,
Highlights

Emak Kata, Bab MAKAN Jangan Berkira – Sementara Ada Selera dan Duit. Ada Orang Ikat Perut Sebab Nak Bergaya?

Afiza Kamarulzaman
16/06/2020
15:29 MYT
Falsafah mengatakan makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan. Ya, benar. Namun, makanan yang baik juga penting untuk memastikan hidup kita menjadi lebih baik. Makanlah makanan yang berkhasiat dan bagus kerana kesihatan kita datangnya daripada pemakanan yang baik. Dan, seperti yang kita tahu kebanyakan makanan yang baik itu harganya sedikit mahal.
Ada orang berprinsip, buat apa berhabis untuk makanan, nanti masuk perut keluar jadi tahi juga! Sedangkan tidakkah dia tahu sebelum makanan itu keluar menjadi tahi, ia singgah dalam tubuh untuk menyalurkan pelbagai khasiat yang diperlukan. Manakala, makanan yang buruk meninggalkan lemak dan kolesterol yang menjejaskan sistem tubuh kelak? Maka, makanan bukanlah berfungsi untuk mengenyangkan perut semata.
Kredit Foto: Google
Kita Adalah Apa Yang Kita Makan
Selalukan kita mendengar kata-kata, ‘You are what you eat!’. Maksudnya apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita. Jika makanan yang diambil penuh khasiat, maka sihatlah sistem tubuh badan kita. Jika kita menganiaya diri dengan mengambil makanan yang buruk, maka buruklah efeknya kepada tubuh badan. Maka, kenapa kita harus berkira dengan tubuh kita yang akan banyak jasanya kepada kita?
Tidak hairanlah ada orang yang sanggup berhabis untuk membeli makanan organik atau mencari jenama makanan yang sedikit mahal bagi menjamin kualiti makanan itu. Ini bukan kerana dia kaya tetapi kerana dia menghargai dirinya. Jika tubuh sihat, seluruh kehidupan akan berjalan lancar. Namun, bayangkan jika kita selalu sakit, wang ringgit pun tidak berguna lagi. Inilah pelaburan bijak untuk masa depan tubuh yang sihat.
Kredit Foto: Google
Jangan Kedekut Bab Makan
Maksudnya di sini bukanlah disuruh membazir dengan makan seperti ‘raksasa’. Makan seperlunya. Apabila tekak teringinkan sesuatu dan kita tahu kita mampu untuk membelinya, mengapa tidak dibeli sahaja? Ada orang sanggup tahan tekak kerana tidak mahu mengeluarkan wang tetapi untuk perkara lain dia tidak kisah. Ada orang berkereta ratusan ribu ringgit tetapi juadah seisi keluarga begitu menyedihkan.
Ada keluarga duduk di rumah kos rendah dengan gaji isi rumah hanya tiga, empat ribu sebulan tetapi mampu mengadakan juadah yang enak-enak buat anak-anak. Anak-anak mewah untuk makan apa sahaja yang diinginkan walaupun ke sana ke sini hanya dengan kereta Myvi. Begitulah perbezaannya bagaimana seseorang itu menilai sisi makanan dalam kehidupan. Ada yang memandangnya sambil-lewa dan ada yang menghargainya.
Kredit Foto: Google
Berilah Makanan Yang Terbaik Sebagai Sedekah
Memberi makan orang adalah salah satu sedekah yang sangat disukai Allah swt. Diriwayatkan, bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Raslulullah, “Perbuatan apa yang terbaik dalam agama Islam? Maka Rasululullah menjawab, iaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39).
Dan tahukah juga kamu bahawa antara sebab kenapa rezeki kita sentiasa terasa sempit adalah kita jarang sekali mahu menjamu orang miskin makan. Lihat pada ayat Allah ini: "Tetapi apabila Dia mengujinya, dan menyempitkan rezekinya baginya, maka dia berkata, 'Pemeliharaku menghina aku.' Tidak sekali-kali! Tetapi kamu tidak memuliakan anak yatim, Dan kamu tidak menggesa memberi makan orang miskin," (89:16-18).
Semoga kita semua diberi rezeki yang berlimpahan untuk kita sama-sama berbagi kepada mereka yang memerlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Nek Kiah Makin Uzur - "Saya Teringin Nak Makan Murtabak Daging..."

gempak
15/09/2024
04:44 MYT
Nek Kiah Makin Uzur - "Saya Teringin Nak Makan Murtabak Daging..."
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Viral

Beli Nasi Lemak Kosong RM5, Chef Zam Kena Bayar ‘Extra’ Untuk Sambal - “Kalau Nak, Tambah Duit Lagi”

gempak
22/08/2024
06:25 MYT
Tular di media sosial apabila personaliti masakan, Chef Zam memuat naik video mengenai ketidakpuasan hatinya setelah terpaksa membayar lebih untuk makanan yang dipesan di sebuah kedai makanan.
Viral

Gara-Gara Mahu Naikkan 'Viewers', Youtuber Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak & Makan Kari Burung Merak

gempak
14/08/2024
04:55 MYT
Seorang pempengaruh media sosial India ditahan selepas videonya memasak dan makan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, burung merak mencetuskan kemarahan awam.