Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Personaliti

Dari 120kg ke 60kg Dan Kini Berniqab – Tak Sekat Alynn Bersenam. Diet? Tanpa Gula dan Gluten Saja!

Huda Hussain 07/07/2021 | 12:14 MYT
Nak seribu daya tak hendak seribu dalih, pepatah tepat untuk menggambarkan kesungguhan dan disiplin dalam mencapai berat badan yang diimpikan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama menanam impian untuk turunkan berat tapi masih tak kesampaian.
Bagi Nurizul Azlin Ibrahim (37 tahun) ibu kepada dua anak, tak susah baginya untuk mulakan langkah pertama dalam misi mengurangkan berat badan. Matlamatnya jelas, kurus supaya lebih senang dan selesa beribadah malah lebih penting sihat.
Bertugas sebagai penjawat awam, dia yang memiliki gimnasium sendiri, Anygirls Fitness Studio lebih fokus untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat. Ini kisah permulaan dan turning point yang mengubah hidup Alynn kini.
Kredit foto: Nurizul Azlin Ibrahim
Kalau tak keberatan kongsikan gaya hidup dan pemakanan Alynn sebelum ini?
berat saya beberapa tahun lepas adalah 120kg. Paling kurang pun boleh kurangkan hanya 90kg. Dan saya memang seorang fitness trainer tetapi tak sihat. Saya makan apa saja terutamanya gula dan gluten. Saya penggemar kek dan coklat.
Apa yang membuatkan Alynn terdetik untuk ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan?
Saya terdetik untuk ubah gaya hidup bila saya sakit gastrik yang teruk dan mental illness iaitu anxiety. Anxiety sehingga tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Kredit foto: Nurizul Azlin Ibrahim
Kata orang nak mulakan langkah pertama itu payah. Boleh kongsikan perkara pertama yang Alynn buat sebagai langkah permulaan?
Langkah permulaan saya adalah tukar diet. Saya gunakan approach holistik untuk diet saya iaitu Natural Healing. Saya cuba mendalami ilmu setiap pemakanan yang saya ambil. Saya elakkan gula dan gluten iaitu dua jenis makanan yang saya suka sangat Alhamdulillah sekarang berat saya ideal dalam 60 kg ++.
Ada amalkan diet khusus, rutin pemakanan atau senaman tertentu sepanjang tempoh itu?
Diet khusus yang saya amalkan adalah diet tanpa gluten dan gula. Cuba amalkan dua diet ni memang hasilnya hebat!
Ada atau tak tetapkan tempoh masa supaya dapat capai berat badan yang diinginkan?
Saya tak tetapkan masa untuk capai berat ideal sebab niat utama saya adalah untuk sihat dan bukan jadi kurus. Selalu saya remind studio members dan peserta saya sekarang di program Bukan Soal Kurus kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan NGO Persatuan Pencegahan Obesiti Dewasa dan Kanak-Kanak Malaysia dibawah cikgu fitness Malaysia, Kevin Zahri. Dalam program ini saya fokuskan kepada peserta untuk tidak meletakkan matlamat kurus semata-mata tapi lebih mementingkan kesihatan. Kurus akan datang kemudian jika kita menjaga kesihatan.
Kredit foto: Nurizul Azlin Ibrahim
Khabarnya Alynn pernah mengalami anxiety dulu. Boleh ceritakan dengan lebih lanjut?
Anxiety Disorder ialah sejenis penyakit mental yang berlaku akibat ketidakseimbangan hormon, stress dan trauma. Ia juga boleh berlaku jika kita menghidap penyakit serius seperti thyroid, kanser dan beberapa penyakit serius yang lain.
Dalam kes saya, saya menghidap Gastroeasophagal Reflux Disease iaitu penyakit di bahagian perut. Juga dipanggil sebagai Gerd.
Penyakit ini terkenal di Malaysia malah di seluruh dunia. Ia berpunca daripada pemakanan serta gaya hidup tidak sihat. Dalam situasi ini, saya mengalami trauma selepas bersalin anak pertama.
Banyak punca sebenarnya cuma pendekatan yang saya gunakan untuk sembuh ialah natural healing iaitu rawatan secara holistik. Sakit mental sangat berkait rapat dengan soal pemakanan namun tidak dititikberatkan oleh pesakit mental kerana mereka berasakan tiada keterkaitan antara otak dengan perut.
