Pemergian usahawan kosmetik, Faziani Rohban Ahmad pada 18 Mei 2019 yang lalu telah memberi kejutan yang besar kerana arwah meninggal mengejut akibat kemalangan jalan raya bersama suaminya yang dalam perjalanan menghantar sumbangan kepada anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand.


Walaupun sebelum ini, kisah arwah jarang mendapat liputan media, namun selepas ketiadaannya, kisah-kisah keperibadian mulia arwah mula menjadi sebutan.


Satu persatu kebaikan dan amal jariah wanita dermawan ini diperkatakan. Tiada siapa menyangka dalam diam, begitu banyak sumbangan arwah lakukan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan asnaf, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.


Arwah meninggalkan suami, anak-anak daripada perkahwinan terdahulu dan anak tiri juga. Walaupun pada awalnya, kehidupan keluarga yang ditinggalkan kelihatan tenang, namun siapa sangka kini dilanda kemelut.


A post shared by RohbanGroup®️ (@iqbarhakim_j) on




Isu perbalahan yang timbul antara anak sulung arwah, Mohamed Iqbar Hakim Jasman, 20 dan bapa tiri, Ahmad Rizal Ibrahim, 43, akhirnya masuk ke mahkamah dan melibatkan penangkapan Iqbar baru-baru ini.


Ternyata, ia isu keluarga yang tidak dapat disorok lagi apabila menjadi sebutan dan perbincangan netizen di media sosial. Pelbagai komentar dilemparkan, namun rata-rata memberi sokongan moral kepada Iqbar dan dik-adiknya.



A post shared by RohbanGroup®️ (@iqbarhakim_j) on




Abang, Kubu Pelindung Adik-Adik

Itu yang selalu dilafazkan Iqbal di akaun Instagramnya bahawa beliau akan sentiasa melindungi adik-adiknya walau apa jua cabaran mendatang.


Ternyata, beliau tidak hanya menjadi bahu berpaut kepada adik-adik kandung, malah adik-adik tirinya juga ternyata memberikan sokongan penuh kepada Iqbar dan menganggap Iqbar sebagai pertahanan mereka di kala ini.


Begitulah yang semoleknya, anak lelaki seharusnya menjadi tempat bergantung buat adik-adik yang telah yatim ditinggalkan ayah ibu.


Justeru, seorang anak lelaki yang mempunyai tanggungjawab besar sewajarnya melatih diri menjadi lebih kuat, tabah dan bertanggungjawab.


Semua amanah yang ditinggalkan arwah ibu atau ayah, perlu digalas sebaik mungkin dari segi pembahagian harta, kebajikan dan keperluan mereka.



A post shared by RohbanGroup®️ (@iqbarhakim_j) on




Semoga Keluarga Ini Terus Bersatu

Ramai yang mendoakan keluarga arwah Faziani Rohban terus diberi perlindungan Allah dan kekal bersatu walau dalam apa jua situasi susah dan senang.


Seperti mana indahnya cerita yang ditinggalkan arwah ketika hayatnya, diharapkan ia tidak tercalar dek sikap segelintir individu yang mungkin menjadi duri dalam daging. Adat dunia, manusia didatangkan dalam pelbagai bentuk dan perangai. Boleh berubah walau sekelip mata.


Seperkara yang bagusnya, Iqbar dan adik-adik bertuah kerana masih mempunyai saudara-mara terutamanya adik-beradik arwah ibu yang sentiasa berada di samping mereka.


Ikatan kekeluargaan yang dibina utuh oleh arwah masih berlangsung baik walaupun arwah sudah tiada. Seperti dikhabarkan, bapa dan ibu saudaranya bersama Iqbar mempertahankan hak dan maruah mereka.


Semoga roh Allahyarhamah tenang di sana. Mungkin semua yang diperlukan anak-anak sudah ditunaikan sebaiknya sebelum arwan menutup mata, namun arwah tidak mampu untuk ada selamanya sebagai pelindung anak-anak.


Hanya kiriman doa dan pelindungan Allah yang mampu bersama anak-anak yang ditinggalkan. Insya Allah.



A post shared by RohbanGroup®️ (@iqbarhakim_j) on