gaya hidup

“Every Night Di Hospital, Rasa Macam Beratur Untuk Mati. Risau Kalau Esok Bangun Tak Bernyawa...” – Siti Atikah

gempak
Huda Hussain
18/05/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Every Night Di Hospital, Rasa Macam Beratur Untuk Mati. Risau Kalau Esok Bangun Tak Bernyawa...” – Siti Atikah
Tular di media sosial menerusi perkongsian WhatsApp salah seorang pesakit Covid-19 menulis coretan pengalamannya sepanjang berada di wad Unit Rawatan Rapi. Jika ada yang berpendapat Covid-19 ini sekadar perkara yang kecil, remeh seolah tiada apa-apa, jadikan nukilan bekas pesakit ini sebagai iktibar. Betapa jangan sesekali ambil mudah dan pandang ringan tentang pematuhan SOP yang sering disalah tafsir. Tulis Siti Atikah dan ia telahpun dikongsi pengguna WhatsApp, banyak yang boleh kita pelajari.
Kredit Foto: Google
Bila doktor called dalam ward maklumkan saya boleh balik sehari sebelum hari raya, mental state tiba-tiba lega. It’s not the raya yang saya nak, saya just nak balik. Mentally saya koyak dalam ward. Sebab wardmate ramai yang down. Tak berhenti cakap pasal mati, which is actually a good reminder tapi for me at that time, no bukan masanya.
Battling Covid untuk saya, dua perkataan saja. Sakit sangat. Mungkin disebabkan masalah kesihatan yang sedia ada, making it worst. Daripada ward 26, ke ward puteri dan ke ward 4, semuanya akan jadi kenangan manis untuk saya.
Kredit Foto: Google
Dalam ward, semua tak kena. Tidur tak kena, baring tak kena, bangun tak kena, makan tak kena, semua tak kena. Batuk jadi sangat sakit, kahak macam berdarah, keruh, pekat macam gam. Rutin pagi seawal 3 pagi, doktor masuk untuk collect darah nadi. Sakitnya Allah saja yang tahu. Sampaikan dari sendiri banyak kali ingatkan, sakit ni ye. Saya rasa kalau ada rahsia kerajaan masa tu dengan saya, saya confirm bocorkan.
Ambil darah nadi has always been a nightmare. Sebab terlalu sakit. Masa tu yang saya nak hanya abah saya. Dengan kesan ubat, buat saya pening dan mual-mual, bila kena cucuk ubat, sakit. Doktor akan check oksigen dalam badan, selalunya oksigen level saya below average. Selalu bawah 90, dan doktor nak average 95 ke atas. Sebab itu kena guna oxygen aid. Bila guna oxygen aid, dalam hidung ada merah-merah macam berdarah. Saya sesak nafas, dalam tidur saya rasa macam nyawa nak kena cabut, macam ada batu hentak dada, lepas tu mula terkapai ambik nafas. Solat pun tak boleh solat macam biasa, sebab sakit nak rukuk dan sujud. Mandi pun kena mandi duduk dan slow, kalau laju-laju mesti mengah dan tak cukup nafas.
Kredit Foto: Google
Sampai sekarang pun, saya tak boleh suddenly menguap, atau bersin, sebab nanti mesti sakit. Di hospital, untuk naikkan oksigen Doktor galakkan tidur secara proning position. Tidur meniarap dan alhamdulillah sangat membantu.
Saya sendiri cuba recall balik, macam mana saya boleh dijangkiti Covid? Saya dah ambil precaution yang perlu. Saya avoid public places, cuma ulang alik kerja-rumah sahaja. Tapi still saya kena. Tapi saya tetapkan salahkan diri saya sendiri sebab gagal jaga diri sampai saya kena Covid ni. Gagal jaga SOP, sampai saya menyusahkan petugas hospital. Kalau ada yang rasa Covid ni just a joke, main-main, tolonglah wujudkan kesedaran dalam diri. Covid ni sakit. SAKIT.
Every night di hospital, rasa macam beratur untuk mati. Risau kalau esok bangun tak bernyawa, risau kalau esok saya dah tak jumpa abah saya lagi. Risau kalau saya mati sorang-sorang. Sunggguh. Sebab sakit, sakit you can’t describe how. Percaya la kalau saya kata, saya duduk hampir 20 hari di hospital kali ni, saya lebih banyak sebut nama Allah berbanding 30 tahun saya hidup. Sebab yang memisahkan saya dengan kematian masa itu hanya Allah SWT. Syukur juga sebenarnya saya diuji, Allah nak saya cari Dia.
Please guys, jaga diri, jaga SOP. We never know how and when, but risiko untuk kena selalu ada. And I can assure you, this experience is not pleasing at all. And imagine kalau mak ayah kita yang tua yang kena. Tapi anyhow, saya bersyukur. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya keluarga, jiran-jiran juga rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat.
Kredit Foto: Google
Terima kasih terutamanya untuk kakak saya Sarah Sohor dan adinda saya Shafika Mustaffa yang attend keperluan saya sepanjang kuarantine. Yang sanggup hantar makanan dan buah-buah kalau-kalau tak lalu makan di hospital. Dan kak Nikna Yani dan kak Afiqah Amran yang tolong attend e review dan hehehe banyak cover court cases.
Dan tolong be a responsible citizen. Sepanjang di hospital, I realize pengorbanan petugas kesihatan jaga kami, layan kami sebaiknya, despite bersengkang mata siang dan malam tapi layanan dan senyuman paling terbaik pernah saya terima. Semoga Allah SWT lindungi kalian.
Kredit Foto: Google
Tahan dulu niat nak visiting saudara mara, saya tengok harini ramai je yang beraya ziarah menziarah, you never know anybody boleh jadi carrier virus ni tanpa perlu bersimptom. Jangan degil, patuh SOP, PKP semua ni bersebab. Bukan sengaja suka suka PKP dibuat.
Even sampai ke harini, saya masih suffer dengan kesan Covid. Recovering tu ya benar. Tapi masih sakit-sakit badan, lenguh seakan akan lumpuh. Tidur tak kena, tak tidur lagi lah tak kena. Tangan yang kena cucuk amik darah, masih shaky, nak menulis tak boleh, nak buka butang baju pun susah. Pendek kata, tak ampuh macam sebelum ini. Semuanya sebab Covid. Kalau rasa Covid still a joke to you, dipersilakan. Selagi tak kena sendiri, you can laugh. Jaga diri, stay safe! Please, kita bantu frontliners! Do our part.
Siti Atikah Stage 4 Covid.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live