Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Disinfeksi Barang Peribadimu Secepat Lapan Minit Dengan Sinar UV-C, Rumah Bersih Selesa Bebas Kuman dan Virus!

Afiza Kamarulzaman 11/10/2021 | 09:20 MYT
Kita sering terfikir bagaimana cahaya UV-C benar-benar dapat disinfeksi atau membasmi kuman di dalam kediaman kita? Pencahayaan UV-C adalah salah satu kaedah paling berkesan untuk membasmi kuman di sekitar rumah anda daripada virus dan kuman lain.
Rumah yang selesa itu buka hanya terlihat cantik berdekorasi tetapi haruslah juga benar-benar dan sealamt untuk didiami sepanjang masa. Bagi kebanyakan kita, rumah kita adalah tempat yang selamat. Di sinilah kita bersantai dan telah menjadi ‘syurga’ untuk kita terutamanya di kala pandemik ketika ini.
Untuk berasa aman dan selamat, kita perlu memastikan permukaan dan objek peribadi yang kerap kita gunakan bebas daripada kuman, kerana kita semua berisiko dijangkiti atau menyebarkan virus dan bakteria. Tetapi bagaimana kita dapat menjaga kebersihan objek di rumah kita?
Kita semua mengambil berat tentang kesejahteraan orang yang kita sayangi, tetapi apakah kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga yang cukup untuk melindungi mereka daripada terkena virus dan bakteria. Di sinilah lampu disinfeksi UV-C Philips membuat perbezaan besar dengan menambahkan penghalang perlindungan tambahan dalam memerangi virus dan bakteria.
Membasmi Kuman Pada Objek Kecil Dan Peribadi
UV-C adalah jalur cahaya yang tidak dapat dilihat. Matahari menghasilkan UV-C sebagai sebahagian dari cahaya matahari, tetapi disaring oleh atmosfera bumi. Walau bagaimanapun, ia dapat dicipta dengan mentol dan tiub khas dan, pada panjang gelombang 254 nanometer, sangat berkesan dalam mematikan virus, bakteria dan jamur dengan memecah DNA / RNA.
Dalam ujian makmal, sumber cahaya UV-C kami mengurangkan SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan COVID-19) di permukaan ke bawah tahap yang dapat dikesan dalam masa sembilan saat sahaja. Memandangkan keadaan makmal sukar ditiru dalam situasi kehidupan nyata, biasanya mereka mengesyorkan kitaran pembasmian kuman diukur dalam beberapa minit.
Kotak pembasmian kuman Philips UV-C ini dilengkapi dengan lampu Philips UV-C, ia menyediakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk mematikan virus, bakteria, kuman dan hama berbahaya – dalam beberapa minit.
Kotak pembasmian kuman direka agar mudah digunakan. Cukup dengan meletakkan barang di dalamnya, tutup penutup, kemudian tetapkan dan teruskan dengan rutin harian anda dan mesin ini akan melakukan kerjannya sendiri.
Kotak pembasmian kuman sesuai untuk pelbagai jenis barang seperti mainan kecil, kunci, telefon bimbit dan dompet. Kotak ini direka untuk ‘tertutup’ secara automatik ketika penutup dibuka, mencegah kemungkinan cahaya melarikan diri. Kotak ini mudah dikendalikan, dengan kawalan intuitif, paparan digital yang jelas dan penutup balik yang mudah.
Philips UV-C Disinfection Mini Box
Inilah gajet disinfeksi bersaiz mini yang mesti ada di setiap rumah. Walaupun bersifat kecil, namun fungsi dan peranannya sangat besar dan ia praktikal untuk digunakan seisi rumah. Didatangkan dengan tiga warna manis seperti putih, hijau muda dan merah jambu lembut.
Anda hanya perlu mencajnya dengan sumber elektrik di belakang mesin ini. kemudian, tekan punat kecil di atas penutup untuk membuka ruang di dalam. Masukkan barang yang ingin dibersihkan. Kemudian, tutup dan tekan punat di bahagian hadapan sehingga lampu berkelip.
Kamu tidak perlu menunggu sehingga kerja pembersihan selesai. Biarkan sahaja mesin itu bekerja dengan sendirinya lebih kurang lapan minit. Setelah lampu padam, barang tadi boleh dikeluarkan dan selamat untuk digunakan kembali.
Cahaya UV-C yang digunakan berkesan untuk membunuh virus, kuman dan hama yang tak kelilhatan pada mata kasar. Ia selamat digunakan dan sangat mudah untuk dikenalikan walaupun kanak-kanak.
Rekaan kotaknya yang stylish dan nampak moden sesuai diletakkan di ruang terbuka di kediamanmu. Maka, ia boleh saja digunakan pada bila-bila masa saat diperlukan.
#Philips #disinfeksi #UV-C Disinfection Mini Box
;