Highlights
Etika BERSEDEKAH – Gugur Pahala Jika Diringi Rasa Riak, Diungkit-Ungkit Dan Menyakiti Hati Si Penerimanya...
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Dan sebaik-baik pemberian oleh tangan kanan itu biarlah sehinggakan tangan kiri pun tidak mengetahuinya. Begitulah betapa Islam amat menitikberatkan pemberian sedekah itu diberikan secara senyap-senyap tanpa sesiapa pun mengetahuinya. Apatah lagi untuk dihebah-hebahkan. Namun, ikhlas hati susah untuk dimiliki, jika sudah sesuatu yang berharga itu kira beri kepada orang.
Maka, di sini mari kita sedapa-upaya cuba mendidik hati kita untuk memberi tanpa ada rasa mahukan pulangan. Cukuplah yang kita mahukan adalah pahala di sisi Allah dan ganjaran di akhirat nanti. Jangan bimbang. Jika niat dan pemberian itu dilakukan dengan cara yang indah, akan ada orang lain yang mengenangnya nanti tanpa perlu kita sendiri mewar-warkan. Ini antara etika dan adab dalam memberikan sedekah; sebaik-baik sedekah di sisi Allah.
Kredit Foto: Google
Antara Adab Sedekah Yang Dimuliakan:
- Berilah dengan seikhlas hati. Firman Allah, “Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.” (QS. An-Nisa:38).
- Bersedekahlah dengan harta yang halal dan daripada sumber yang tidak meragukan.
- Janganlah sedekah itu diiringi rasa sombong dan megah dek rasa kekuasaan yang dimiliki ke atas orang yang telah kamu sumbangi itu. Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan konyol dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takabur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari).
- Setelah diberi, jangan sesekali diungkit-ungkit pemberian itu sam ada terus kepada si penerima atau bercakap belakang dengan orang lain. Apatah lagi dihebah-hebahkan. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menghilangkan (pahala) sedekah kalian dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir.”(QS al Baqarah: 264)
- Utamakan sedekah kepada saudara terdekat dahulu, diikuti orang luar yang memerlukan kerana ia memberikan ganjaran berganda. “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
- Jangan diambil semula sedekah yang diberi dalam erti kata lain jangan buruk siku. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim).
- Layani si penerima sedekah dengan baik. Muliakan dan jangan direndahkan maruah mereka. Berilah sedekah itu dengan kata-kata yang manis dan senyuman.
Must-Watch Video