Sebentar tadi, kita dikejutkan dengan berita pemergiaan anak lelaki penyanyi Nora Ariffin iaitu Alif Johan, 20 yang meninggal dunia pagi tadi di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Nora yang membuat pengumuman itu menerusi akaun Instagram miliknya turut dalam penerbangan pulang dari urusan kerja di Singapura.


Jenazah akan menjalani proses bedah siasat pada esok hari dan urusan pengebumian dijangka disempurnakan sebaik selesai proses bedah siasat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara; berdekatan kubur ayahanda arwah, Allahyarham Johan Nawawi. Setakat artikel ini ditulis, jenazah masih berada di hospital.




A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on





Belum Pun Kering Air Mata Lama…

Menerusi posting yang selalu dimuatnaik Nora di akaun Instagram miliknya selama dua tahun kebelakangan ini, mencerminkan betapa Nora masih belum mampu melupakan arwah suaminya yang pergi dijemput Illahi dua tahun yang lalu. Komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.


Nora dan Johan yang sangat dikenali sebagai pasangan sejoli ini amat menyentuh hati ramai peminat apabila Nora sering kali berkongsi kerinduannya di laman sosial itu. Menurut Nora, dia tidak berniat untuk meraih simpati sesiapa tetapi hanya dengan cara itu dia merakamkan rasa rindu dan ingatan itu buat arwah suaminya.


Selain doa yang tidak pernah putus diutuskan buat suami tersayang. Menerusi setiap kemaskininya itu, penulis dapat rasakan betapa sakitnya rindu yang ditanggung Nora selama ketiadaan Johan di sisi. Malah, turut dilihat juga, sesekali Nora mengeluh betapa beratnya tanggungjawab yang terpaksa digalasnya sebagai ibu dan bapa buat anak-anaknya kini.


Allahu… Sebagai isteri, siapa yang mahu berpisah mati dengan suami? Apatah lagi suami itu orangnya soleh, baik, bertanggungjawab, penyayang dan sentiasa menjadi dahan untuk isteri dan anak-anak berpaut. Siapa mampu menerima takdir ini dengan begitu mudah jika tidak dilalui dengan air mata berlimpahan terlebih dulu?


Niat nak buat kerja kat komputer. Jumpa gambar2 lama....terus ?? Hmmmm....akhirnya tutup komputer. Sabar je laaa.... nak solat. Selamat berehat buat semua. ❤️

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on





Duhai Anak, Sampaikan Salam Kepada Ayahanda…

Dan hari ini, tanggal 14 Disember 2019, anak lelakinya pula dijemput pulang menuruti jejak langkah Allahyarham Johan. Aduhai, ujian apakah lagi ini ya, Allah? Suka atau duka, inilah hakikat yang harus kita terima sebagai umat-Nya yang beriman dan yang percaya pada Qada dan Qadar. Terima kasih, Allah. Itulah sebaik ungkapan buat mereka yang beriman.


Nora sekali lagi menangis. Belum pun kering air mata yang lama, kini diterjah lagi dengan ujian yang maha besar. Kehilangan suami dan kini anak, yang menjadi tanda cinta dia dan arwah suami. Nora pastinya tidak menduga, pada usia yang semuda itu, tanpa sebarang penyakit kronik atau tanda-tanda untuk pergi, anaknya itu terlebih dulu meninggalkannya.


Pasrah dan redha – dua perkataan yang mudah untuk diungkap tetapi ‘derita’ untuk ditelan. Kita insan lemah, yang imannya setipis kulit bawang. Walau kita tahu, sabar itu punya hikmah terbesar dan setiap ujian Allah itu disertakan hikmah, namun tetap namanya manusia yang akan kecil jiwanya. Kita tidak kuat.


Pastinya roh Johan tersenyum di atas sana menanti anaknya yang sedang menuju ke negeri abadi menemaninya. Walaupun mungkin sedihnya terpalit melihat isteri yang terus dirundung hiba di dunia ini, namun inlah hakikat takdirnya. Mereka bukan berpisah terus. Sampai masanya, mereka akan bersatu sebagai sebuah keluarga di sana nanti.




