gaya hidup
Dengan Pasangan Sendirilah Nak Layan GILA-GILA Pun, Barulah Seronok Itu Ada di Rumah, Bukan di Luar.
Rumahku, syurgaku – bukan bermaksud rumah itu harus dihias bak mahligai atau istana, dibina penuh kemewahan dan agam. Ada juga rumah keluarganya sederhana saja, barangan di dalamnya pun hanya yang asas. Namun, di dalamnya sarat kebahagiaan dan keriangan untuk seisi penghuni.
Maka, pasangan tidak perlu mencari keseronokan di luar lagi kerana di rumahlah segalanya ada. Di situlah kehidupan dan hari-harinya berlangsung penuh pengisian. Apa lagi bersama insan tersayang bernama isteri dan anak-anak. Bagaimana mencipta bahagia di dalam rumah sendiri, bukan di luar?
Bahagia Harus Dari Dalam Diri
Bukan semua orang bahagia punya pasangan dan kecukupan di dalam rumahnya. Masih ada yang mencari kehidupan di luar atas alasan bosan. Sedangkan bosan atau gembira itu terpulang pada diri kita sendiri. Cuba fikir dan tanya pada diri sendiri, apa yang buat kamu tidak bahagia walau pasangan di depan mata?
Kerana kamu tidak melihat pasangan sebagai satu anugerah yang indah. Kamu menganggap pasangan hanyalah status sah yang dijadikan hiasan di rumah. Kenapa harus diadakan ‘status’ begitu dan begini? Kenapa tidak dilayan pasangan sama seperti kamu melayan kawan-kawan yang membawa gelak tawa dalam dirimu?
Kredit Foto: Google
Jadikan Pasangan Tempat Berseronok
Ya, inilah caranya mencari bahagia yang halal lagi diberkati. Sudah diberikan pasangan, kenapa perlu disia-siakan? Jadikan suami atau isteri kamu sebagai tempat melempiaskan segala keseronokan. Bukan mencari kawan-kawan atau skandal untuk menikmati keriangan. Hati harus dibentuk oleh akal kita bukan akal dipimpin oleh hati.
Pandanglah pasangan seperti pandangan kamu kepada kawan yang paling kamu suka untuk bercerita. Jadikan pasangan seperti skandalmu yang sangat kamu ghairahkan. Semua itu boleh dicipta dengan cara pemikiran kamu sendiri. Jika mahu, jadilah ia. Jika banyak dalih, beralihlah ia.
Kongsikan Apa Saja Dengan Pasangan
- Kongsi hobi bersama. Sama-sama suka apa yang pasangan suka
- Sesekali cuba suatu perkara baru bersama. Kalau boleh dibawa anak, angkut sekali.
- Cuba bersikap sporting, jangan jadi formal sepanjang masa
- Sentiasa support apa saja minat pasangan selagi ia tidak memudaratkan dan terlalu membazir
- Layankan saja setiap perbualan pasangan walaupun pada topik yang kamu sendiri ‘menyampah’ nak tahu
- Tidak salah ‘berlakon’ untuk konon-konon suka dengan apa yang pasangan suka
- Buang sifat malu ketika bersama pasangan. Nak malu apa, dah halal!
- Bebas laku hanya kepada pasangan, nak gelak, gelak saja, nak buang angin, buang saja di depannya
- Jangan cepat sentap atau ambil hati apabila pasangan terlebih gurau. Balas je balik
- Jangan kata ‘tidak’ setiap kali pasangan pelawa atau ajak ke mana-mana
Kredit Foto: Google