Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Empat Selebriti Ini Sumber Inspirasi ZUL ARIFFIN Segak Bergaya — Siapakah Mereka, Lihat Ini!

Public Anonymous User
21/03/2018 09:38 MYT

Oleh: Vee Mukhtaram

Penampilan segak buat arjuna sentiasa kekal alfa manakala klasik dan elegent bikin wanita jadi halwa mata nan indah.

GAYA PERIBADI ARJUNA – “Celana senteng dan kemeja ringkas jadi pilihan bila tampil kasual selesa”

Jom lihat siapakah mereka dan apa komen ZUL ARIFFIN.

Selain itu, jangan lupa undi ZUL ARIFFIN dalam Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2018 antaranya kategori Pelakon Meletop, Drama Meletop (Titian Cinta) dan Bintang Filem Meletop (Tombiruo Penunggu Rimba & J Revolusi) dan Filem Meletop.


Jom InTrenders! Teruskan mengundi kerana undian online akan ditutup pada 8 April, jam 12.00 tengah hari.
Undi di www.anugerahmeletopera.com.my atau undi secara SMS dan hantar ke 32777.

1. TOM FORD

KOMEN ZUL ARIFFIN:

"TOM FORD benar-benar tahu apa yang bikin helaiian terletak cantik pada tubuh seseorang!"

Tips InTrend:

Tuxedo baldu kundang sama celana hitam disarung daripada rekaanya tersendiri.

2. ANGELINA JOLIE

KOMEN ZUL ARIFFIN:

"Warna ini tidak mudah disarung dan tampak gonjeng tetapi tidak ditubuh ANGELINA JOLIE"

Tips InTrend:

Gaun canary ini tidak dipadu padan sama aksesori biar fokus terus padanya vital.

3. VICTORIA BECKHAM

KOMEN ZUL ARIFFIN:

"Gemar penampilan VICTORIA BECKHAM dan suami, mereka sentiasa tampak bersiap elok."

Tips InTrend:

Cut out pada pinggang beri dimensi baru pada rekaan dress kembang bawah.

4. DAVID GANDY

KOMEN ZUL ARIFFIN:

"Dia bergaya kemas, rugged dan eksklusif dalam segali gus. DAVID GANDY antara kegemaran!"

Tips InTrend:

Be brave dan gabungkan something so sleek sama celana denim untuk gaya edgy fun!

;