gaya hidup

Covid-19 – Bukan Nak Takutkan, Tapi Varian PALING BAHAYA Di Dunia Dah Ada Di Malaysia. Hati-Hati Semua.

gempak
Huda Hussain
19/06/2021
08:05 MYT
Sponsor Banner
Covid-19 – Bukan Nak Takutkan, Tapi Varian PALING BAHAYA Di Dunia Dah Ada Di Malaysia. Hati-Hati Semua.
Menurut perkongsian di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), varian Delta B.1.617 pertama kali dikesan di India dan kini dilaporkan telah merebak ke 80 negara. Varian ini telah mencetuskan tsunami COVID-19 di India sehingga sistem perkhidmatan kesihatan di negara itu hampir lumpuh.
Kredit Foto: Facebook KKM
Kini, Varian Delta telah menjadi varian dominan di United Kingdom serta beberapa negara lain seperti Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Indonesia. Juga dikenali sebagai Super Strain, Varian Delta dilaporkan 60% lebih cepat merebak dan membawa lebih banyak kematian.
Di Malaysia, hasil survelans genomik telah mengesan 13 kes jangkitan Varian Delta setakat 10 Jun lalu. Bermula 24 Mei lalu, semua pengembara (rakyat tempatan sahaja) yang masuk ke Malaysia dari India, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan perlu menjalani kuarantin wajib selama 21 hari di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan.
Kredit Foto: Google
Apa tindakan kita? Selain terus patuh pada SOP dan keluar apabila benar-benar perlu, jangan lupa hadir ke temujanji apabila tiba giliran anda menerima vaksin. Selain melihat trend dan peningkatan kes Brought In Dead (BID) yang kian meningkat, terdapat varian yang menyerang golongan muda. Bahkan tular di media sosial apabila ada kes Covid-19 tahap lima dihidap oleh individu yang masih muda.
Telah sekian banyak perkongsian video, peringatan demi peringatan diberi untuk kebaikan semua. Jadi ambil peranan masing-masing. Tanamkan rasa tanggungjawab untuk berganding bahu memerangi peperangan yang kian getir ini. Kita belum menang, tapi kita pasti menang satu hari nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live