BREMEN Wong merupakan insan istimewa penjana idea kreatif yang telah membangunkan jenamanya sendiri dalam industri fesyen, iaitu Bremen W Millinery. Anak jati Kota Kinabalu yang sangat merendah diri ini bukan nama kecil dalam industri pembikinan aksesori kepala. Bremen sudah terbang ke serata dunia kerana hasil kerjanya.

Karya-karyanya telah mengisi banyak galeri seni peringkat global, dari Timur melangkau ke Eropah. Bremen mula membuat ramai menoleh kepadanya apabila beliau menghasilkan ‘headgear’ luar biasa untuk Miss World Malaysia Brynn Lovett dan Miss Universe Malaysia, Vanessa Tevi Kumares. Bremen Wong menyimpan impian untuk mencipta aksesori kepala luar biasa buat Dato’ Siti Nurhaliza, Faye Wong, Bjork dan Lady Gaga.

Khas meraikan Aidilfitri, InTrend memberi ruang kepada Bremen untuk berkarya dengan tema lebaran. Hasilnya tetap cantik, masih luar biasa dalam kesederhanaan!

Gaya 1 Syawal

Gaya 2 Syawal

Gaya 3 Syawal

Gaya 4 Syawal

Gaya 5 Syawal

Himpunan Alat Solek yang Anda Perlukan Untuk Wajah Raya