Highlights
Dah Bagi Balik Malaysia, Dia Buat ONAR Pula! Nah, Sekarang Sama-Samalah Kita Hadap SOP Yang Lebih Ketat.
Betapa baiknya kerajaan Malaysia yang sentiasa cuba membantu rakyat tempatan yag terkandas dan berdepan kesukaran di luar negara untuk kembali ke tanah air. Namun, disebabkan SOP dilonggarkan selepas PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) diumumkan, maka kuarantin di petempatan khas sudah diubah.
Mereka yang pulang dari luar negara diminta kuarantin wajib selama 14 hari di rumah masing-masing. Kita faham, mungkin ini dilakukan untuk mengurangkan kos tanggungan kerajaan di samping memberikan keselesaan kepada individu terbabit agar lebih relaks tanpa tekanan menjalani tempoh kuarantin itu.
Dukacitanya, kebanyakan mereka ini tidak pula bersikap jujur. Walaupun sudah diberikan ‘gelang khas’ sebagai tanda mereka dalam tempoh kuarantin, ada antara mereka (tidak semua) dengan angkuh dan tanpa rasa tanggungjawab ingkar dengan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya berlegar-legar di kawasan awam.
Kredit Foto: Google
Jangan Susahkan Orang Lain Atas Sikap Bodoh Sendiri
Ini yang sangat kita takutkan apabila mereka ini disahkan pula positif Covid-19 selepas keputusan ujian dikeluarkan. Menjadi satu kerja pula untuk pihak kesihatan menjejaki individu-individu yang mempunyai kontak rapat dengan orang ini. Itu belum dikira bab untuk membersihkan pula tempat yang pernah ditujunya.
Apakah ini menunjukkan bahawa kerajaan kita terlalu berlembut dengan mereka ini? Sehingga mereka megambil mudah hal yang sangat besar ini? Apabila SOP diketatkan mulalah, ramai yang ‘melompat’ tidak bersetuju. Mulalah dikomen macam-macam kelemahan perkhidmatan yang disediakan dan apabila diberi kelonggaran, ini pula jadinya!
Tolonglah, wahai rakyat Malaysia dari luar negara, juga peringatan untuk rakyat Malaysia sendiri yang berada tetap di sini, tolonglah bekerjasama dan jangan pentingkan diri sendiri. Penjagaan kendiri ini bukan untuk diri kita sendiri tetapi melibatkan nyawa banyak pihak juga. Betul, kalau ia tentang diri kamu sahaja, tidak mengapalah jika kamu mahu membuat sesuka hatinya.
Tahukah kamu disebabkan sikap bodoh kamu itu, banyak orang turut terjejas. Tidak hanya mengancam kesihatan dan nyawa orang awam, malah banyak urusan lain terjejas sama seperti melibatkan perniagaan dan pekerjaan seseorang. Secara tidak langsung memberi efek kepada periuk nasi orang itu.
Kredit Foto: Google
SOP Yang Lebih Ketat Selepas Ini
Hukuman atau dendan berat akan dikenakan kepada mereka yang:
- Tidak menjaga jarak di kedai makan
- Tidak pakai mask di tempat awam
- Tidak pakai mask ketika bersesak-sesak
- Tidak pakai mask waktu membeli-belah
- Tidak pakai mask ketika menaiki pengangkutan awam
Mulai 1 Ogos 2020 akan bermulanya penguatkuasaan:
- Tiada lagi nasihat atau amaran diberi. Sesiapa sahaja yang didapati melanggar SOP yang ditetapkan bakal mendapat notis saman. Tiada lagi rayuan akan dilayan. Petugas yang diberi kuasa keluarkan notis ni adalah terdiri daripada Pengawai Kesihatan dan Pihak Polis.
Selepas mendapat notis ni, kamu diberi masa selama 14 hari untuk membayarnya:
- Kompaun bernilai RM1000 sahaja
- Jika tidak dilunaskan dalam tempoh14 hari, kamu akan dihadapkan ke mahkamah
- Jika tidak hadir ke mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video