Dalam Keterujaan Kita Menyumbang, Pastikan Tak Berlaku LAMBAKAN, Pembaziran Terutama Makanan Cepat Basi
Afiza Kamarulzaman
23/12/2021 08:16 MYT
23/12/2021 08:16 MYT
Seperti kebiasaannya apabila masyarakat sudah mula menyumbang tanpa henti, pasti akan berlaku kelemahan daripada segi pengurusan pengagihan dan keseimbangan barang derma dan yang menerima.
Kita tidak nafikan dan amat memuji sifat pemurah rakyat Malaysia yang lekas bertindak menghulurkan bantuan apabila berlaku sesuatu bencana. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlaku musibah banjir di Shah Alam dan beberapa kawasan lainnya di Malaysia.
Bantuan datang daripada pelbagai tempat dan sektor. Ada yang melalui organisasi koprat, NGO, orang perseorangan dan sebagainya. Kebanyakan bentuk sumbangan yang diberikan berupa makanan.
Kita akui makanan adalah bantuan keperluan yang sangat dialu-alukan ketika hari-hari awal banjir tempoh hari kerana mangsa tinggal sehelai sepinggan dan dalam keadaan lapar kerana lama terkandas di tengah bahana banjir itu.
Namun, setelah berjaya ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, dan ada antara mereka yang sudah pun dibenarkan pulang ke kediaman asal, bantuan makanan berupa masakan panas ini sudah tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak lagi.
Ada sesetegah mangsa sudah boleh memesan makanan sendiri menerusi Grab atau Food Panda. Dan, rata-rata yang sudah pulang ke rumah tidak lagi datang ke pusat bantuan untuk mengambil makanan tersebut.
Terdapat beberapa laporan daripada wakil NGO dan penderma yang berada di pusat pemindahan memberitahu berlaku lambakan bantuan yang tidak dimanfaatkan oleh mangsa banjir terutamanya makanan yang cepat basi atau rosak.
Di sinilah, pentingnya komunikasi yang perlu ada antara penyumbang dengan pihak pengursan di Pusat Pemindahan atau wakil komuniti di satu-satu kawasan yang dilanda banjir itu.
Tips Menghantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Semoga setiap bantuan dan sumbangan kita dimanfaatkan sebaik mungkin dan memberikan kita ganjaran pahala.

- Jika mahu menghantar makanan masakan panas seperti nasi berlauk, pillihlah menu yang tak cepat basi dan mudah untuk dijamah dalam apa jua keadaan. Elakkan masakan bersantan atau beramuan sayur yang cepat basi. Elakkan juga makanan pedas agar mangsa tak alami sakit perut dan untuk kesesuaian untuk kanak-kanak juga.
- Sebaiknya makanan dipek dalam bentuk kedap udara untuk memastikannya tahan lebih lama.
- Jangan lupa sertakan makanan itu dengan kelengkapan suda atau garfu untuk memudahkan mereka terus menikmatinya.
- Peklah dalam bungkusan yang senang dilihat dari luar atau labelkan siap-siap jenis makanan yang diberi supaya orang senang untuk pilih.
- Lebihkan sumbangan dalam bentuk makanan kering seperti roti, biskut atau kudapan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk stok kemudian.
- Rujuklah kepada pihak sewajarnya tentang keperluan sesuatu kawasan itu sebelum menghantar sumbangan. Selalunya, apabila sudah masuk hari ke dua, ke tiga, sumbangan lebih diperlukan dalam bentuk perkakas pembersihan atau kelengkapan tidur.
- Begitu juga dengan sumbangan pakaian, jangan diberi segala-gala yang ada di rumah seperti mahu melepaskan ‘sesak’ sendiri. Ada yang mengadu, sesetengah masjid dan pusat pemindahan sudah seperti kawasan longgokan sampah dek banyaknya pakaian yang dilambakkan. Hantar yang ‘basic’ saja seperti pakaian dalam dan pakaian harian biasa.
- Ya, walaupun sudah menyumbang, anda digalakkan untuk membungkus elok sumbangan itu. Bungkuslah dalam beg atau kotak yang tak mudah bocor. Labelkan ikut jenisnya.
- Jangan sesekali hanya letak dan kemudian balik. Tolong maklumkan kepada petugas jenis sumbangan anda atau jika diberi kebenaran, edarlah terus kepada mangsa.
- Selain bantuan berupa barangan, anda boleh juga menghulurkan sumbangan wang tunai yang dimasukkan dalam sampul untuk dihulurkan terus ke tangan mangsa.
- Atau lebih mudahnya, buatlah sumbangan ke badan-badan NGO yang dipercayai sebagai wakil kepada diri anda yang tak perlu turun ke sana atau tiada masa untuk membeli barang bantuan tersebut. Mereka pasti mempunyai sistem pengagihan yang lebih baik dengan pengalaman yang mereka ada.
Semoga setiap bantuan dan sumbangan kita dimanfaatkan sebaik mungkin dan memberikan kita ganjaran pahala.