Teks: Huda Hussain

Sumber foto: Instagram @yusoffalqardawi

SIAPA yang tidak gembira dan teruja untuk menyambut kelahiran zuriat yang selama ini dinanti-nanti? Lebih-lebih lagi kepada pasangan suami isteri yang pertama kali melaluinya. Detik menanti kelahiran dengan penuh debaran, memikirkan si isteri yang mempertaruhkan nyawa antara hidup dan mati juga si kecil yang dinanti-nanti kemunculannya; sudah pasti menghimpunkan segala rasa.

Sumber foto: Instagram @yusoffalqardawi

Dan momen bersejarah itu dikongsi oleh usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri kala setia menemani isteri tercinta Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Datin Sri Nur Shahida telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Yusoff Al Qardawi semalam (Isnin, tanggal 25 Jun 2018).

Bayi comel seberat 3.2kg itu dilahirkan secara normal dan disambut oleh Dr. Datin Suhaiza Salleh di Hospital Gleneagles, Ampang Kuala Lumpur.

Lebih menggembirakan, ini adalah anak keempat pasangan usahawan kosmetik selepas enam tahun menanti cahaya mata. Sebelum ini Dato’ Sri Aliff Syukri turut mengambil sepasang anak angkat dan mungkin dek kerana keberkatan mengambil anak angkat yang diberi nama Qayyum dan Ameena, tidak lama selepas itu isterinya diberitakan hamil.

3.2kg... @yusoffalqardawi penantian 6tahun ..akhirnyaa ..sumpah nak tngok @shahidadherbs tahan kat leberom pun tak sanggup..kuatye pengorbanan ibu..setuju tak..siapa ada pengalaman mcm ni?? . . kalau nak tngok sambungan kehidupan sy dan family boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris kalau nak tngok episode kehidupan anak baru lahir sy ini..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

pengorbanan wanita sungguh hebat..setuju tak????? . . ketika ini sy berada bersama dia dan sy rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar utk diungkapkan ketika moment ini berlaku.. semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antra satu sama lain..walapun berbagai dugaan hampir 12tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever . . kalau nak tngok sambungan kehidupan sy dan family boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris kalau nak tngok episode kehidupan anak baru lahir sy ini

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Mungkin Ini Caranya Dato' Sri Aliff Ekspresikan Keresahan dan Kegembiraan yang Bercampur-baur

Sikap keterbukaan Dato’ Sri Aliff Syukri memuat naik video kala isterinya meneran sakit untuk melahirkan anak mereka mengundang pelbagai reaksi. Tidak pasti apa tujuannya, namun jika dilihat daripada perspektif yang positif momen inilah yang memahat antara kenangan terindah dalam malayari kehidupan suami isteri juga bergelar ibu dan bapa.

Baginya, detik itu dirakamkan buat tatapan anaknya kelak juga mahu menyampaikan mesej agar pengorbanan wanita yang bergelar isteri dan ibu ini selayaknya dihargai, dihormati, dikasihi lagi disayangi. Kerana bukan mudah mahu melahirkan zuriat penyambung ikatan kasih dan sayang antara suami dan isteri.

Sumber foto: Instagram @yusoffalqardawi

Sudah menjadi lumrah mungkin, setiap perkongsian yang dimuat naik di laman sosial pasti membuatkan netizen terpanggil untuk memberi komentar dan ulasan. Video rakaman itu turut menarik perhatian mantan penyampai radio popular Faizal Ismail yang memuat naik status di laman @faizalfbi76.

Namun usah cepat melatah kerana di awal postingnya, ada komen balas yang dimuat naik Faizal Ismail:

“Terima kasih respon. Yang setuju ataupun tidak, saya tak boleh halang dan saya tak akan reply. Bagi saya didikan agama yang cukup akan mengajar betapa perlu kita hargai ibu dan isteri. Video-video seperti ini hanyalah satu bentuk ‘social media stunt’ yang tengah melanda sekarang. Dan ada yang akan buat juga sebab ada yang menyokong. Wallahu'alam.”

Ini Komen Spontan Rakyat Malaysia di Laman Instagram Dato' Sri Aliff:

Dan Ini Pula Reaksi dan Maklum Balas Netizen di Laman Instagram Faizal Ismail:

Jadi, Apa Pendapat Anda Semua?

Tiada salahnya andai ada pandangan berbeza dalam soal ini. Kerana secara tidak langsung kita meraikan perbezaan dengan pendekatan yang sihat untuk mengukuhkan hubungan sesama Islam. Pada hemat saya golongan alim ulama dan yang arif dalam soal agama lebih layak untuk membahaskannya berserta nas dan dalil sebagai panduan dan rujukan kita bersama.

Biar apa jua motifnya, apa kata kita sematkan dalam fikiran agar memandang darjat seorang wanita itu di tingkat yang lebih tinggi daripada biasa. Lihatlah ibu kita, isteri kita dan wanita-wanita hebat di sekeliling kita. Kerana wanita itu hebat, doanya penuh azimat diiring tanggungjawab untuk meraih reda dan berkat daripada Allah SWT.