Oleh: Huda Hussain

Intrend alhumairah

DARIPADA kerja makan gaji hingga kini dia berjaya menggajikan kakitangannya. Bagi Hani Elia Rousli, tiada apa yang mampu menghalang kejituan semangatnya jika itu adalah kehendaknya.

Dari ruang kedai tingkat atas, kemudian berdikit-dikit dia berusaha dan kini mampu tersenyum bangga dengan tiga butik yang tertera jenamanya sendiri. Namun ia tidak bermakna Hani mahu duduk selesa.

Masih banyak lagi perancangan dan impian yang ingin dikecapnya sekali gus membantu orang ramai menjana pendapatan menerusi hasil jualan tudungnya.

Bersama InTrend, Hani kongsikan susah-payah membina jenama ini hingga memasang impian mahu melangkah ke peringkat global suatu hari nanti.

Sebelum bergelumang dalam industri fesyen Muslimah yakni tudung, boleh Hani kongsikan latar belakang dan apakah profesyen yang diceburi?

Saya adalah graduan jurusan Graphic and Digital Media dari universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri iskandar. Selepas tamat pengajian, saya bekerja sebagai customer service representative di sebuah syarikat telekomunikasi yang terletak di Taman Tun Dr ismail.

Sempat bekerja makan gaji selama dua tahun sahaja dan dalam tempoh itu saya sudah punya minat dalam fesyen Muslimah iaitu tudung. Ketika itu (sekitar tahun 2007) tidak banyak jenama tudung yang berada di pasaran.

Saya memberanikan diri menjual tudung dengan membuka blog. Kemudian menjual secara dalam talian (online) pada tahun 2008. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan saya putuskan untuk fokus pada perniagaan ini pada 2010.

A post shared by Hani Elia (@hanielia) on

Bagaimana jenama Al-Humaira Contemporary bermula, daripada kecil-kecilan sehingga dapat bertapak kukuh dan memiliki cawangan sekitar Lembah Klang?

Saya dapati ketika itu tidak banyak pilihan tudung yang ada dalam pasaran. Jika ada sekalipun cuma tudung bawal, pashmina dan tudung instant. Pada saya jika bercakap mengenai pemilihan tudung, ia bermula dengan inner tudung.

Ia adalah sesuatu yang essential kerana inner yang melengkapkan penampilan keseluruhan tudung. inner yang sesuai haruslah selesa, berkualiti daripada aspek material, boleh menyerap peluh, tidak terlalu tebal dan sebagainya.

Dek kerana minat dan kesungguhan yang mendalam telah menggerakkan saya untuk memulakan perniagaan ini. Saya suka melihat wanita bertudung dan apabila mereka memakainya kelihatan cantik, ia membuatkan saya terinspirasi untuk turut sama menyumbang dalam bidang ini.

Apabila mula menjual menerusi medium blog, saya tidak menyangka sama sekali meraih permintaan daripada pelanggan dalam negara juga rantau Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Thailand.

Ketika itu saya masih lagi bekerja dan terdetik dalam hati, “Rasa macam nak berhenti sahaja dan fokus kepada benda ni.” itu yang terlintas di fikiran saya. Dan saya nekad untuk berhenti kerja dan tumpukan sepenuh masa kepada perniagaan.

Kebetulan ketika itu suami, Humaidi Fadzil masih bekerja untuk Public Mutual dan saya berkata kepadanya, “Tak boleh jadi macam ni. Kita kena fokus sebab perniagaan mula mendapat sambutan dan permintaan.” Daripada blog, saya dan suami mencari kedai untuk memulakan operasi sepenuhnya.

Lantas kami menyewa sebuah lot yang menempatkan pejabat dan showroom di aras satu. Ketika itu saya hanya mampu menggajikan seorang pekerja sahaja.

Dialah yang membungkuskan pesanan, mengepos, melayan pelanggan jika ada yang datang ke showroom dan menjawab panggilan. Alhamdulillah selepas mula berkembang sedikit demi sedikit, saya dan suami mula mencari tapak kedai lot bawah.

Jika sebelumnya kami beroperasi di tingkat satu (butik dan pejabat di aras yang sama) dan dek kerana memikirkan mahu memudahkan pelanggan untuk datang, maka kami berpindah dari butik di Kota Damansara ke Shah Alam.

Dalam masa sama, laman web kami mula beroperasi bagi memudahkan pelanggan dari mana jua untuk melihat dan membeli.

Syukur juga kerana berbekalkan kepercayaan daripada pelanggan, kami kini mempunyai butik di Bangi Sentral, Shah Alam dan Alor Star. Pada 2013, kami mula menawarkan khidmat agen.

Ia jauh lebih mudah kerana dalam masa sama kami dapat membantu suri rumah, pelajar-pelajar untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

intrend alhumairah 2

Ketika mahu membuka butik dahulu, tidakkah pernah rasa takut untuk terjun dalam bidang perniagaan?

