Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: Amanda Imani

BAGI penyanyi yang pernah menghasilkan album Black Heart, Amanda Imani, peluang kembara ke luar negara memang ditunggu- tunggu.Keindahan alam semula jadi, seni bina yang memukau, sejarah dan budaya masyarakat setempat antara faktor sesuatu destinasi itu menjadi pilihan kembaranya.

Buat InTrenders, Amanda kongsikan foto-foto kenangannya sewaktu makan angin di Hokkaido, Jepun dan Jaipur, India.

Kredit foto: Amanda Imani - Mencari cenderahati untuk kenangan.

Didakap Salju Dingin di Bumi Sapporo, Hokkaido

Kunjungan ke Hokkaido disambut dakapan kedinginan salju. Seluas mata memandang, pancaindera disajikan hamparan putih ‘champagne snow’ yang cukup mendamaikan.

Suhu nan sejuk itu terhasil daripada tiupan bayu yang bermula dari Siberia lalu merentasi Laut Jepun.

Agenda jalan-jalan di Hokkaido merangkumi aktiviti menarik antaranya bermain ski di Niseko Village, melihat keindahan Mt Yotei yang dilitupi salji, mengunjungi Mitsui Outlet Park, relaxing bath dan merias kuku di Kasara Niseko.

Dan masa begitu mencemburui apabila Hokkaido terpaksa ditinggal pergi.

Kredit foto: Amanda Imani

Kredit foto: Amanda Imani - Walau sejuk, namum hati teruja nak main ski.

Kredit foto: Amanda Iman - Biar sejuk ais krim tidak dilupa

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman - Berlatar- belakangkan bangunan Sapporo JR Tower.

Kredit foto: Amanda Iman

‘Magnificent Jaipur’ Buat Hati Tertawan

Jaipur antara destinasi pelancongan yang kian mendapat perhatian pengunjung seantero dunia. Seni bina bangunannya yang unik dan ‘magnificent’ menjadi sebab ia dibanjiri ribuan pelancong saban tahun.

Dan tidak sah kunjungan anda ke sini jika tidak mencumbui keindahan Amber Fort, Hawa Mahal, City Palace, Chand Baori, Gaitor Cenotaphs dan banyak lagi. Kebanyakan seni bina bangunan di Jaipur menggunakan bata merah samar, sekali gus menggelarkan kota ini dengan nama julukan, Kota Merah Jambu.

Bukan cantik sekadar di luaran, malah bahagian dalam bangunan juga dihias indah.

Tatahan batu permata, perincian cermin dan lukisan tangan melengkapkan lagi monumen serba gah ini. Yang pasti keindahan yang melatari kota Jaipur akan kekal dalam ingatan.

Kredit foto: Amanda Iman - Sempat juga saya melawat ke Monkey Temple.

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman - Jom, jalan-jalan di City Palace, Amber Fort, Hawa Mahal dan banyak lagi tempat menarik di Jaipur ini. Dan kita pun feeling ala puteri raja, hehehe.

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman - Terkesima melihat keindahan seni bina yang melatari kota merah jambu ini. Betapa gah Albert Hall Museum ini.

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman

Kredit foto: Amanda Iman