Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Dalam Keadaan PKP Macam Ni, Masih Ada Yang Tak BERSYUKUR – Makan Tak Sedaplah, Tempat Tak Selesalah...

Afiza Kamarulzaman 07/04/2020 | 14:32 MYT
Kerajaan Malaysia diakui sebagai antara kerajaan di dunia yang mementingkan kebajikan rakyatnya selama dunia diserang wabak Covid-19 ini. Tidak hanya menyediakan Pakej Ransangan Ekonomi yang tidak meminggirkan mana-mana individu, kerajaan juga sedaya-upaya memastikan setiap indvidu yang diarahkan untuk duduk di rumah dan menjalani tempoh kuarantin dapat melalui hari-hari ini dengan baik.
Walaupun ia mungkin tidak sebaik seperti yang dilalui pada hari-hari biasa, namun ia dikira antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lainnya. Kerajaan Malaysia tidak hanya mahu melumpuhkan rantaian virus Covid-19 ini dengan kadar segera, namun pada masa yang sama cuba untuk tidak menganiaya rakyat Malaysia dengan apa cara sekali pun. Ternyata sifat ihsan dan prihatin kerajaan hari ini mula menjadikan segelintir rakyat Malaysia mula ‘naik lemak’ dan tidak tahu bersyukur.
Geladangan yang mendapat bantuan kerajaan
Pelajar Merungut Makanan Ala Kadar
Untuk para pelajar Institut Pengajian Tinggi yang terpaksa menjalani PKP di asrama, kerajaan tidak meminggirkan mereka. Memahami masalah kewangan yang dihadapi kebanyakan mereka dan kekangan untuk memasak sendiri, kerajaan menyediakan bekalan makanan untuk pagi, tengah hari dan malam kepada para pelajar agar mereka tidak perlu keluar membeli dan mengeluarkan duit poket sendiri.
Namun, viral di media sosial baru-baru ini apabila ada pelajar yang memuatnaik gambar makanan yang diterima dengan kapsyen seolah-olah makanan itu terlalu ‘teruk’ untuk mereka. Rata-rata warganet mengecam tindakan pelajar terbabit yang disifatkan sebagai tidak bersyukur dalam keadaan negara sedang berdepan ujian besar ini. Dengan nasi berlaukkan ayam dan sayur ia dikira ‘memadai’ tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos dari poket sendiri!
Rata-rata netizen berpendapat nasi goreng dan telur mata ini tidaklah seteruk mana
Nasi yang menjadi rungutan untuk pelajar IPT
Sudahlah Kerajaan Jemput Balik, Tempat Kuarantin Pula Nak Hotel Lima Bintang
Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk membawa pulang rakyat Malaysia yag terkandas di luar negara seperti di Itali, India, New Zealand dan sebagainya. Ada antara mereka yang bekerja di sana, belajar dan tidak kurang juga tersadai dek bercuti dan tidak sempat untuk menaiki pesawat pulang sebelum tempoh ‘lock down’ diumumkan. Selain terpaksa menyewa pesawat khas untuk membawa mereka pulang, kerajaan juga menyediakan tempat kuarantin khas untuk mereka selama 14 hari.
Kebanyakan mereka melahirkan rasa syukur dengan keprihatinan kerajaan Malaysia yang sudi memberikan tempat kuarantin yang selesa dengan kelengkapan makan, minum dan wifi selama mereka di situ. Namun, ada juga segelintir yang masih tersekat dengan ‘fantasi dunianya’ apabila tetap memberikan komen negatif dengan apa yang kerajaan berikan itu. Seorang warganet telah melahikran rasa tidak puas hatinya apabila terpaksa tinggal di bilik yang disamakan dengan ‘penjara’
Komen wanita itu mengundang rasa kurang senang kebanyakan rakyat Malaysia yang membidas sikap pentingkan diri dan melampau warganet tersebut. Sudahlah tidak berterima kasih, banyaklah pula ‘songehnya’. Ini hanya akan menambahkan beban kerajaan yang sedang fokus untuk membasmi wabak Covid-19 ini secepat mungkin, bukan untuk melayan kerenah-kerenah seperti ini.
Rungutan salah seorang warganet yang dikuarantin
Antara sudut di bilik kuarantin yang disediakan kerajaan
Para Gelandangan Diberi Tempat Tidur Selesa
Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengambil berat perihal gelandangan yang pastinya hilang arah tuju selama PKP ini berlangsung. Tular di media sosial apabila gelangan ini diberi tilam dan tempat tidur yang selesa juga makan dan minum yang tidak putus. Dibandingkan di luar negara, gelandangan mereka hanya diberi tidur di kawasan tempat letak kereta.
Namun, bagusnya mereka tiada seorang pun yang merungut atau memberi sebarang maklum balas negatif. Ya, mungkin ada yang kata mereka sudah biasa hidup lebih teruk dari itu sebelum ini. Namun, hakikatnya ia terpulang kepada sikap individu itu sendiri untuk tahu makna bersyukur dan berterima kasih. Kita bukan disuruh tidur atas lantai atau diberi makanan basi, hanya diminta untuk menurut arahan yang mungkin kamu tidak suka sahaja. Untuk 14 hari, mengapa hati tidak kuat?
Di Malaysia, gelandangan mendapat ruang PKP yang selesa
Di US, gelandangan hanya diberi tempat tidur di ruang letak kereta
#PKP #Bersyukur #Berterima Kasih
;