Pada usia 68 tahun, biduanita bertubuh kecil-molek ini masih aktif mengadakan persembahan. Masih bertenaga. Masih mampu bergaya, berfesyen dan paling penting berfikiran positif, lebih daripada generasi muda hari ini.

Baru-baru ini, pusat membeli-belah Avenue K berkolaborasi bersama Majis Kanser Nasional (MAKNA) menganjurkan kempen kesedaran kanser menerusi program Tresses of Hope.


Antara segmen menarik adalah perkongsian biduanita negara, Salamiah Hassan tentang pengalaman beliau yang pernah mengidap kanser payudara.



Kredit foto: Afiza Kamarulzaman



Bagaimana perjuangan aunty dalam menempuhi ujian sebagai pesakit kanser payudara?

Salamiah: Perjuangan itu tidaklah banyak mana kerana aunty mendapat tahu tentang penyakit ini pada peringkat awal lagi dan terus ke hospital mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah disahkan terdapat ketulan di bahagian bawah ketiak, aunty tidak bertangguh lagi, terus saja melakukan rawatan yang dinasihatkan doktor untuk membuang ketulan tersebut.

Dan, doktor mengesahkan aunty mengidap kanser tahap satu. Waktu mula-mula aunty diberitahu, aunty ketawa kerana rasa tidak percaya. Sampaikan aunty buat joke dengan doktor, so lepas ni my breast dah tak ada lah? Sebenarnya tidak. Hanya buang ketulan itu sahaja.

Kredit foto: IG Salamiah Hassan



Apa nasihat aunty kepada Atilia sendiri kerana orang kata antara faktor kanser adalah daripada keturunan juga?

Salamiah: Kepada sesiapa pun aunty nasihatkan kalau rasa tidak sihat dan syak ada tanda-tanda kanser, lekas-lekas berjumpa doktor dan ambil nasihat doktor. Begitu halnya dengan anak saya sendiri.


Ketika umurnya 17 tahun, Atilia berasakan ada ketulan di payudaranya, lekas-lekas saya bawa dia berjumpa doktor. Alhamdulillah, doktor sahkan ia bukan kanser, hanya ketumbuhan.



Atilia: Saya sebenarnya memang mempunyai banyak ketulan seperti di kepala, bawah siku, belakang ketiak ni (sambil menunjukkan bekas ketulan yang sudah dibuang), tetapi ia hanyalah ketulan biasa.


Orang kata ia selalu dikaitkan dengan orang yang suka makan lemak macam kulit ayam tu. Apa pun, kena jugalah ambil tindakan takut kalau dibiarkan memberi mudarat.


Tambahan pula, kita dah ada history, kan? Seharusnya, setiap wanita perlu prihatin dengan self check-up. Saya sendiri melakukan check up setiap tiga bulan, lakukan mammogram screening.


Dan, sekarang nak check pun boleh dilakukan di rumah sahaja. Jadi, sebelum sesuatu itu menjadi sukar, lebih baik kita mudahkan dengan tindakan awal.


Kredit foto: IG Atilia


Bagaimana aunty memberitahu Atilia yang aunty mengidap kanser waktu itu?

Salamiah: Aunty sebenarnya tidak berkongsi sangat dengan anak-anak tentang hal ini. Kebetulan waktu itu, mereka semua sedang belajar, aunty tidak mahu membebankan mereka lagi.


Cuma my brothers and one of my friend yang tahu. Setelah beberapa lama, anak-anak sendiri menyedari perubahan pada kesihatan aunty. Aunty tidak suka orang tahu aunty sakit. I am such a strong person.



Tidak hanya anak-anak, malah dengan media pun aunty kurang bercerita soal sakit aunty, kenapa? Sedangkan orang kata, lagi ramai yang tahu nanti, lagi ramai yang akan doakan kita?

Salamiah: Really? Mungkin itu bagi pendapat sesetengah orang. But personally, aunty tak berapa selesa apabila aunty di hopsital, dengan tangan dicucuk situ sini, kemudian paparkan di Instagram, dengan kapsyen, “doakan saya, bla bla bla..” You ask yourself again, adakah benar mereka akan doakan?


Atau sekadar baca kapsyen kita? Cukuplah, saya mohon doa keluarga dan teman-teman terdekat dan paling penting doa saya sendiri terus kepada yang di atas sana. Seumpama kita mengucapkan al-fatihah kepada orang yang meninggal.


Sebaiknya terus saja bacakan al-fatihah itu, bukan hanya ditulis.


Atlia: Ya, kami berkongsi pendirian yang sama. Kami tidak suka dikasihani atau merintih dengan orang. Bagi saya, lagi orang menzahirkan rasa kesian, lagi kita akan rasa sakit dan lemah.



Kredit foto: IG Salamiah Hassan



Bagaimana peranan Atilia sendiri sebagai anak?

Atilia: Seperti yang kami kongsi tadi, kami tidak suka diberi simpati yang berlebihan sehingga diri berasa lemah. The best cure for everthing is love. Kalau kita berdepan dengan ahli keluarga yang berdepan situasi ini, tiada apa yang mereka mahukan melainkan kasih-sayang dan harapan.


Arwah suami saya sendiri meninggal disebabkan kanser. Lagi tragis, kerana hanya mengetahui tentang sakit itu pada Januari dan pergi pada Jun tahun yang sama.


Jadi, sepanjang aunty melalui detik sukar sebagai pesakit kanser, apa pengalaman yang aunty tidak dapat dilupakan?

Salamiah: Ketika menjalani rawatan kimo, I made a lot of friends. Dan, kehilangan ramai kawan juga... Auntylah jadi supir mereka, bawa mereka ke rawatan, saling memberi sokongan dan harapan.

Kami berkongsi ujian yang sama tetapi pengakhiran berbeza. Ia mengajar aunty untuk jadi lebih kuat dan positif. Hargai kehidupan ini.


Kredit foto: IG Atilia