Highlights

Doktor Estetik Ini Kongsi Tips Elak PERUT BUNCIT – Elakkan Makanan Berlemak, Minyak, Gula, Buat Sit-Ups Dan...

gempak
Afiza Kamarulzaman
10/03/2020
14:15 MYT
Sponsor Banner
Doktor Estetik Ini Kongsi Tips Elak PERUT BUNCIT – Elakkan Makanan Berlemak, Minyak, Gula, Buat Sit-Ups Dan...
Dr.Inder Kaur, Doktor Estetik dan Pengasas Klinik Dr Inder berkongsi tips dan rawatan yang bersesuaian untuk wanita yang mengalami masalah perut buncit. Apa yang penting adalah disiplin untuk melakukannya, konsisten denga setiap yang dilakukan seperti menjaga diet seimbang, bersenam dan sebagainya yang mampu menjana kepada perut yang kempis dan tubuh idaman. Untuk cantik perlukan pengorbanan dan kerajinan.
Kredit Foto: Dr.Inder Kaur
Apakah yang menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut?
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu memiliki lemak berlebihan di sekitar bahagian perut atau abdomen. Faktor terbesar ialah mengambil banyak makanan yang mengandungi tinggi lemak, minyak atau gula – tanpa membakarnya menerusi rutin senaman harian. Ini yang menyebabkan mereka mengumpul lemak berlebihan termasuklah pada bahagian perut. Antara faktor lain, ialah seperti genetik dan hormon tidak seimbang yang memberi efek kepada selera makan, metabolism dan sebaginya. Semakin meningkat usia seorang wanita, mereka akan menyedari bahawa berlaku peningkatan pada kebuncitan perut walaupun penambahan lemak tidak berlaku pada bahagian lain. Jisim otot turut menurun sedikit demi sedikit apabila usia meningkat, dan lemak pula bertambah. Ini menyebabkan badan menggunakan kalori dalam kadar yang perlahan.
Hari ini terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengempiskan perut dan memiliki bentuk badan idaman. Antara yang sedang ‘intrend’ ialah rawatan Emsculpt. Bagaimana ia bekerja dalam membakar lemak sekitar perut?
BTL EMSCULPT ialah sistem FDA-cleared pertama yang diluluskan untuk menguat dan membina otot, dan secara tidak langsung membakar lemak. Ia menggunakan teknologi Focused Electromagnetic (HIFEM®) berintensiti tinggi. Ia adalah teknologi yang mendorong kontraksi otot supramaximal yang diaplikasikan pada badan. Mampu merangsang kira-kira 20,000 kontraksi - atau bersamaan 20,000 sit-up atau squats - penguncupan ini berada pada kadar yang lebih tinggi dan jauh lebih sengit daripada yang mungkin dicapai secara semula jadi. Hasil kontraksi supramaximal yang padu itu membolehkan BTL EMSCULPT memecahkan sel-sel lemak untuk menyalurkan tenaga bagi membina semula otot, yang kemudiannya menggantikan otot-otot yang rosak, kontur tubuh dan menguatkan kawasan yang disasarkan.
Berapa lama hasil tersebut (perut kempis) mampu bertahan?
Hasil itu bergantung kepada usia, kondisi fizikal dan gaya hidup individu terbabit. Amnya, individu akan dapat melihat hasilnya dalam dua ke enam minggu selepas rawatan pertama dan kesinambungan kesannya akan meningkat sehingga enam bulan. Keberkesanan rawatan BTL EMSCULPT kemungkinan berkurangan disebabkan oleh faktor merokok, pengambilan alkohol, tabiat pemakanan atau sekiranya individu terbabit berada di bawah sesuatu ubatan.
Berapa banyak rawatan perlu dijalani?
Jika mahu melihat hasil yang lebih efektif, sekurang-kurangnya empat sesi rawatan disarankan. Setiap rawatan dijarakkan antara dua ke tiga hari.
Siapa yang disarankan untuk melakukan rawatan ini?
  • yang mahu menguranngkan lemak dan membina otot
  • yang mahu menganjalkan punggung tanpa pembedahan
  • yang mahu meningkatkan diastasis recti tanpa pembedahan
  • yang tidak sesuai dengan prosedur pelangsingan badan
  • yang mahu meningkatkan keberkesanan daripada amalan diet yang sihat dan rutin senaman dengan lebih pantas
Kalau boleh doktor kongsikan top tips untuk memiliki perut yang kempis?
Antaranya:
  • perhalusi apa yang kamu makan dan minum. Kurang atau elakkan makanan atau minuman yang mengandungi tinggi kanji, gula atau lemak termasuklah makanan yang diproses. Jangan sekat semuanya dalam satu masa, sebaliknya mulakan secara beransur-ansur seperti menukar teh tarik kepada teh-o untuk seminggu dan lakukan lebih banyak perubahan dari masa ke semasa.
  • Bersenam! Aktiviti kardio sangat penting dalam membakar kalori dan membantu untuk membuang lemak. Cuba padankan dua senaman saranan ini; sit-ups dan crunches untuk menguatkan otot abdomen.
  • Kamu boleh mencuba rawatan pembentukan tubuh seperti Emsculpt untuk meningkat dan mengekalkan hasilnya untuk jangka masa panjang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live