Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Read

CINTA PLATONIK Anak – “Mereka Tak Pernah Lepas Dari Pantauan Kami, Bukan Seperti Apa Netizen Gambarkan.” Ibu Bapa Mitilda Kongsi Rasa

Huda Hussain 01/01/2020 | 07:51 MYT

Isnin lalu menerusi rancangan bual bicara Currhat yang bersiaran di saluran Astro Prima jam 9 malam membincangkan topik Cinta Platonik. Ia adalah istilah yang digunakan untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang tetapi tidak wujud unsur-unsur rasa tarikan secara seksual.

Kisah cinta anak-anak kecil hangat dibahaskan warga net susulan tular cerita seorang murid lelaki sekolah rendah yang sanggup membeli pakaian dalam teman wanitanya hingga mencetuskan kemarahan yang membaca bingkisan kisah ini.

Benar, perasaan dan apa jua yang kita rasai adalah kurniaan Allah SWT. Ia hadir bukan dipaksa-paksa atau diminta-minta. Ia berlaku secara semula jadi sesuai dengan perkembangan usia.

Namun apa pula ceritanya andai murid berusia 10 tahun sudah mula menyukai seorang lelaki yang berumur 12 tahun? Adakah ia normal? Bagaimana anak sekecil itu sudah punya keinginan untuk berkasih sayang dengan individu lain?
InTrend berkesempatan menemu bual ibu dan bapa Duerra Mitilda; Puan Nora dan Encik Amirul Bahar mengulas lanjut mengenai isu ini.

Kredit foto: @duerramitildadme

Sejak bila mula maklum tentang anak mula menyukai seseorang?

Bulan Ogos mereka mula kenal dan bulan September mula couple. Kedua-duanya bersekolah di sekolah yang sama dan tinggal di kawasan perumahan yang sama. Mulanya mereka berkenal-kenalan di Ig dan bila jumpa disekolah, Mitilda senyum bila ternampak Eriq.

Daripada situ mereka mula kenal dan rapat. Kami juga mengenali kedua ibu bapa Eriq (Hezriq Shah).

Reaksi kalian mula-mula dapat tahu?

Terkejut juga sebab yalah, Mitilda masih kecil. Tetapi kami sebagai ibu bapa dan pendekatan kami sendiri adalah mendengar terlebih dahulu penjelasan anak. Contohnya apa jua perkara atau masalah Mitilda, kami akan dengar untuk memahami situasi yang sebenar.

Kami selami perasaan dia. Kami tidak terus menghukum atau membantah secara terang-terangan. Kerana pada saya, kalau kita terus condemn, hukum dan sebagainya bukan itu caranya untuk dekat dengan anak-anak.
Dan dalam hal ini, pada saya ia cuma perasaan dan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak. Macam kita juga dulu, suka tengok budak perempuan itu, dan setakat itu sajalah. Tidak berlebih-lebih dan bukannya seperti apa yang disangka orang ramai.
Tetapi apa yang penting, kami sentiasa pantau pergerakan dan perkembangan Mitilda. Pendek kata 24 jam seminggu memang tidak pernah terlepas daripada pandangan kami. Dari segi hubungan kami dengan ibu bapa Eriq, memang rapat bagaikan keluarga sendiri.
Kami kerap juga meluangkan masa bersama, bawa anak-anak keluar, makan-makan. Dan tiada istilah kami membiarkan mereka begitu saja.

Malah kalau Mitilda nak gunakan telefon bimbit sekalipun, mummy selalu berada disebelah. Dan dia juga ada masanya bertanya, “Mummy, nak cakap macam mana ya?” Memang dia rapat dengan ibunya. Dengan saya bukan tak rapat cuma ada perkara yang dia rasa segan nak beritahu. Tapi kesudahannya saya tahu juga.

Selepas dimaklumkan, apa tindakan kalian? Mungkin ada tetapkan peraturan tertentu?

Kami guide Mitilda. Ada perkara yang dia boleh buat dan sebaliknya. Contohnya, telefon bimbit. Instagram Mitilda memang ibu dia yang pantau. Semua DM dan komen, mummy dia yang akan tapis.

