Sudah gah sebagai label fesyen, kemudian beralih ke perniagaan kosmetik, adakah ini langkah seterusnya untuk mengembangkan lagi jenama Rizman Ruzaini?

Ya, kenapa tidak? Rizman Ruzaini mengorak langkah mengikut jejak pereka-pereka antarabangsa yang mengembangkan empire mereka dengan pelbagai lagi produk sampingan seperti beauty, homme, living dan sebagainya. Lagi pula, kedua-dua cabang industri ini juga saling berkait dan kami rasa ia satu penjelajahan yang baik buat jenama kami.




Bagaimana tercetusnya idea menubuhkan Rizaman Ruzaini Beauty (RRB) ini?

Sejujurnya sudah lama idea ini bermain di fikiran Rizman Ruzaini. Namun, masih dalam perbincangan dan perancangan yang tertangguh. Selepas Rizman bertemu dan berkahwin dengan Nurida Suraya, kami nampak ia satu peluang yang terbentang elok kerana Nurida sendiri peminat dunia kecantikan dan pernah berada dalam dunia peragawan, pasti beliau lebih arif untuk menguruskan jenama kecantikan ini. Kini Nurida Suraya menjadi CEO untuk RR Beauty dan sama-sama menyusun langkah untuk Rizman Ruzaini Creations.






Setelah duduk dalam kedua-dua bidang ini, apa perbezaan antara industri fesyen dan kecantikan yang kalian nampak?

Seperti yang kami katakan tadi, bidang fesyen dan kecantikan sangat berkait rapat, pincang salah satunya jika tiada kerjasama dan cohesiveness. Bagi kami, bidang kecantikan ini ada sedikit mencabar kerana walaupun berkait rapat dengan fesyen, ia tetap satu gelanggang baru untuk kami selongkari. Setiap hari, ada saja perkara baru yang kami pelajari. Kecantikan satu seni yang memerlukan ketelitian dan ia perlu diadun dengan keseimbangan agar apa yang kita tampilkan memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan. Lebih kurang sama juga dengan fesyen. Kedua-duanya memerlukan kehalusan seni dan mata yang tajam untuk menjana trend baru.



Bagaimana RR update trend terkini solekan, dakah sama seperti fesyen?

Yes definitely, trend kecantikan sama seperti dunia fesyen sentiasa evolving dan berubah mengikut apa yang hangat dan terkini. Media sosial dan lembar majalah masih lagi menjadi our point of reference selain daripada berkerja dengan jurusolek tempatan yang terbaik seperti Khir Khalid, Syed Faizal, Ahma Dani dan Sheila Mohamad antaranya yang banyak berkongsi pendapat dan ilmu.






Kongsikan keistimewaan RRB?

Oh terlalu istimewa! Label Rizman Ruzaini itu sendiri melambangkan sebuah legasi fesyen. Maka, RR Beauty akan sentiasa hadir dengan sentuhan fesyen kerana penciptanya sendiri sudah lama berada dalam gelanggang fesyen. So we play with what we know best.



Akan adakah duta atau kolaborasi sama selebriti nanti?

Buat masa sekarang RRB hanya menggunakan Nurida sebagai wajah wakilan utama, kami mahu menjadi Nurida sebagai ikon dan face of the brand sebelum menyunting wajah lain sebagai duta atau berkolaborasi bersama-sama. Insya-Allah, pada masa akan datang, siapa tahu, kan?



​Definisi kecantikan bagi Rizman Ruzaini?

Kedua-dua Rizman Ruzaini dan RR Beauty amat gemarkan timesless beauty. Kerana itu koleksi gincu matte kami diilhamkan daripada ikon dan lagenda kecantikan dulu yang masih kekal jelita, malar segar dan menjadi inspirasi wanita sehingga kini.