Bakal berentap dalam pusingan ‘battle’, bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aweera dan Aliff Aziz bersyukur apabila kedua-dua mereka akhirnya dapat bergandingan.

Menurut Aliff Aziz, apabila mengetahui Aweera bakal menjadi partner ‘battle’, dia sebenarnya agak terharu.

“Sebabnya kita dah boleh bayangkan apa yang kita nak buat, Insya-Allah.

“Aweera ni range dia besar dan pada masa sama sangat energatic walaupun kecil orangnya.

“Kecil-kecil cili padi,” katanya.

BACA: GV8: Impian Ke Final Lebur, Shidee & Ani Maiyuni Tersingkir Minggu Separuh Akhir, Aweera Pula...

Sementara itu menurut Aweera pula, selepas berhempas pulas selama 10 minggu, dia akhirnya dapat bersama satu pentas dengan sahabatnya, Aliff Aziz.

“Aliff ada low note yang bagus, boleh menjatuhkan air mata. Kalau saya memang ada problem note rendah.

“Jadi setiap kali dengar Aliff menyanyi sedikit sebanyak saya belajar,” katanya.

Sekadar info, kedua-dua bintang GV8 ini akan membawakan lagu secara Bangun (Aman RA) secara ‘battle’.

Pada konsert final esok, Aweera akan membawakan lagu Beggin' (The Four Seasons) secara solo.

Untuk segmen duet Aweera akan bergandingan dengan Liza Hanim untuk menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).

Buat Aliff Aziz pula, dia akan menyanyikan lagi Sampai Syurga (Faizal Tahir) secara solo dan lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir) duet bersama Hafiz Suip.