Highlights
Fakta MENGEJUTKAN! – 3/4 Rakyat Malaysia Tak Mampu Simpan Walaupun RM1k. Menabung Jangan Sombong
Ramai maklum mengenai pentingnya menyimpan duit. Yalah, zaman sekarang semua perlukan duit. Tidak kiralah, sama ada kalian tinggal di ibu kota, bandar besar, luar bandar atau di mana sahaja; pasti tidak senang duduk kalau tiada duit bukan?
Apatah lagi kalau dalam keadaan terdesak, tiba-tiba berlaku kecemasan dan sebagainya, boleh menggelabah dibuatnya.
Terbaru, hasil Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019) dengan kerjasama Visa mendapati tidak ramai dalam kalangan rakyat kita mampu uruskan kewangan dengan baik.
Dan paling membimbangkan, menurut kajian yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000!
Lantas mana perginya duit gaji rakyat kita? Kata Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Liew Ooi Hann ketika membentangkan kajian tersebut sebanyak 43 peratus rakyat Malaysia membelanjakan semua pendapatan mereka atau lebih. Malah statistik dan angka ini meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu.
Kredit foto: Google
Sudahlah tidak mampu menyimpan, duit gaji pula dibelanjakan sepenuhnya. Seharusnya perkara ini diberi perhatian sewajarnya. Kerana jika mengikut situasi ini, tidak hairanlah mengapa generasi muda dalam lingkungan 35 hingga 44 tahun ramai yang muflis.
Justeru, apa solusinya? Lihat pada gaya hidup anda. Adakah anda mementingkan jenama? Mahu guna telefon pintar, menjinjit beg tangan mewah, berkereta jenama luar negara dan sebagainya?
Ukur baju dibadan sendiri. Paling penting, anda perlu punya kesedaran untuk menyimpan duit. Apa kata, mulakan serendah RM1, RM5 atau RM10 mengikut kemampuan anda.
Jadikan habit menyimpan secara paksa. Misalnya tandakan pada kalendar pada hari Isnin anda menyimpan RM5. Dan jika kosnsisten, teruskannya hingga hujung minggu.
Ulangi rutin yang sama selama sebulan. Sekurang-kurangnya, anda sudah mempunyai tabungan sebanyak RM150 dalam tempoh sebulan jika menabung RM5 secara konsisten setiap hari.
Kredit foto: Google
Cubalah perlahan-lahan. Jika anda fikir angka RM150 masih tidak mencukupi, cuba simpan RM10 setiap hari. Dan jika berjaya mengekang nafsu berbelanja, anda punya tabungan sebanyak RM3,650.00 setahun!
Ha, banyak tu! Ayuh, mulakan habit menyimpan hari ini juga. Terdapat juga pelbagai cara lain untuk menyimpan duit. Asalkan ada punya disiplin diri yang kuat dan lakukannya secara konsisten. Selamat mencuba!
Must-Watch Video