Cantiknya Anak Julia Rais — YM Tengku Iman Saat Bergelar Pengantin
Public Anonymous User
24/08/2018 06:12 MYT
24/08/2018 06:12 MYT
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Kredit foto: Najeeb Azami
Eksklusif! Najeeb Azami berkongsi momen berharga, saat diberi tanggungjawab ‘menyerikan’ wajah YM Tengku Iman Afzan.
Siapa tidak kenal sama pelakon era 80-an berwajah Pan Asian, Cik Puan Julia Rais? Walaupun kini sudah tidak aktif dalam seni lakonan, namun ramai yang masih merindui kecantikannya yang satu masa dulu menjadi pujaan ramai.
Kini, kecantikannya itu diwarisi oleh anaknya, Tengku Iman Afzan yang hari ini telah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya.
Puteri ini nyatanya dilahirkan cantik, dengan raut wajah menawan semula jadi, justeru hanya dengan sedikit sentuhan, sudah cukup membuatkan YM Tengku Iman menyerlah di hari bahagianya.
Kredit foto: Najeeb Azami
Mengenakan busana daripada rekaan Rizalman Ibrahim dan dandanan rambut oleh Ckay Liow, jurusolek yang memegang mandat paling besar sebentar tadi, jurusolek Najeeb Azami berkongsi sedikit momen indah saat menyentuh wajah Tengku Iman.
Kredit foto: Najeeb Azami
Dari Gurauan Menjadi Realiti
Menurut Najeeb, sebelum ini dia bertemu dengan Tengku Iman ketika menyolekkan saudaranya. Ketika melintas lalu di hadapan Tengku Iman, secara spontan Najeeb memujinya yang kelihatan amat cantik. Sambil bergurau, Najeeb sempat melontarkan bicara; “Nanti kahwin, panggil saya mekap tau?”
Siapa sangka daripada sekadar gurauan itu, menjadi realiti apabila Najeeb Azami benar-benar dihubungi Tengku untuk disolekkan pada hari bersejarahnya.
Sebelum itu, terdapat beberapa jurusolek juga yang telah melakukan trial makeup untuk Tengku Iman, namun kalau sudah namanya ‘jodoh’, rezeki Najeeb juga bergelar jurusolek pengantin untuk Tengku Iman.
Bisik Tengku Iman kepada Najeeb, “Hey, I masih ingat tempoh hari, you minta untuk mekapkan I bila I getting married...” Mereka ketawa mengingati momen awal perkenalan itu.
Kredit foto: Najeeb Azami
Tengku Iman Mahu Light Makeup But Outstanding!
Berkongsi sama InTrend saat Najeeb mula merencana idea solekan untuk Tengku Iman, kata Najeeb, Tengku seorang yang sangat sederhana, justeru solekan pun baginda mahukan yang simple, tidak terlalu berat tetapi mestilah yang masih menyerlahkan dirinya sebagai ratu sehari.
“Kami setuju dengan solekan yang minimalis dan moden. Baginda sudah mempunyai kulit wajah yang flawless, jadi usah bazirkan natural beauty yang dimiliki. Saya juga dikenali dengan solekan yang ringan dan glow. Maka, ia tidak rumit untuk dijayakan.”
Kredit foto: Najeeb Azami
Tips Solekan Manis Tengku Iman
Najeeb tidak lokek berkongsi apa yang digunakannya ketika menyolekkan Tengku Iman tadi. Menurutnya, untuk prep-skin dia menggunakan La Mer Skin Renewal Oil, Charlotte Tilbury Magic Cream dan Charlotte Tilbury Glow Primer.
Persediaan asas kulit ini penting untuk memastikan kulit pengantin kekal segar dan hidrat sepanjang majlis.
Kemudian, Najeeb menggunakan Najeeb Azami Perfecting BB Cushion, produk yang diasaskannya sendiri. Tidak perlu bedak asas lain atau penyamar cela, malah Najeeb juga tidak menggunakan loose powder.
Sapuan tipis BB Cushion sudah memadai dan mampu memberi litupan menyeluruh tanpa nampak cakey atau tepu. Hanya sedikit sapuan La Mer Pressed Powder pada bahagian T-Zone untuk memekap minyak berlebihan.
Disebabkan bentuk wajah Tengku Iman sudah sedia cantik terletak dan bujur sirih, Najeeb tidak menggunakan teknik shading. Cukup dengan teknik strobing menggunakan Nars Coppacabana dan sedikit hilighting pada bahagian wajah tertentu.
Untuk pembayang mata pula, pilihan warna kelabu keunguan kombo yang sangat cantik untuk ratu sehari di majlis siang. Pakai juga bulu mata palsu tetapi yang paling pendek dan simple. Tidak terlalu galak dan keterlaluan.
Pemerah pipi, dipilih dari rona baby pink. Untuk solekan bibir, Najeeb mengadunkan gincu Najeeb Azami Lip Matte rona Nuge dan pengilat bibir daripada M.A.C. Hasilnya, sungguh wow!
Team InTrend ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tengku Iman dan pasangan. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah dengan kurniaan putera-puteri yang comel dan sihat hendaknya. Amin.
Kredit foto: Najeeb Azami