Cuma ada masa-masa tertentu saja yang mummy dia akan beri kebenaran contohnya waktu Mitilda go live di Instagram. Itupun mummy dia yang duduk disebelah. Kalau keluar pula, kami akan keluar beramai-ramai.

Begitu juga dengan keluarga Eriq. Dan seperkara mengenai Mitilda, saya lihat dia lebih cepat matang berbanding rakan-rakan yang seusia dengannya.
Mungkin juga kerana persekitaran dia (memandangkan dia seorang pelakon) yang selalu bercampur gaul dengan orang lebih dewasa membuatkan tindak-tanduknya lebih cepat matang.

Kredit foto: @duerramitildadme

Tak rasa takut anak kecil bercinta sementelahan mereka masih terlalu kecil dan mentah?

Pada saya sebagai ibu perasaan takut itu sentiasa ada; tidak kiralah sama ada anak lelaki atau perempuan, sama sahaja. Dan sebab takut kalau anak buat perkara yang bukan-bukan, maka kami ambil pendekatan ini.

Bukan menakut-nakutkan anak, menghukum sekalipun biar kena pada tempatnya. Tetapi pendekatan love and respect itu sebenarnya yang banyak membantu.

Antara Mitilda dan saya memang tiada rahsia. Dan dia memang rapat dengan saya. Dan apabila hubungan kasih sayang kami erat, ia tidak mendatangkan masalah. Dia tidak malu untuk berkongsi apa jua masalah.

Pada saya itu lebih baik daripada dia berkongsi dengan orang luar yang mungkin kami sendiri tidak tahu latar belakangnya dan sebagainya. Seolah-olah anak membelakangkan ibu bapa. Kerana itulah pentingnya ibu bapa rapat dengan anak. Ada masanya dia layan anak seperti kawan, ada masa kita perlu bertegas dan sebagainya.

Pandangan kalian setelah kisah ini tular di media sosial hingga jadi buah mulut netizen. Ada yang mengecam dan melemparkan pelbagai kata-kata dahsyat. Komen?

Biasalah, kita manusia biasa. Waktu mula-mula itu ada juga timbul rasa geram. Tapi lepas difikir semula, tak perlu kami panjangkan-panjangkan. Sebab utamanya orang di luar tidak nampak dan tak tahu bagaimana kehidupan kami.

Apa yang kami buat, itu dan ini semuanya orang tak tahu. Dan kerana faktor kebebasan bersuara itu adalah hak semua orang. Jadi kami tiada daya untuk menyekat atau menghalang.
Sudahnya, apa yang orang nak kata, katalah. Kami sebagai ibu bapa sentiasa pantau pergerakan dan peka dengan perkembangan anak-anak. Lebih-lebih lagi Mitilda seorang public figure, jadi tumpuan kepadanya lebih sedikit. Dan anak perempuan pula, lagilah bertambah risau.

Kredit foto: @duerramitildadme

Bagaimana dengan pelajaran Mitilda, terganggu atau tidak?

Alhamdulillah tidak. Dia masih boleh catch up apa yang dia belajar di sekolah. Dia mula terlibat dalam iklan komersial ketika berumur tiga tahun dan mula berlakon semasa berusia lima tahun.

Jadi apa jua yang cikgu ajar disekolah, saya sebagai ibu memang sentiasa peka. Hantar dia ke kelas tusyen dan selalu take note apa yang dia dah tertinggal. Dirumah, saya akan duduk dan ajar dia. Daripada situ kami sama-sama membantu. Alhamdulillah, keputusan pelajarannya tidak pernah mengecewakan.

Nasihat kepada ibu bapa yang mungkin juga berhadapan dengan situasi sama?

Tidak dinafikan, pasti ibu bapa yang pernah melalui situasi ini akan berasa down lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan kecaman orang ramai. Tetapi fikirlah secara positif kerana apa yang kita buat ini adalah untuk anak-anak.

Ibu bapa sendiri perlu kuat dan tetap dengan pendirian masing-masing. Pegang anak dengan pendekatan love and respect. Barulah mereka berasa dekat dengan kita dan dalam masa sama menjaga batasan dan menghormati kita.

Kredit foto: @duerramitildadme

#Gaya Hidup #Cinta #Keluarga #Perhubungan
;