gaya hidup

Elakkan Hidup Meminta-Minta, Usahalah Sendiri. Takut Nanti, Jadi Bahan UNGKITAN Yang Menyakitkan.

gempak
Afiza Kamarulzaman
09/12/2020
12:45 MYT
Sponsor Banner
Elakkan Hidup Meminta-Minta, Usahalah Sendiri. Takut Nanti, Jadi Bahan UNGKITAN Yang Menyakitkan.
Kata orang selagi ada tulang empat kerat, selagi mampu untuk berusaha dan paling penting selagi kita ingat Tuhan dan meminta hanya kepada-Nya, maka miliki sesuatu yang diingini dengan sendiri tanpa mengharapkan ehsan orang lain. Bukan tidak boleh. Ya, Islam sendiri menggalakkan yang kaya membantu yang miskin dan yang senang mudahkan yang susah.
Namun, hati orang lain-lain dan selalunya berbolak-balik. Tidak selamanya mampu mengikhlaskan segala yang diberi atas nama ‘sumbangan’ atau ‘bantuan’. Dan, kita sendiri harus ada rasa sedar diri bahawa kita ini bukanlah ‘insan istimewa’ yang harus bergantung dengan makhluk.
Kredit Foto: Google
Meminta-Minta Hanya Kepada Allah
Firman Allah SWT, “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nya-lah tempat kamu meminta pertolongan.” (QS. An Nahl: 53). Jelas di sini, Allah sudah menyeru kepada umat-Nya agar sentiasa merintih dan memohon hanya pada Nya.
Dengan Allah, mintalah apa pun, tidak mungkin sesekali Dia mengungkit atau menghebahkan, apa lagi untuk mengaibkan hamba-Nya sendiri. Lalu, apa lagi yang harus kita khuatirkan andai hati kita kuat bergantung kepada pengharapan Allah SWT. Ada kala, Tuhan tidak memberinya bulat-bulat tetapi dianugerahkan dalam bentuk lain yang pastinya lebih baik untukmu.
Kredit Foto: Google
Biar Orang Beri, Jangan Kita Minta
Jika terdetik sesuatu yang sangat kita hajatkan, pujuklah hati untuk sabar. Doalah dibuka pintu hati makhluk itu untuk memberi sesuatu yang sangat kamu inginkan dengan bantuan Allah SWT. Dan, jika hatinya terdetik untuk melakukan, pasti orang itu sendiri akan datang kepada kamu untuk merealisasikannya.
Namun, untuk meminta jangan sesekali. Kita tidak mahu maruah kita dipandang sinis oleh si pemberi. Ya, mungkin katanya hari ini ikhlas, kita tidak tahu apa yang berlaku esok? Jika ada perkara yang berlaku antara kita dan dia, maka hal pemberiannya itulah yang akan dijadikan senjata menjatuhkan kita semula.
Bukankah sakit hati kita nanti? Maruah kita dipijak sebegitu sekali? Lantas, apa daya kita sebagai orang yang lemah? Justeru, hiduplah dengan apa adanya dan jika mahu lebih, uasaha lebih. Usaha atas diri sendiri dan bukan usaha meraih simpati dan bantuan orang. Jika diberi ambil dan berterima kasih. Jika, tidak diam dan rayulah kepada Tuhan kita.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live