Highlights
Ehemm… Malam Jumaat Ni, Bolehlah Cuba - 10 Kucupan Sarat Makna Bersama Pasangan
Kucupan bukanlah ritual asing dalam hubungan intim suami isteri malah dalam Islam ia dituntut berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud “Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan. Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami).
Kucupan bukan tindakan yang dibuat-buat kerana keinginan untuk mencium boleh sahaja timbul dengan begitu saja sebagai simbolik menunjukkan kasih dan sayang kepada suami isteri. Dan tahukah kamu, gaya ciuman tertentu dapat membuatkan pasangan menikmatinya malah berupaya meninggalkan kesan yang mendalam. Berikut adalah beberapa kategori kucupan yang boleh dipraktikkan buat suami isteri dalam memastikan kelangsungan hubungan intim.
Kredit Foto: Google
1. The Whipped Cream Kiss
Antara kategori kucupan yang mengghairahkan dan penuh nafsu. Celup jari anda ke dalam whipped cream, lalu jilat jari-jemari anda perlahan-lahan. Langkah seterusnya, saling berpelukan dan berkucupan. Kucupan ini membangkitkan rasa manis kerana di mulut anda masih terasa whipped cream tersebut.
2. Foot Kiss
Kucupan romantis yang sarat dengan ‘isyarat’. Mungkin pasangan anda akan terasa sedikit geli, jadi buatlah si dia merasa lebih rileks dan menikmati setiap kucupan anda. Caranya dengan urut kaki pasangan terlebih dahulu dengan perlahan-lahan lantas mulakan aksi kucupan anda dari bawah ke atas.
Kredit Foto: Google
3. Earlobe Kiss
Kucup pasangan anda tepat di cuping telinganya tanpa bersuara. Hanya dengan hembusan nafas kerana jika anda bersuara pasti membuatkan pasangan terperanjat.
4. Forehead Kiss
Menurut pakar terapi, kucupan pada dahi bersifat menenangkan bagi sesiapa jua malah ada yang mengganggap kucupan di dahi bukan bertujuan membangkitkan nafsu seseorang.
Kredit Foto: Google
5. French Kiss
Ia juga disebut the English Kiss atau Soul Kiss kerana gaya kucupan memerlukan kerjasama anda dan pasangan bermain dengan lidah.
6. Tongue Sucking
Ia adalah variasi daripada French Kiss, ketika anda dan pasangan saling memainkan lidah, sesekali hisap lidahnya. Pasti si dia akan merasa lebih seksi dan mencetuskan keghairahan.
Kredit Foto: Google
7. The Buzzing Kiss
Kucup belakang telinganya dengan perlahan diikuti dengan bisikan mesra juga hembusan nafas menuju ke lehernya. Lakukan gigitan manja pada lehernya secara perlahan-lahan sehingga ke bibirnya.
8. Butterfly Kiss
Mengucup bahagian tubuh si dia dengan mengerdipkan bulu mata hingga pasangan terasa geli. Ciuman ini lazimnyanya diberikan di pipi, hujung bibir, dahi atau perut.
Kredit Foto: Google
9. Cheek Kiss
Kucupan ini lazimnya diberikan ketika kali pertama suami atau isteri melaluinya sebagai simbolik mengungkapkan “aku suka padamu”. Ciuman pipi akan mencetuskan kemesraan bagi suami atau isteri jika kena pada caranya. Cuba letakkan tangan kamu pada bahu pasangan lalu sebelum mencium usap dulu pipinya dengan bibir anda, lakukan dengan penuh kelembutan.
10. Eyelid Kiss
Sementara pasangan anda sedang tidur, cium kelopak matanya yang tertutup dengan perlahan, lembut dan mesra. Ia adalah ciuman yang sederhana namun memberi makna dan meninggalkan kesan mendalam bagi si dia.
Semoga tips ini membangkitkan lagi kehangatan malam kalian bagaikan merasai pengalaman malam pertama.
Must-Watch Video