Highlights
Datin SOFEA JANE Terima Menantu — Cantiknya Arissa Disolek Fendi Sani. Nak Tahu Apa Magisnya?
InTrend sempat menemubual jurusolek senior negara, Fendi Sani yang diberi mandat untuk menata rias anak kepada pelakon Datin Sofea Jane yang melangsungkan perkahwinannya semalam.
Menariknya, Arissa dan Datin Sofea Jane sama-sama menamatkan zaman bujang mereka pada usia yang sama iaitu 23 tahun.
Tahniah kami ucapkan. Jom dengarkan pengalaman Fendi sepanjang mencantikkan Arissa.
Kredit foto: Fendi Sani
Bagaimana hubungan Fendi dan Datin Sofea bermula?
Sebenarnya, Fendi dan Sofea sudah lama berkerjasama untuk sesi fotografi ketika zaman Sofea aktif dalam bidang seni dulu. Namun, selepas tidak lagi aktif dalam bidang seni ini, kami terpisah seketika. Haaa... InTrend lah yang menemukan kami semula ketika shooting untuk halaman gaya hidup beberapa tahun lalu.
Bagaimana Datin Sofea melamar Fendi untuk menatarias anakandanya itu?
Sofea merancang perkahwinan anaknya itu bersama wedding planner, Fizar Harun. Mereka bersetuju untuk memilih Fendi sebagai jurusolek. Jadi, Fizarlah yang menghubungi dan melamar Fendi waktu itu.
Kredit foto: Fendi Sani
Ada melakukan trial makeup sebelum hari langsung? Bagaimana pada permulaan perbincangan?
Ya, kami ada mengadakan trial makeup terlebih dulu. Konsep solekan ditentukan atas perbincangan Arissa dan Fendi sendiri. Biasalah, semua pengantin akan mengambil masa untuk menanam kepercayaan kepada jurusolek yang akan berkerjasama.
Arissa tidak cerewet, namun dia seorang makeup lover dan punya pengetahuan mengenainya, jadi dia tahu apa yng dia mahu dan cantik untuknya.
Bagaimana kondisi kulit Arissa? Mudahkah untuk menyolekkannya?
Arissa seorang yng begitu cerewet tentang kondisi kulitnya sendiri. Daripada apa yang sempat dikongsikannya sepanjang kami duduk bersamaa, dia mengutamakan penjagaan kulit yng rapi dan mendapat nasihat pakar kulit jika punya masalah kulit.
Kondisi kulitnya bagus. Kulit masih muda, masih cantik dan mulus. Tidak begitu sukar untuk menyolekkannya. Hanya perlu oles pilihan warna yang tepat.
Kredit foto: Fendi Sani
Jadi, apakah naskhah karya solekan Fendi semalam?
Sesuai untuk seorang ratu sehari, Fendi mahu Arissa kelihatan soft tapi on point. Setiap efek daripada sapuan bedak asas, kening, pembayang mata, bulu mata, pemerah pipi, gincu malah celak dan pensel bibir juga memainkan peranan penting.
Semua elemen yang ada pada wajah harus menonjol bersama tetapi masih kekal kelihatan natural. Arissa tidak gemar highlighter pada tulang pipi atau sebagai sapuan finishing ke seluruh muka.
Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan keseluruhan solekan?
Hampir satu jam setengah, bermula dari jam 12.30 tengah hari.
Kredit foto: Fendi Sani
Boleh kongsikan alat solek yang Fendi gunakan?
- Primer/concealar/Foundation/loose powder: Laura Mercier
- Pembayang mata: Nars, Tom Ford, Shiseido
- Maskara: Lancome
- Pemerah pipi: Nars, Bobby Brown, Anastasia Beverly Hills
- Pensel bibir: NYX, Bobby Brown
- Touch up: Shiseido Translucent Powder
Semua alat-alat solek adalah gabungan kepunyaan Fendi dan daripada koleksi peribadi Arissa sendiri.
Must-Watch Video