CANTIKNYA! Kurung Riau Rekaan Shanellharun Jadi Pilihan Uqasha Pada Majlis Merisik. Tampak Manis Dan ‘Effortless’.
Huda Hussain
06/04/2021 07:45 MYT
06/04/2021 07:45 MYT
Tampak manis dan effortless penampilan Uqasha Senrose yang menyarung kurung Riau rekaan Shanellharun. Tidak terlalu sarat, longgar dan paling penting terletak cantik membalut tubuh langsing pelakon terkenal ini. InTrend berkesempatan menemubual pereka busana ini, Shanellharun yang hanya mengambil masa tiga hari untuk menyiapkannya.
Berapa lama proses nak siapkan baju kurung riau ini?
Sejujurnya Nell dapat tahu dari Uqasha yang dia akan buat majlis merisik lebih kurang tiga hari sebelum majlis. Jadi agak last minute juga sebenarnya. Tapi Alhamdulillah dapat siapkan dalam jangka masa yang dipinta.
Apa 'request' Uqasha untuk baju majlis merisik dan tunang ini?
Waktu itu dia beritahu nak adakan majlis merisik dan bertanya ada tak baju-baju yang ala-ala manis. Dan Sha (Uqasha) cuma request nak baju yang tampak manis dan dalam masa yang sama sopan untuk majlis itu. Nell bertanya lagi sama ada Sha mahu pakai baju kurung atau tidak? Jawabnya boleh saja dan selebihnya Sha serahkan kepada Nell untuk mereka dan menyiapkan baju ini.
Material fabrik yang digunakan pula bagaimana?
Nell pilih material Sutera shantung dan ditambah dengan perincian diamonte. Dan untuk kurung riau yang Nell buat ini berpesak senteng yang memberikan ilusi tampak lebih manis, sopan dan klasik dalam masa yang sama. Tatkala Sha menyarungkan kurung Riau ini memang nampak dia sangat cantik, ayu dan manis. Bersahaja lagaknya.
Kredit Foto: IG Uqasha Senrose
Keistimewaan kurung Riau pada mata Nell?
Pada pandangan Nell, kurung riau ini antara jenis kurung yang sering kita lupakan. Kita banyak lihat contohnya kurung Pahang dan kurung lain yang telah dimodenkan dan tiada pesak yakni antara ciri keaslian sesuatu jenis kurung. Dan apa yang Nell buat untuk Sha adalah kurung riau Pahang bercekak musang dan berpesak senteng. Untuk itu, Nell gunakan semula potongan klasik dalam busana tersebut. Harapnya bakal-bakal pengantin akan pakai baju yang lebih kurang begini sekali gus mengembalikan semula potongan klasik untuk majlis mereka.
Rekaan pada leher serlahkan keseluruhan kurung tampak lebih statement. Komen Nell?
Ya, pada bahagian leher ia menjadi statement sebab Nell sukakan sesuatu yang tidak terlalu sarat. Lebih-lebih lagi ini adalah majlis merisik/tunang. Jadi Sha perlu tampak paling manis. Untuk melengkapkan gaya Sha, Nell pakaikan selendang panjang material organdi bersulam liku dan sebentuk kerongsang besar sebagai statement. Kombinasi selendang, baju dan kerongsang memang compliment each other. Terletak cantik membalut tubuh Sha.