Hujung minggu lalu, berlangsung majlis ijab kabul dan resepsi perkahwinan anak kedua Datuk Rosyam Nor; Nur Anis dan pilihan hatinya Hariz. Dan hingga hari ini masih ramai yang memuji kecantikan wajah dan tidak kurang perjalanan kedua-dua majlis itu yang disifatkan sebagai magical wedding.

Sempurna dan lancar serba-serbi. InTrend berkesempatan menemu bual dua jurusolek yang bertanggungjawab mencantikkan wajah Anis pada hari bersejarahnya itu.




Kredit foto: IG Anis



Solekan Najeeb pada kanvas wajah Anis benar-benar menaikkan seri ratu sehari. Apa rahsianya?

Solekan saya lebih kepada konsep minimalis. Mulanya Anis pinta saya mekapkan look nude. Maka look polos menjadi pilihan. Kata Anis, dia mahu solekan yang tidak terlalu heavy memandangkan dia sering tampil dengan solekan sebegitu.

Dan seperkara lagi, Anis pinta agar tidak dipakaikan bulu mata yang panjang. Pendek kata look Anis ketika majlis ijab kabul itu ringkas dan flawless.




Ada cabaran atau kesukaran untuk solekkan Anis?

Tidaklah terlalu mencabar kerana raut wajah Anis sudah tersedia cantik. Tetapi, sebelum majlis ijab kabul Anis lakukan rawatan laser muka. Maka kulit mukanya tampak sedikit terbakar.

Namun itu tidaklah menjadi kesukaran bagi saya mahupun jurusolek profesional yang lain. Menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk mencantikkan wajah pengantin tanpa mengubahnya kelihatan seperti orang lain.

Senang sekali bekerja dengan Anis, katanya “Okey je bang, boleh”.




Kredit foto: IG Anis (Jurusolek Ijab Kabul – Najeeb Azami)



Bahagian yang difokuskan?

Mata dan pipi. Untuk serlahkan look flawless, saya bermain dengan empat jenis blusher selain solekan pembayang mata yang tidak terlalu berat dan sarat.

Anis juga pinta agar tidak disolek dengan eye liner wing maka solekan pembayang mata juga lebih light efeknya.


Najeeb bermain dengan rona apa untuk serlahkan sisi manis pada wajah Anis?

Peach, pink dan kelabu.

Kredit foto: IG Anis (Jurusolek Ijab Kabul – Najeeb Azami)




Seleksi produk yang digunakan?

Untuk solekan pemerah pipi, saya gunakan empat jenis. Bahagian depan pipi rona pink daripada Dolce & Gabbana, tulang pipi rona copper, blusher plate NYX, juga pemerah pipi soft pink keluaran saya, Najeeb Azami Perfecting Cosmetics.

Untuk pembayang mata pula saya layangkan Tom Ford rona kelabu. Gincu range effortless rona pink peach juga menggunakan Najeeb Azami.





Tips Najeeb untuk solekan pengantin kekal lama?

Maklum sajalah kan, waktu nikah mesti ada momen titisan air mata. Jadi elakkan touch up mekap dengan bedak padat. Kerana jika ia ditambah dengan bedak padat misalnya, solekan akan kelihatan cakey.

Memadai dengan hanya gunakan tisu kering. Dan kalau tisu itu sudah basah, terus buang dan gunakan tisu lain.






Kredit foto: IG Anis (Jurusolek Majlis Resepsi – Chomel Redza)


Konsep solekan malam itu, boleh Chomel huraikan lebih lanjut?

Berkonsepkan malay bridal classic dengan sentuhan moden. Saya banyak bermain dengan rona brown dan cooper bronze pada mata manakal fresh pink untuk gincu bibir.



Adakah Anis menyerahkan bulat-bulat konsep solekan kepada Chomel atau dia punya reference solekan yang dikongsi sama Chomel?

Ya, Anis serahkan sepenuhnya pada saya. Dia memberi kerpercayaan pada saya untuk berkarya. Saya ada bertanya, “Anis nak buat look apa?


Jawab Anis, buat aje apa yang Chomel rasa the best”. Dan saya cuba realisasikan apa yang terbaik untuk majlis resepsi malam itu.





Kredit foto: IG Anis (Jurusolek Majlis Resepsi – Chomel Redza)




Jurusolek Majlis Resepsi – Chomel Redza

Konsep solekan malam itu, boleh Chomel huraikan lebih lanjut?

Berkonsepkan malay bridal classic dengan sentuhan moden. Saya banyak bermain dengan rona brown dan cooper bronze pada mata manakal fresh pink untuk gincu bibir.


Adakah Anis menyerahkan bulat-bulat konsep solekan kepada Chomel atau dia punya reference solekan yang dikongsi sama Chomel?

Ya, Anis serahkan sepenuhnya pada saya. Dia memberi kerpercayaan pada saya untuk berkarya. Saya ada bertanya, “Anis nak buat look apa? Jawab Anis, buat aje apa yang Chomel rasa the best”.

Dan saya cuba realisasikan apa yang terbaik untuk majlis resepsi malam itu.


Bahagian yang diberi penekanan dalam look itu?

Mata, kerana mata Anis sangat cantik. She got almond eyes.




Kredit foto: IG Anis (Jurusolek Majlis Resepsi – Chomel Redza)





Antara produk yang Chomel gunakan?

Saya menggunakan krim pelembap kegemaran saya iaitu Charlotte Tillbury they call it Magic Cream, bedak asas Nars, bedak tabur Channel, pembayang mata surabaya juga daripada Nars, gincu M.A.C code scattered petal.


Tips Chomel kepada bakal ratu sehari, apa do’s and don’ts sebelum hari bersejarah?

Jangan buat peeling facial dalam tempoh seminggu sebelum majlis anda. Rajinkan diri menyapu pelembap dan krim mata. Selain itu dapatkan rehat secukupnya.





Kredit foto: IG Anis (Jurusolek Majlis Resepsi – Chomel Redza)