Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Disangka Hamil Kerana Terlihat Imej Seakan ‘Baby Bump’, MIZZ NINA Berterima Kasih Dengan Doa Semua.

Huda Hussain 17/08/2020 | 12:00 MYT
Siapa yang tidak impikan cahaya mata lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Begitu jua impian, harapan dan doa bagi Mizz Nina yang sudah mendirikan rumahtangga bersama Noh sejak 2011. Namun, hingga kini rezeki masih belum berpihak kepadanya.
Kredit Foto: IG Mizz Nina
Selepas berhijrah pada 2013, imej dan personaliti pemilik nama Shazrina Azman ini terus berubah dan mengejutkan ramai. Malah tiada siapa menyangka begitu sekali drastik keputusan yang diambilnya seraya meninggalkan karier sebagai penyanyi.
Bertitik tolak daripada itu, kisah penghijrahannya terus menjadi inspirasi dan menjadikan Mizz Nina terus berusaha untuk kekal istiqamah dalam perjalanan hijrahnya. Rentetan itu, suri hati Noh Salleh ini banyak melibatkan diri dengan seperti menyertai misi kemanusiaan, kerja-kerja amal selain mendalami ilmu agama dan terus menyampaikan dakwah dengan caranya yang tersendiri.
Turut bergiat aktif dalam fesyen busana muslimah, Mizz Nina juga pernah memiliki label fesyen sendiri antaranya Mizz Demeanor dan Madeena Clothing. Dan terkini, menerusi koleksi by Mizz Nina terdapat variasi rekaan busana muslimah dan helaian tudung yang sesuai dengan cita rasa hijabi semasa.

MashaAllah- So nice to see your wishes ? By the way, im not pregnant, yet but Ameen3! Jzk for your dua’s! ?? maybe it’s time I lose some weight ? #Repost @bymizznina ・・・ Assalamualaikum and Happy Monday ladies, Ready to kick-start the week? Put your best hijab forward and do your thing with Allah SWT in mind ❤️ THE KASBAH Inspired by the intricate carvings and artistic designs found on most traditional Moroccan windowsills, we incorporate them carefully onto our Sahraa Series bawal hijab that comes in the colour Moroccan Rose and Mystique Grey. ?️46 × 46" ?Made from high quality Armani Silk ?Easy to drape & wrinkle-free ?Cooling & breathable material ?️RM119 For every purchase, part of the proceeds will go to the @cintasyriamalaysia fund to help our Muslim brothers and sisters in Syria, JazakAllah Khair. Get yours now @ www.bymizznina.com ----------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum semua, Bersedia memulakan minggu baru anda? Kenakan hijab terbaik dan lakukan semaksimal mungkin dan sentiasa ingat Allah SWT ❤️ THE KASBAH Diinspirasikan daripada ukiran halus dan corak artistik yang terdapat pada kebanyakan jendela tradisional Maghribi, kami olahkannya dengan penuh ketelitian kepada tudung bawal Sahraa Series kami dan ia tersedia dalam rona Moroccan Rose dan Mystique Grey. ?️46 × 46" ?Diperbuat daripada Sutera Armani berkualiti ?Mudah dibentuk & tidak renyuk ?Material sejuk & menyamankan ?RM119.00 Bagi setiap pembelian, sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada tabung @cintasyriamalaysia bagi membantu saudara-saudara Islam kita di Syria, JazakAllah Khair. Dapatkan sekarang @ www.bymizznina.com #TheKasbah #SahraaSeries #ByMizzNina

A post shared by ???????? ????? (@officialmizznina) on

Kredit: IG Mizz Nina
Apa yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini adalah satu foto yang mempromosikan rekaan busana The Kasbah. Ia diinspirasikan daripada ukiran halus dan corak artistic yang terdapat pada kebanyakan jendela tradisional Maghribi. Ia diolah dengan penuh ketelitian kepada tudung bawal Sahraa Series yang tersedia dalam rona Moroccan Rose dan Mystique Grey.
Mungkin juga dek kerana efek angin tetapi ia diakui sendiri Mizz Nina apabila dia mengalami kenaikan berat badan baru-baru ini. Hinggakan ramai yang fikir bahawa dirinya kini sedang hamil. Jauh sekali tersinggung sebaliknya Mizz Nina berterima kasih dengan titipan doa daripada pengikutnya di laman sosial. Selain dalam masa sama, dia sendiri mengingatkan diri untuk cuba mengurangkan berat badan.

Smile and say Alhamdulilah, for 3 things you are grateful for yesterday or today! Gratitude is when a little is enough and when you focus more on what you have rather than what you don’t have. Gratitude to Allah is a means for us to keep these blessings and in shaa Allah He will increase us with even more! So feel grateful in your heart, express it with your words and show it in your actions in pleasing Allah ❤️

A post shared by ???????? ????? (@officialmizznina) on

Kredit: IG Mizz Nina
Apapun, moga segala titipan doa pengikut Mizz Nina dimakbulkan Allah kelak. Juga semoga segala usaha dakwah yang dilakukan Mizz Nina diterima-Nya. Amin.
#Mizz Nina #Selebriti
;