Perkara ini sudah diramal akan berlaku dalam kalangan golongan anti vaksin apabila kerajaan mula memberi kelonggaran syarat SOP kepada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin seperti boleh makan di restoren, menaiki kereta lebih dua orang dan sebagainya.


Menerusi hantaran di laman media sosial, ada beberapa klinik dan orang perseorangan yang berkongis perihal golongan anti vaksin yang berani meminta mereka memberikan sijil palsu pemvaksian sehingga ada yang sanggup bayar beribu ringgit untuk membolehkan mereka mendapatkan kelonggaran yang sama dengan individu yang sudah divaksin lengkap.


Terdahulu, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Datuk Dr Mohd Rushdan Mohd Noor dalam hantaran melalui laman Facebook, mendedahkan sijil vaksinasi COVID-19 dalam bentuk kad fizikal sudah dijual secara dalam talian.


Dr Mohd Rushdan turut menyiarkan tangkap layar penjualan kad fizikal dalam talian yang tertera sijil digital vaksinasi COVID-19 dicetak dan dijual pada harga RM15.


Sudah ada beberapa kes yang mula disiasat oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berkenaan penjualan sijil vaksin palsu tersebut. Orang ramai turut disarankan untuk membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat berkenaan isu terbabit.


Sebagai individu yang sudah divaksin, jagalah sijil itu sebaiknya. Jangan mudah berkongsi maklumat peribadi kepada orang lain walah dengan orang terdekat. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab demi keselamatan negara.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalanganku.”


Rasulullah S.A.W juga bersabda yang maksudnya; “Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.”