Ini terjadi mungkin juga kerana kurang kesedaran dan pembacaan sendiri mengenai kaitan pemakanan dan penyakit mental. Cara saya recover adalah dengan mengamalkan diet gluten free, sugar free dan dairy free.
Kesemua makanan ini adalah tidak patut diamalkan oleh pesakit-pesakit mental. Saya juga banyakkan berpuasa dan tidak meninggalkan Allah SWT dalam kehidupan seharian. Perbanyakkan memberi kepada orang dan makhluk Allah yang lain.
Contoh apa yang saya lakukan adalah menyebarkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga gaya hidup dan pemakanan yang betul untuk pesakit mental. Seterusnya tawakal pada Allah dan minta kesembuhan dengan niat untuk menjadi manusia yang lebih baik. Saya juga sentiasa memahami keperluan tubuh badan untuk bersenam dengan kadar yang sederhana.
Jika dibandingkan dulu saya terlalu memaksa badan untuk bersenam tidak mengira waktu mahupun saya overweight ketika itu.
Kredit foto: Nurizul Azlin Ibrahim
Tampil dengan imej berniqab, tanggapan sekeliling pula bagaimana?
Alhamdulillah orang skeliling menerima baik trainer berniqab seperti saya. Saya berdoa lebih ramai coach atau trainer berniqab di luar sana yang boleh memberi inspirasi kepada ramai wanita Muslimah.
Niqab bukanlah halangan untuk bersenam dan kekal aktif. Tutup aurat sempurna Insya-Allah boleh bersenam juga.
Walaupun berniqab tapi bukan alasan untuk bersenam dan amalkan gaya hidup aktif. Komen Alynn?
Betul, itu semua bukan halangan. Kita sendiri yang tentukan mind set sendiri dalam apa jua perkara. Kalau sebelum ni saya jarang muncul di media sosial mahupun muat naik posting di Instagram dan Facebook sendiri, tetapi sejak menyertai program BSK, saya terpanggil untuk membuat video, LIVE dan saya berniat untuk lebih memberi inspirasi kepada wanita muslimah di luar sana untuk mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berniqab.
Kredit foto: Nurizul Azlin Ibrahim
Tanggapan sekeliling pula bagaimana?
Alhamdulillah orang sekeliling menerima baik trainer berniqab seperti saya. Saya berdoa lebih ramai coach atau trainer berniqab di luar sana yang boleh memberi inspirasi kepada ramai wanita Muslimah. Niqab bukanlah halangan untuk bersenam dan kekal aktif. Tutup aurat sempurna Insya-Allah boleh bersenam juga.
Kredit foto: Nurizul Azlin Ibrahim
Kehidupan dulu dan sekarang, apa yang berubah?
Banyak! Kalau dulu saya hidup bertuhankan nafsu terutamanya nafsu makan. Walaupun saya bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan namun sekarang saya lebih jelas dengan matlamat hidup saya iaitu tidak mahu pengalaman buruk berulang lagi dalam hidup saya. Matlamat hidup saya jelas untuk Allah SWT.
Nasihat dan kata-kata semangat buat mereka yang alami depresi, mahu turunkan berat badan dan kekal positif dengan kehidupan hari ini?
Saya harap mereka terus tabah, cuba jaga pemakanan kerana saya selalu berpegang pada ‘You are what you eat’. Jaga emosi dan paling penting hubungan dengan Allah SWT ataupun Tuhan kepada mereka yang bukan beragama Islam.
Sentiasa berbuat baik pada manusia dan makhluk Allah yang lain untuk hati lebih tenang. Ubah gaya hidup.
Untuk mereka yang ingin turunkan berat badan, cuba juga ubah gaya hidup, pola pemakanan yang lebih sihat. Lakukan calorie deficit, dapatkan nasihat doktor jika mempunyai kekangan dari segi kesihatan serta terus tabah untuk realisasikan apa yang anda inginkan.
Nak naik berat bukan sehari maka nak turun juga mengambil masa. Akhir kata saya Fitness For Allah!
#wanita #Diet #Kesihatan #Program Kurus
;