Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cat Dinding Dan Pencegahan Covid-19, Apa Kaitannya? Teliti Penjelasan Pakar, Cakna Huraian INI.

Huda Hussain
27/11/2021 02:00 MYT
Jika ditanya kepada penulis apa hubung kait cat dinding dengan penularan virus Covid-19 pasti gelengan kepala hanya ‘gesture’ yang mampu dipamerkan. Kerana sejujurnya, sebelum menulis artikel ini penulis sendiri mengakui tidak jelas dan faham akan kepentingan pemilihan cat terutamanya dalam waktu pandemik yang kita alami hari ini.

Nippon Paint Malaysia (NPM), menyediakan penyelesaian salutan cat menyeluruh No. 1 Malaysia baru-baru ini melancarkan dua penyelesaian salutan cat anti-virus dan anti-bakteria tambahan. Kedua-dua produk ini dengan formula yang dipertingkatkan telah terbukti berkesan dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit termasuk COVID-19 (SARS-Cov-2).


Kredit Foto: Google


Produk yang dinaik taraf adalah sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan ini dalam #MenjagaKeselamatanSemua sambil meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia. Rangkaian salutan cat termasuk 1) Spot-less Plus, dirumus dengan Teknologi Anti-Kotoran dengan kemasan rendah kilat yang sangat bagus dan 2) Vinilex Fresh Plus, cat dengan kemasan matt yang kurang bau dan sifat kebolehbasuhan yang baik sesuai untuk dinding dalaman.

Penambahan produk ini akan melengkapkan cat dengan kemasan separa kilat VirusGuard sedia ada, yang menentang pertumbuhan kulat serta memberikan VOC ultra rendah, kebolehbasuhan unggul dan warna yang tahan lama.


Kredit Foto: Google

Permukaan dinding yang disentuh secara kerap boleh bertindak sebagai vektor penghantaran virus dan bakteria. Sesetengah bakteria, seperti E.coli mungkin kekal pada permukaan tidak bernyawa selama berbulan-bulan, manakala yis penyebab infeksi boleh bertahan selama berminggu-minggu. Hal ini menekankan kepentingan untuk membasmi kuman dan membersihkan permukaan yang kerap disentuh secara berkala. Virus COVID-19 (SARS-CoV-2) juga daripada bawaan udara dan boleh kekal dan menular di udara sehingga beberapa jam.

Dirumus dengan Teknologi Ion Perak, salutan cat anti-virus dan anti-bakteria yang baru dipertingkatkan boleh memusnahkan mikrob dengan keberkesanan yang tinggi dan terbukti daripada laporan ujian makmal oleh Antimikrop R&D dan Makmal Analisis Biosidal, yang mana 99.9% berkesan terhadap virus dan bakteria berbahaya pada permukaan yang dicat. Teknologi ini menghalang penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah - memusnahkan virus dan dinding sel bakteria atau membran menjadikannya tidak berfungsi, mengurangkan keupayaan pembiakan mereka, dan menghalang kelangsungan hidup mereka yang akhirnya menyebabkan kematian virus dan bakteria.





Menurut Pengarah Urusan Kumpulan NPM Yaw Seng Heng, “Sebagai penyedia penyelesaian salutan cat menyeluruh No. 1 Malaysia, rangkaian produk anti-virus dan anti-bakteria mewakili usaha tanpa henti Nippon Paint Malaysia dalam mewujudkan ruang dalaman rumah, tempat kerja dan premis awam yang lebih selamat. Kami percaya pelancaran rangkaian produk yang dipertingkatkan ini adalah tepat pada masanya kerana sekatan pergerakan sedang ditarik balik untuk menyediakan lapisan perlindungan tambahan kepada persekitaran kita. Dalam usaha kami untuk memperjuangkan kesihatan dan kesejahteraan, kami sentiasa mencari peluang baharu dan penyelesaian inovatif untuk membawa nilai tambah kepada pelanggan kami sambil mencipta persekitaran yang indah dan sihat.”

Tahun lalu, Nippon Paint mengumumkan keputusan ujian oleh Analytical Lab Group, yang menunjukkan keberkesanan VirusGuard terhadap Human Coronavirus, ATCC VR-740, strain 229E. Keputusan menunjukkan pengurangan 99.9% dalam titer virus apabila terkena virus pada filem cat menjadikannya cat anti-mikrobial pertama yang dirumus dengan prestasi anti-virus dan anti-bakteria di Malaysia. Cat ini juga boleh memusnahkan virus influenza seperti H1N1 (Selesema Babi), virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Coxsackievirus A16), dan bakteria, seperti E. coli, MRSA dan Staphylococcus Aureus.

Salutan cat yang mesra alam ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan sangat disyorkan untuk digunakan di mana-mana ruang dalaman, baik di kediaman dan kawasan komersial (seperti institusi kesihatan, hotel, pejabat, restoran dan pusat pendidikan). Cat ini juga menawarkan faedah fungsi lain seperti anti-kulat, kurang bau, VOC ultra-rendah, anti kotoran, kebolehbasuhan yang unggul, warna tahan lama dan penyelenggaraan yang mudah.
#Cat #COVID-19 #Nippon Paint
;