Saya fokus orangnya. Dan saya jenis yang ‘degil’. Saya akan pastikan jika apa yang saya mahu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memilikinya. Dan jika ditanya sama ada saya takut atau tidak, saya tidak takut untuk memulakan perniagaan.

Saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berani menanggung risiko. Misalnya ketika bekerja di syarikat telekomunikasi dahulu, saya sudah mempunyai pendapatan tetap.

Tetapi apabila mahu berhenti, saya mendapat tentangan habis-habisan daripada ibu bapa. Kata mereka, “Boleh survive ke buat bisnes? Ada pendapatan tetap ke daripada bisnes ni?” Tetapi saya buktikan kepada mereka saya mampu melakukannya.

Faktor latar belakang keluarga saya yang rata- ratanya bekerja di sektor kerajaan turut menjadi penyebab mengapa mereka tidak menyokong keputusan saya pada awalnya.

Misalnya emak saya ada seorang pesara Telekom dan adik-beradik pula ada yang bekerja dalam perkhidmatan awam dan jurutera. Pendek kata semuanya berpengalaman kerja makan gaji.

A post shared by Hani Elia (@hanielia) on

Boleh Hani kongsikan kesukaran dan liku serta jatuh bangun sebelum Al-Humaira Contemporary dikenali seperti hari ini?

Daripada pandangan orang, mereka hanya lihat kesenangan kami sahaja. Seolah-olah semuanya mudah dan berjalan dengan baik. Tetapi sebaliknya, setiap kejayaan itu perlu melalui pelbagai jatuh bangun, pengorbanan dan lain-lain.

Dalam perniagaan, saya perlu berhadapan dengan pelbagai ragam. Di Al-Humaira, kami amat mementingkan kualiti dalam segenap sudut. Baik daripada pemilihan fabrik, jahitan dan sebagainya semua diambil kira.

Seperti pengasas tudung lain, saya juga pernah berhadapan dengan situasi apabila pembekal gagal menyediakan apa yang dipesan. Misalnya material yang sampai tidak sama seperti yang dijanjikan dan sebagainya.

Itu belum dihitung lagi tentang kesukaran untuk mendapat kakitangan yang memahami hala tuju Al-Humaira, yang boleh memahami DNA Al-Humaira sendiri dan perihal lain. Tetapi saya sering melihat permasalahan ini daripada sudut yang membina.

Pada saya, apabila berhadapan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia ini membuatkan saya belajar sesuatu yang baru.

Ia akan mematangkan fikiran serta tindak-tanduk juga membantu saya melihat setiap yang berlaku dalam lanskap yang lebih besar, bukannya daripada suatu sudut sahaja.

Seperkara lagi mengenai kesukaran yang harus saya lalui adalah, kita tidak boleh lari daripada isu plagiat, ciplak dan tiru-meniru. Mungkin ia satu permasalahan yang lumrah dalam dunia fesyen Muslimah seperti tudung.

Tetapi saya melihatnya daripada perspektif yang positif kerana apabila orang sudah mula meniru, ia memberi persepsi bahawa mereka melihat rekaan atau material yang kami ketengahkan berkualiti.

Daripada sudut pelanggan pula, mereka sudah bijak memilih dan menilai mana satu yang benar- benar berkualiti dan sebaliknya.

Saya tidak melihat isu ciplak-menciplak, tiru-meniru ini sebagai satu isu yang besar. Kerana ia secara tidak langsung membangkitkan semangat dan membuatkan saya mahu terus ke hadapan, lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan rekaan tudung yang lebih cantik untuk kepuasan pelanggan.

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

Jika boleh Hani kongsikan, apakah pengorbanan yang sudah dicurahkan sepanjang lapan tahun bergelumang dalam dunia perniagaan tudung yang mungkin selama ini tidak pernah diketahui orang?

Setiap orang Allah SWT hadirkan dengan pelbagai ujian. Dan saya juga tidak terlepas daripada melaluinya. Sebenarnya selepas berkahwin, saya perlu menunggu lima tahun untuk menimang cahaya mata.

Tetapi saya tetap percaya setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri ini sudah diatur oleh Allah SWT dan Dialah sebaik-baik perancang. Apabila sudah menceburi bidang perniagaan, kesibukan dan kekangan waktu itu benar-benar menguji.

Apatah lagi saya perlu menjaga dua orang anak, maka ada kalanya orang sekeliling malah keluarga sendiri kurang memahami cara kerja dalam bidang ini. Bidang ini tidak mempunyai deadline daripada segi waktu, seolah-olah tiada masa untuk cuti.


