Sementelahan penularan varian Delta sejak kebelakangan ini, orang ramai yang keluar rumah sememangnya disarankan memakai dua lapisan pelitup muka. Malah turut digalakkan memakai pelindung muka (face shield) sebagai perlindungan berganda.

Sungguhpun begitu, ada yang tertanya mengapa masih boleh dijangkiti dan positif Covid-19 walaupun segala SOP telah diikuti? Berdasarkan satu muat naik video oleh Pakar Perunding Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dato’ Dr. Alzamani Mohammad Idrose, beliau mendedahkan mengapa seseorang masih boleh dijangkiti virus yang membawa maut ini.
Kredit Foto: Google
  1. Ada Ruang Rentas Atau Ruang Bolos
Ini bermaksud pemakaian face mask tidak dipakai dengan sempurna. Apabila memakai mask, anda perlu pastikan ia ditutup dengan kemas. Tekan pada bahagian hidung supaya ia menutup segala ruang yang membolehkan virus masuk ke dalam ruang pernafasan sama ada hidung atau mulut. Tambahan pula kalau memakai dua lapisan mask, (mask jenis fabrik pada bahagian luar) ia memberi perlindungan tambahan dua kali ganda.
  1. Pemakaian Face Shield
Selain mask, anda juga boleh memakai face shield yang juga memberi perlindungan tambahan di luar. Dan inilah yang digunakan oleh kakitangan hospital juga barisan hadapan ketika ini. Ia bertujuan memberi perlindungan dan memberi lapisan tambahan serta mengelakkan para doktor dan jururawat serta petugas kesihatan daripada dijangkiti Covid-19.

Kredit Foto: Google
  1. Tangan Tidak Dibersihkan Segera
Antara sebab lain anda mungkin ‘membawa pulang Covid-19’ ke rumah walaupun memakai mask dengan sempurna, jika keluar untuk membeli barang keperluan misalnya; anda menggunakan tangan untuk menolak pintu, menolak troli dan menyentuh barangan lain lalu tangan tersebut tidak dibersihkan secepat mungkin. Kalau anda memegang pen, membuka atau menolak pintu; apa yang perlu dilakukan adalah terus bersihkan tangan dengan hand sanitizer.
  1. Kemudahan Tandas
Pastikan juga apabila anda menggunakan tandas di tempat awam, membuka dan menutup pili air yang turut digunakan orang lain menjadi faktor dari mana virus itu diperolehi. Kalau seseorang itu dijangkiti Covid lalu menyentuh paip air contohhnya, kuman Covid itu boleh melekat ditangan dan kalau tidak dicuci segera ada kecenderungan anda meletakkan tangan berhampiran kawasan pernafasan seperti di mulut dan hidung. Sekali gus ia membolehkan virus masuk ke dalam rongga pernafasan.
  1. Buka Sekejap Mask, Duduk dan Bersembang Dengan Jarak Yang Dekat
Contoh paling mudah kita lihat sebelum ini apabila ya dalam kalangan kita memakai mask, tetapi apabila makan di restoran misalnya lalu membuka mask. Kemudian selesai makan, masih lagi tak pakai mask, duduk rapat-rapat dan sembang dekat-dekat. Maka sememangnya anda boleh dijangkiti.

Kredit Foto: Google
  1. Beriadah dan Lalu Di Kawasan Individu Dijangkiti Covid-19
Sewaktu beriadah sememangnya tidak digalakkan memakai mask. Tetapi anda juga berisiko dijangkiti apabila lalu di kawasan yang menjadi laluan orang lain (pembawa virus Covid-19). Lebih-lebih lagi jika jarak anda dan individu tersebut dekat, anda masih boleh mendapat jangkitan Covid-19.
  1. Varian Baru dan Airborne
Semua maklum mengenai kepantasan varian baru iaitu varian Delta yang mampu merebak dalam masa 15 saat. Bahkan jangkitan melalui airborne (bawaan udara) lebih memudahkan sesiapa juga dijangkiti dengan cepat.

Kredit Foto: Google

Menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk memastikan pemakaian mask, penggunaan hand sanitizer, kerap mencuci tangan dilakukan dengan sempurna. Ia tentang soal mengelakkan virus masuk ke ruang pernafasan lalu pergi ke paru-paru. Kalau tangan yang ada virus lalu menyentuh hidung atau mulut sememangnya ada potensi untuk kuman masuk ke paru-paru.

Ada juga yang percaya bahawa virus boleh masuk melalui bendalir mata dan itu adalah satu kemungkinan juga. Jadi, semua ini adalah sebab kenapa walaupun patuh SOP tetapi virus masih boleh masuk ke bahagian pernafasan.

Kredit Foto: Google