Cuba Gembira Apabila Lihat Orang Berjaya, Bahagia – Latih Ucap Tahniah, Usah DENGKI. Lihat Keajaibannya Nanti.
Afiza Kamarulzaman
25/11/2020 14:08 MYT
25/11/2020 14:08 MYT
Antara tips yang selalu dikongsikan oleh insan-insan yang berjaya ialah sentiasa berlapang dada, percaya dengan rezeki yang Tuhan telah tetapkan dan sentiasa menjadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi. Jangan sesekali kita berasa dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana perjuangannya mencapai semua itu.
Kredit Foto: Google
Ini Nasihat Untukmu Renungkan:
- Apabila melihat seseorang itu melakukan sesuatu yang baik, jadikannya ilham dan sumber inspirasi. Tidak salah untuk bertanyakan rahsianya agar kamu dapat belajar meningkatkan kualiti diri.
- Apabila mereka berjaya, latihlah diri untuk mengucapkan tahniah sebagai tanda kamu tumpang gembira dan menyenangi kejayaannya.
- Tidak salah untuk memuji apa yang telah mereka lakukan kerana kita tidak tahu susah-payah mereka untuk sampai ke tahap itu. Jangan kedekut pujian selagi tidak berlebih-lebih.
- Jangan dengki dan iri hati kerana ia hanya akan membuatkan rezekimu sendiri yang tersekat nanti.
- Jadikan kebahagian orang sebagai kebahagian untuk kamu juga. Jangan pandang serong atau berkata sesuatu yang sarkastik.
- Doakan mereka secara diam kerana doa yang baik untuk sesiapa sahaja pasti akan berbalik kepada dirimu sendiri.
- Iblis memang akan sentiasa menghasut umat Nya. Maka, setiap kali terasa sakit hati dengan kemampuan orang lain, lekas-lekas istigfar dan berlapang dada.
- Dampingi mereka yang sentiasa berfikiran positif maka aura yang baik juga akan mengelilingimu. Jika ada orang suka berkata yang buruk tentang seseorang itu, tidak rugi untuk kamu menjauhinya.