'Content' Media Sosial – Bukan Tak Boleh ‘Upload’, Tapi Alangkah Indahnya Kalau Kita Pun Turut Sama ‘Merasa’ Ujian Mereka.
Huda Hussain
21/12/2021 15:48 MYT
21/12/2021 15:48 MYT
Media sosial hari ini bukan sekadar menjadi platform untuk kita menyimpan dan merakam memori yang bersifat peribadi. Tetapi juga ada yang memanfaatkannya untuk membantu mereka yang terkesan khususnya dalam peristiwa banjir yang dialami ketika ini.
Ya, bagi segelintir orang yang tidak terkesan dan waktu hujung tahun begini sememangnya dinanti. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah buat perancangan bercuti sana sini. Pastinya mahu diabadikan segala aktiviti untuk disimpan dalam media sosial. Bahkan sudah menjadi kebiasaan kita kan nak muat naik foto ‘ootd’, makan di situ, jalan-jalan di sini dan macam-macam lagi. Dan ya, faham media sosial kita maka menjadi hak kita untuk muat naik apa sahaja ‘content’ yang kita sendiri cipta.
Tetapi melihatkan musibah banjir yang membadai enam negeri hingga melibatkan puluhan ribu mangsa, pada hemat penulis ada baiknya kita turut sama menghormati apa yang mereka rasa. Atas nama kemanusiaan, alangkah indahnya andai kita simpan keseronokan dan kegembiraan kita itu. Tak perlu dimuat naik, cukup sekadar kita sahaja yang tahu.
Kerana di luar sana ada yang lebih dua hari tidak makan dek kerana terperangkap menanti bantuan tiba. Ada yang terpaksa menahan perut dan berlapar demi biarkan anak-anak yang makan. Sungguh, ujian yang menimpa mereka kini bukan calang-claang hebatnya. Menyentak emosi, menjentik sanubari. Tinggal sehelai sepinggang, hilang dan musnah semuanya dibawa arus air. Dan lebih daripada itu semakin banyak korban nyawa yang melayang dek musibah banjir ini.
Tunjukkan solidariti tanda keprihatinan dan bersatunya kita bersama mereka yang terkesan. Berhenti seketika muat naik ‘content’ kita yang cantik dimata kita tetapi perit pada pandangan mereka. Buktikan masih ada sifat kemanusiaan dan kebersamaan sesama kita. Umpama cubit paha kanan, paha kiri pun terasa.
Walaupun dari jauh, cukup sekurang-kurangnya titipkan doa, beri kata-kata semangat buat mereka yang diduga dengan ujian hebat ini. Jika berkemampuan, hulurkan bantuan apa yang termampu. Sedikit atau banyak, besar atau kecil bukan menjadi ukuran. Tetapi keikhlasan kita untuk membantu sedaya yang boleh itu jauh lebih baik. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Takkan rugi andai kita bukti dan pamerkan sifat kebersamaan yang penulis yakin masih tebal dalam jiwa kita sebagai Keluarga Malaysia. Inilah masa dan saatnya. Kerana realitinya ujian ini bukan sahaja buat mereka tetapi kita semua turut merasai tempiasnya. Moga yang diuji saat ini kekal kuat, cekal dan reda. Pasti ada sinar di penghujungnya.

Kredit Foto: Google