Ada masanya saya perlu tinggalkan anak-anak selama satu atau dua minggu untuk ke luar negara mencari material. Dalam masa sama saya perlu menyusukan anak kecil. ia sedikit sebanyak menguji kekuatan diri kerana saya sememangnya rapat dengan anak-anak.

Saya kembara ke luar negara seorang diri dan hanya ditemani pembekal dan penterjemah di sana. Seperkara lagi, tanggapan orang terhadap golongan usahawan ini hanyalah berkisarkan kepada yang senang, hidup mewah dan mudah sahaja.

Mereka hanya melihat kesenangan kami tetapi di sebaliknya hanya kami sahaja yang faham dan perlu melaluinya dengan berlapang dada. Malah keluarga juga kadangkala kurang memahami cara saya bekerja.

Mereka fikir saya mempunyai waktu yang fleksibel berbanding kehidupan mereka yang bekerja makan gaji.

Pernah mereka salah faham dan beranggapan, “Kenapa tak boleh balik kampung selalu? Kenapa dah bekerja sendiri tetapi tak boleh jaga anak sepenuh masa? Tak boleh datang kenduri itu ini?”

Pada pemerhatian orang, mungkin apabila saya tiba di rumah sudah boleh lupakan perihal perniagaan. Tetapi sebenarnya tidak. Masih ada lagi kerja yang memerlukan saya untuk menyelesaikannya.

Saya masih perlu periksa stok, tarikh penghantaran, production time, kemas kini bersama pembekal dan lain-lain. Tetapi saya menganggap setiap cabaran dan pengorbanan yang saya curahkan sebagai pemangkin semangat dalam usaha untuk bergelar usahawan yang berjaya.

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

Dengan siapa Hani berguru dalam bidang perniagaan tudung ini?

Jika dahulunya saya menjadikan pengasas butik Sri Munawwarah sebagai idola. Semasa bekerja dulu pada waktu makan tengah hari, saya banyak habiskan masa di butik tersebut sambil mengagumi rekaan- rekaan tudung butik Sri Munawwarah.

Entah kenapa saya dapat rasa seolah-olah ada tarikan tersendiri. Saya berkata kepada diri, “insya-Allah, satu hari nanti aku akan buka butik macam ni.” Selain itu saya menjadikan ramai orang sebagai sumber inspirasi.

Sesiapa jua yang berjaya dan mempunyai pemikiran yang positif membuatkan saya turut sama terinspirasi. Maka dengan itu saya tidak mempunyai idola atau sumber inspirasi yang spesifik.

Misalnya era kini, lihat sahaja Gen Y yang sudah mula membina nama dan berjaya pada usia yang muda dalam bidang perniagaan.

Secara tidak langsung, mereka juga mampu menyuntik semangat kepada saya.

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

Berapa besar tenaga kerja Al-Humaira Contemporary?

Kakitangan yang bekerja dibutik dan bahagian operasi hanya 12 orang. Tetapi dalam masa sama, Al-Humaira turut mempunyai agen di seluruh negara seramai 180 orang termasuk di Thailand, Singapura dan Brunei.

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

Platform media sosial hari ini, sejauh mana ia membantu Al-Humaira Contemporary dikenali dan berkembang luas?

Pada saya nadi kejayaan sesuatu perniagaan itu terletak kepada aspek pemasaran jenama itu sendiri. Dan apa yang membuatkan Al-Humaira bertahan adalah saya menetapkan garis panduan dan standard operation procedure kepada staf mengenai apa yang perlu mereka muat naik atau apa yang perlu mereka buat setiap hari.

Pada saya, medium instagram misalnya amat membantu selain Facebook dan laman web. Menerusi instagram, saya akan pastikan staf sentiasa kemas kini apa jua maklumat setiap hari untuk sekurang-kurangnya mendidik pelanggan dan mengingatkan mereka segalanya yang berkaitan dengan Al-Humaira.

Walaupun saya mempunyai staf di bahagian pemasaran yang menjalankan tugas dalam soal ini, tetapi sebagai pengasas dan juga majikan saya tetap perlu pantau apa jua yang dimuat naik misalnya setiap hari selain mengambil tahu perkembangan yang berlaku.

Alhamdulillah, walaupun mereka yang bekerja bukan terdiri daripada latar belakang perniagaan, pemasaran dan sebagainya tetapi mereka berjaya membuktikan kepercayaan yang diberi disempurnakan sebaik mungkin.

Pada saya mungkin rahsianya adalah kami sering bekerja bersama dalam sebuah keluarga besar. Ada sifat kebersamaan antara saya dan staf.

Jika terdapat kekurangan atau apa jua, saya akan tegur dan beritahu apa yang sewajarnya dilakukan, itu ini dan begitu juga sebaliknya.

Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya

Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya

Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”

Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”

“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?

Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?

‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?

Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?

Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai

DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai

DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?

Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?

Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria

“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria

Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG

Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG

Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.