemarannya dan tidak takut untuk mencuba sentuhan baru. Baru-baru ini, ketika menghadiri fashion show pereka terkenal, Khoon Hooi, Siti telah menggunakan khidmat jurusolek terkenal, Najeeb Azami.
Penulis terpaku seketika kala ‘scroll’ Instagram dan melihat foto yang dimuatnaik jurusolek itu. Walaupun sudah biasa dengan foto selfie Tok Ti di sana sini, namun yang kali ini sangat mencuri pandangan. Look yang agak lain dari kebiasaan.
“Saya sendiri teruja saat Tok Ti called petang itu dan meminta saya mekapkannya. Sudah lama saya tak mekapkan Tok Ti,” cerita Najeeb memulakan cerita kepada InTrend.
Tok Ti Dah Sedia Cantik
Apabila ditanya rahsia solekannya yang buat Tok Ti amat menyerlah malam itu? Jawab Najeeb, “Tok Ti sendiri sudah sedia cantik, jadi saya cuit-cuit manja pun dia dah nampak ‘wow’. Tok Ti beritahu dia mahukan solekan yang tak over tapi masih ada touch of glam.”
Sebelum berjumpa, Tok Ti sudah hantarkan gambar baju yang akan digayakannya. Jadi, dari situ, Najeeb sudah dapat gambaran akan solekan yang akan dipadankan untuk tampak harmoni top to toe.
Lebih mengharukan Tok Ti kata, “Najeeb, hari ni hari you. So you buat je apa yang you nak buat. Kepercayaan macam nilah yang buat makeup artist bersemangat untuk berkarya!” tambahnya lagi.
Puas Dapat Pakaikan Tok Ti Highlighter
Menurut Najeeb, kebiasaannya Tok Ti tidak berapa suka menggunakan highligther pada wajahnya. Ya, kalau salah cara aplikasi, penggunaan teknik highlighting boleh menjadikan wajah nampak lebih besar dan tidak balance.
“Tapi saya happy sangat apabila Tok Ti approve untuk saya menggunakan highlight pada solekan kali ini. Dan ternyata percaturan saya tidak salah apabila Tok Ti nampak begitu menyerlah dengan hasil solekan yang classy dan elegant. Sesuai dengan busananya.”
Ditanya produk yang digunakan, kongsi Najeeb dia mix and match beberapa jenis jenama mengikut konsep solekan hari itu.
Untuk foundation, Najeeb menggabungkan Simpy Siti Argan Oil Foundation (yellow base) bersama Cle de Peau (pink base) untuk dapatkan tona sepadan kulit Tok Ti. Bedak pun daripada Simply Siti.
Untuk mata pula, Najeeb pilih pembayang mata Tom Ford dan Fenty Beauty daripada tesktur shimmery dan berkilau, ia memberikan efek mata yang sangat menyerlah walau tanpa warna ketara.
Yang lain-lainnya seperti pemerah pipi adalah daripada rona kegemaran Siti sendiri jenama M.A.C. Kemasan akhir, sapuan lip gloss dan layangan highlight daripada Christian Dior.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.