Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

COVID-19 Berjaya Bantu Ramai Pasangan Bernikah Tanpa Perlu Belanja Besar – Inilah Yang Disukai Agama.

Afiza Kamarulzaman 02/12/2020 | 02:55 MYT
Walau pun pandemik ini dilihat banyak memberikan kesan negatif terutaman daripada segi kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial. Namun, di sebalik keburukan itu ada juga terselit sedikit keistimewaan yang tersirat. Ya, mahu atau tidak, kita harus menerima kehadiran Covid-19 ini dalam kehidupan kita menerusi norma baharu yang seharusnya dijadikan rutin seharian.
Ramai pakar berpendapat wabak ini tidak mungkin dapat dihapuskan dan kita perlulah bersedia untuk hidup dengannya. Kerana itulah, kerajaan cuba melonggarkan beberapa peraturan PKPB yang diperketat sebelum ini demi kelangsungan hidup dan ekonomi negara yang dilihat semakin goyah.
Kredit Foto: Google
Majlis Nikah Dibenarkan Dengan SOP
Antara yang dibenarkan ialah majlis pernikahan. Setelah mengambil kira pelbagai aspek dan pandangan ramai, peruntukan ini dilihat perlu diizinkan memandangkan kita sendiri tidak pasti berapa lama pandemik ini berlarutan. Sedangkan, pernikahan ini dikira sebagai satu ibadah yang sangat dituntut agama jika sudah mencapai syarat-syaratnya.
Bagaimana untuk menangguhkan suatu perkara yang baik pada ketika pandemik yang dilihat akan berterusan dalam jangka masa panjang. Maka, kerajaan memutuskan majlis pernikahan dibenarkan tetapi mesti dibuat dalam upacara ringkas dengan kehadiran tetamu yang terhad mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Kredit Foto: Google
Cukup Yang Wajib Sahaja
Ternyata inilah hikmahnya apabila pernikahan dilakukan pada ketika pandemik. Antara suka dan tidak, banyak pembaziran berjaya ditolak ketepi. Tiada lagi persandingan mewah, majlis berhari-hari dan berkali kali. Juga tidak perlu bersalin berpasang-pasang pakaian, menempah katering sehingga lauk berlebihan.
Alina dan suami, Karim berkongsi kegembiraan bernikah pada musim PKPB baru-baru ini. Kata mereka, perancangan perkahwinan dibuat tahun lepas dengan jumlah hantaran sebanyak RM20,000. Namun, rezeki mereka melangsungkan pernikahan ketika PKPB. Maka, ibu bapa Alina memulangkan semula separuh daripada jumlah hantaran itu kepada mereka.
Kata ibu, duit itu bolehlah dibuat untuk belanja masuk rumah baru nanti dan membeli perabot. Alina dan suami bersyukur walaupun majlis mereka ala kadar sahaja namun terasa sungguh keberkatannya. “Kami tidak perlu memikirkan list tetamu yang panjang. Tak payah nak pening kepala nak tempah itu dan ini,” Kongsi Alina lagi.
Menurutnya, apa yang mereka lakukan selepas majlis pernikahan adalah sesi fotografi ringkas di rumah. Kemudian, mengagihkan makanan, minuman dan door gift siap dibungkus kepada jiran tetangga dan rakan-rakan. “Alhamdulillah, banyak yang dapat kami jimat. Inilah hikmah terbesar dalam kehidupan kami sebagai permulaaan menempuh alam rumah tangga.”
Kredit Foto: Google
#Nikah #Sederhana #Pandemik
;