Kenapa mahu juga jadi jahat, kalau boleh jadi baik? Bukan susah menjadi ‘orang baik’ yang disenangi ramai, pasti hidup bahagia dan tenteram sahaja. Hati yang baik asas kepada kebaikan yang lain-lain juga. Kalau hati sentiasa sakit, dikerumun dek unsur-unsur negatif, pasti memberi efek tidak baik pada seluruh kehidupan.


Sempena masuk tahun baru ini, ayuh kita bersihkan dulu hati dan detoks diri kita agar tahun 2020 ini melahirkan diri baru yang lebih baik, positif dan aman. Pasti seronokkan kalau kita mampu membina hubungan yang baik dengan semua orang; keluarga, sanak-saudara, jiran-tetangga, kawan-kawan dan orang di sekeliling.


Kredit Foto: Google



20 Check-List Bersihkan Hati
  1. Jangan sombong sehingga tidak mahu menegur sapa dan merendahkan orang lain
  1. Jangan angkuh, riak dan membangga diri dengan apa yang dimiliki
  1. Jangan dengki dan iri hati dengan kelebihan yang orang lain ada
  1. Jangan umpat, fitnah dan buruk-burukkan orang. Kita pun pasti tidak suka orang bercakap perihal buruk kita, bukan?
  1. Jangan buka aib orang dan sebarkannya, risau nanti aib sendiri yang terbuka
  1. Jangan kedekut dan berkira. Nak bawa kemana duit dan harta banyak-banyak itu?
  1. Jangan suka bertelagah dengan orang, banyakkan berdamai
  1. Jangan jadi batu api atau suka mengadu domba, jadilah pendamai kalau dua pihak bergaduh
  1. Jangan suka menghukum dan menghakimi orang. Jika tidak tahu apa-apa lebih baik diam.
  1. Jangan tamak. Jadikan kisah anjing dan bayang-bayang sebagai pedoman hidup
  1. Jangan ambil sesuatu yang bukan hak kita
  1. Jaga kata-kata, jangan lukakan hati orang dengan bahasa yang kasar dan celupar
  1. Jangan rasa diri kita baik sehingga orang di sekeliling kita semua kita rasakantidak betul
  1. Jangan suka menunduh sesuatu tanpa usul periksa
  1. Jangan menghina kekurangan orang, siapa kita di bumi ini?
  1. Jangan ambil kesempatan atas sesuatu situasi yang melemahkan seseorang
  1. Jangan pentingkan diri sendiri, kita bukan hidup untuk diri kita sahaja di dunia ini
  1. Jangan berburuk sangka terhadap apa jua yang berlaku. Setiap perkara itu ada hikmah tersembunyi.
  1. Jangan pilih bulu atau bersikap pilih kasih. Hanya berbuat baik kepada orang tertentu untuk tujuan tertentu.
  1. Jangan mungkir janji.
Kredit Foto: Google