Thank you @dr.mustafamt & @rafeahariffin my son alif is more confident now?? lost almost 37kg in 3 months! Annddd i am using my magic pen SAXENDA to loose weight and maintain it. I feel good! DM @dr.mustafamt for more info ???? #healthylifestyle #bariatricsurgery

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on






Salam Jumaat yg penuh barakah. Menziarahi kubur mengingatkan kita akn mati. Dan memberi kesedaran bahawa tiada yg kekal didunia ini. Kita hidup hanya sementara. Jangan sombong & takkabur. Allah...Yang paling besar. Bukan manusia yg harus dipuja & disanjung. Akhirat destinasi akhir....bukan balik rumah. Moga sama2 muhasabah diri. ...... Ya....betul.. Saya ckp mcm ni sbb dah tak de suami. Suami saya sudah kembali kerahmatullah. Saya tahu peritnya kehilangan. Kalau suami masih ada, mustahil nak bercakap mcm ni. Mustahil nak ambik gambar kubur. Kalau suami masih ada, mmg segalanya berbeza. Bila kita terlalu sayangkan seseorang dan terlalu mengharapkan seseorang, maka Allah akn menguji kita, atas apa yg kita sayang kerana Allah tidak suka kita ‘menduakan’ Allah. Bila kita meletakkan Allah paling besar. Maka manusia akn jadi kecil. Cuba fahami dalam- dalam menggunakan akal bukan emosi. Tapiiii.... Sebagai org islam... kita tidak boleh berkata ‘kalau’ ....kalau begitu...kalau begini...... Itu menolak takdir & persoal ketentuan Allah namanya. Sabar, redha & syukur. Buang semua sifat2 mazmumah....dengki, hasad,benci, sombong & sewaktu dengannya. Bersihkan hati... Bersangka baik dgn Allah. Ini peringatan utk saya juga. Allahuakbar... Moga Allah ampunkan dosa- dosa saya. Dosa- dosa kita semua. In Shaa Allah. Saya maafkan sesiapa saja, sesiapa saja. Dosa kita dgn Allah...boleh mintak ampun sendiri dgn Allah. Dosa kita dgn manusia. Kena mintak maaf dgn manusia. Jangan main- main. Al- fatihah buat Johan Nawawi dan semua org2 kita sayang yg telah pergi buat selama- lamanya .... Wallahuallam.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on






Syurga Untuk Mereka Yang Sabar Dengan Kematian Tersayang

Rasulullah bersabda maksudnya; “Allah berfirman dalam hadis Qursi yang bermaksud; Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah aku ambil kembali kekasihnya. Kemudian, orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku, melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari).


Kehilangan bukanlah musibah tanda Allah benci tetapi dengan kehilangan seseorang yang kita sayang memberi kita lebih hidayah dan mengangkat darjat kita ke tahap yang lebih tinggi. Kehilangan mengajar kita untuk menghargai kehidupan dan nikmat sebuah ujian yang mendewasakan.


Allah tidak pernah salah dalam menentukan jodoh dan ajal seseorang. Jadi, sentiasalah berprasangka baik dengan setiap aturan Allah terhadap apa jua yang kita lalui dalam hidup ini. Allah bukan ambil hak kita tetapi Allah ambil kepunyaannya yang dipinjam kepada kita untuk sementara.


Di sinilah nikmat yang harus kita pelajari. Nikmat untuk ikhlas. Nikmat untuk sabar. Nikmat tabah. Nikmat rindu. Nikmat percaya kepada alam sana. Ini membuatkan kita akan lebih mahu meningkatkan amalan kita untuk menjadi yang terbaik di alam sana nanti agar kita dapat bersama orang kita sayang di dunia hingga ke syurga.


Allah berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiyâ’/21: 35)


Innalillahi wa innailaihi rajiun..
Salah takziah buat Nora dan keluarga. Kuatkan hatimu…





Siapapun kita. Inilah pengakhiran kita. Kali terakhir melihat wajah & jenazah Johan Nawawi.?? Solat lah.... Sebelum kita disolatkan. Al-fatihah. #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on