Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Don’t Cry... Don’t Cry Kata Tuanku,” – Elizad Gugup Dapat Panggilan TUNKU AZIZAH Kongsi Pengalaman IVF

Afiza Kamarulzaman
30/06/2021 13:21 MYT
Beberapa hari dia mendiamkan diri walaupun beberapa teks saya kirimkan kepadanya. Selalunya, setiap kali saya WhatsApp atau call, pasti laju dia membalasnya. Memahami keadaannya yang mungkin mahu bersendirian seketika, saya biarkan dulu. Kami memang kerap juga berkongsi pengalaman kerana saya sendiri pernah melakukan rawatan IVF.


Hari ini saya cuba sekali lagi mengirimkan WhatsApp sebaik terlihatkan postingnya sebentar tadi. Daripada kepsyen, dapat saya rasa hatinya sudah terubat sedikit walau bukan sepenuhnya. Mendapat panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pastinya memberi sinar gembira buat Elizad.




Kredit Foto: Google



Menurut Elizad dia sendiri tidak sangka Tuanku sendiri menelefonnya sebaik berita tentang penghinaan mandul ke atasnya menjadi isu panas beberapa hari lepas. “Lama juga kami berbual, kami berkongsi pengalaman yang sama kerana seperti yang kita tahu Tuanku sendiri selepas 17 kali melakukan rawatan IVF baru dikurniakan zuriat,” cerita Elizad.


“Awal-awal perbualan, Tuanku terus cakap, ‘suka tengok Elizad berlakon, dah tak berlakon lagi ke? Speechless...”


Elizad juga terharu apabila Tuanku sempat menitip pesanan akhir, “lepas ni, update ya apa-apa progress.


Syukur. Inilah rezeki yang tak terhingga walaupun dengan hanya satu panggilan, ia mampu membawa kegembiraan kepada hamba Nya yang bersabar dengan ujian yang diturunkan. Semoga rezeki Elizad untuk memiliki zuriat sendiri akan dimakbulkan Yang Maha Esa, Ameen...


A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

#Siti Elizad #IVF #Tunku Azizah Aminah Maimunah
;