Dapat Appointment Vaksin Rasa Macam Dapat Pergi HOLIDAY – Enjoy! Tapi Awasi Perkara Ini Apabila di Sana
Afiza Kamarulzaman
22/07/2021 13:50 MYT
22/07/2021 13:50 MYT
Rakyat Malaysia memang ‘sporting’ dan rata-rata sentiasa memberi kerjasama yang baik jika melibatkan sesuatu saranan untuk manfaat bersama. Ini dapat dilihat apabila peratusan yang pergi mengambil vaksin semakin meningkat dan hampir mencapai sasaran kerajaan.
Tahniah rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan menerima baik pelan pengambilan vaksin ini demi mencapai ‘herd immunity’ bagi mengekang penularan wabak Covid-19 demi perlindungan diri dan orang di sekeliling kita.
Diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia akan memperoleh vaksin mereka selekasnya dan kerajaan boleh mempercepatkan proses ini dengan langkah tindakan yang lebih efisyen dan produktif.
Awasi Beberapa Perkara Ini Ketika Temujanji Cucuk Vaksin:
Dalam keterujaan memenuhi temu janji tersebut, ingat bebeberapa perkara supaya diri terlindung ketika berada di sana. Kita tidak mahu lagi kes positif Covid-19 yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin di Shah Alam baru-baru ini berulang kembali.
Ia adalah SOP yang perlu dipatuhi semua. Dan, kita juga tidak mahu menjadi mangsa kecuaian dan mungkin sindikit ‘cucuk angin’ yang semakin hangat diperkatakan sekarang ini.
Berikut antara saranan yang boleh dipertimbangkan ketika memenuhi temujanji nanti:

- Pilih pakaian bersesuaian. Paling penting adalah baju yang boleh disinsing lengannya sampai ke bahu untuk memudahkan proses mencucuk picagari nanti.
- Pastikan lokasi dan tarikhnya tepat. Pastikan juga aplikasi MySejahtera anda dalam keadaan ‘updated’ dan talian internet pun dalam keadaan baik untuk memudahkan proses pendaftaran masuk.
- Sentiasa dalam keadaan menjaga SOP seperti menjaga jarak. Elakkan bercakap-cakap (kalau tiada keperluan) atau duduk dekat-dekat dengan sesiapa pun di sana. Bawa hand sanitiser sendiri untuk diulang pakai setiap kali bersentuhan dengan sesiapa atau apa-apa.
- Pakai double masks!
- Sebelum dicucuk, pastikan anda minta untuk melihat sendiri kandungan picagari itu. Pastikan adanya cecair vaksin di dalamnya.
- Sebolehnya, jangan berpaling saat dicucuk, lihat sendiri sehingga picagari itu ditekan masuk kesemua vaksin itu.
- Lihat semula picagari yang sudah kosong selepas dicucuk, barulah bangun.
- Destinasi akhir – di papan mengambil gambar antara yang menjadi check point kegemaran ramai. Sekali lagi, jaga jarak ketika menunggu giliran untuk mengambil gambar. Jika mahu orang lain memegang telefon anda, pastikan anda mencuci telefon itu selepas ia bertukar tangan.
- Selesai cucuk, balik segera ke rumah. Sebaiknya berehat untuk dua minggu di rumah saja untuk membolehkan badan ‘bersuai kenal’ dengan vaksin itu sehingga ia benar-benar bertindak secara optimum untuk imun badan.