Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dulu Sulli, Sekarang GOO HARA Pula” — Kalau Benar GOO HARA Bunuh Diri, Ini Petanda yang Membimbangkan…

Athirah Zulkifli
25/11/2019 07:41 MYT
TIDAK sampai sebulan berita kematian Sulli diratapi semua peminat di Korea, kini industri hiburan dikejutkan pula dengan kematian mengejut bekas anggota kumpulan Kara, Goo Hara yang ditemui mati di rumahnya di Cheongdam-dong pagi Ahad, 24 November 2019.

Goo disyaki membunuh diri kerana terdapat satu kes enam bulan lalu, Goo ditemui tidak sedar diri oleh pengurusnya dalam rumahnya sendiri, selepas pernah melakukan cubaan untuk membunuh diri.


Kredit foto: Google

Menurut sumber media Korea, Goo Hara ditemui tidak bernafas oleh pembantu rumahnya sewaktu ditemui tidak bernyawa di kediamannya pada jam 6 petang waktu Korea. Malah polis, menjumpai memo yang ditinggalkan oleh mendiang sebelum Goo menemui ajal. Namun, isi kandungan memo tersebut dirahsiakan.

Pihak Keluarga Goo Hara memilih untuk mengadakan majlis pengebumian secara tertutup selepas mayatnya dituntut dari Gangnam Severance Hospital.


잘자

A post shared by 구하라 (@koohara__) on



Sementara itu, agensinya ada mengeluarkan kenyataan berhubung berita berkenaan.

“Kami ingin menyampaikan berita tragik dan malang ini bagi mewakili keluarga dan rakan Goo Hara yang masih terkejut dan cemas buat masa ini. Oleh itu, kami sepenuh hati memohon supaya anda bersabar dahulu untuk tidak menulis sebarang artikel spekulatif dan menyebarkan khabar angin. Kami juga meminta media dan peminat untuk tidak membuat sebarang panggilan untuk mengucapkan takziah. Kami memohon maaf atas tindakan kami ini.”

Malah beberapa rakan selebriti Korea dilihat turut meninggalkan ucapan ‘RIP’ buat Goo Hara menerusi akaun Instagram mereka. Antaranya Park Min Young, bekas ketua ahli kumpulan After School leader Kahi, DinDin, Giriboy, pelakon Han Ye Seul, bekas ahli A-JAX Dowoo, Kim So Yi dikenali sebagai Soy Kim, Harisu dan Chae Ri Na.






오늘 또 해 가 졌네..... 휴..... 우리 아이들 도 지켜야 하지만 우리 아이돌 들도 지켜야 해... 누군가 널위해서 항상 기도 한다는걸... 잊지마.... RIP....

A post shared by 가희. Kahi Jiyoung Park (@kahi_korea) on



하라야 내가 점점 주목받기 시작할 때 넌 날 걱정해주면서 힘들면 연락하라고 했었는데. 넌 참 아름답고 빛났어 근데 내가 아무것도 해준 게 없고 아무 도움이 못돼서 미안해. 정말 미안하다. 내가 조금이라도 도움을 줬어야 하는데 정말 미안해. 너무 화가 나고 너무 진짜 세상이 미운데 꼭 행복하기를 바랄게 그곳에서는. 미안해. 고마워.

A post shared by DINDIN 딘딘 (@dindinem) on



친구 지만 선배처럼 연락해서 무언갈 물어보면 자꾸 뭘 도와줄려하고 뭘 자꾸 해줄려 했던 따뜻한 사람 얼마전까지 아무렇지않게 통화했는데 갑자기 이래서 너무 당황스럽다.. 행복했으면 좋겠다 진짜

A post shared by 기리보이 WYBH (@giriboy91) on



Breaks my heart RIP

A post shared by 한예슬 (@han_ye_seul_) on




Malah teman rapat Goo Hara, ahli kumpulan Super Junior Kim Hee-chul turut bersedih dengan berita kematian teman rapatnya itu. Rentetan itu, akaun Instagram miliki Kim Hee-chul bertukar mood ‘private’ sejak mendapat berita kematian Goo Hara. Selain itu, penyanyi IU yang sedang mengadakan konsert jelajahnya turut bersedih sewaktu mendengar berita kematian rakannya.

Sebelum kematiannya, Goo Hara dilihat aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen. Salam takziah buat keluarga mendiang.



Kredit foto: IG koohara__


Kredit foto: IG koohara__

#Korea #hiburan #Goo Hara #Tekanan Perasan
;